Pengikut

Khamis, 9 Mei 2013

Projek Bingkai Gambar oleh Murid Tahun 4

Assalamualaikum semua. Saya berharapkan masih ada yang sudi membaca coretan saya di sini. Untuk entri ini biarlah saya berkongsi pula tentang pendidikan. Selain mengajar Bahasa Malaysia, saya turut mengajar Kemahiran Hidup. Untuk sukatan pelajaran KH Tahun 4, ada satu topik penghasilan Projek Bingkai Gambar. Maka, saya yang tidak berpengalaman untuk mengajar KH cuba untuk memberi bimbingan yang sebaiknya kepada murid-murid saya. 

Ini merupakan antara hasil yang telah disiapkan oleh murid tersebut. 

.
Kemahiran dan kerativiti mereka sangat mengagumkan. Tahniah!

Hasil pembelajaran ini murid dapat belajar tentang cara menghasilkan Projek Bingkai Gambar:
1) Mengukur dan menanda
2) Memotong
3) Mencantum
4) Membuat kemasan

Selain itu, setiap langkah penghasilan projek tersebut, murid perlu mengetahui alatan dan bahan yang sesuai digunakan seperti tukul warington, apit G, sesiku L, pembaris keluli, gergaji puting, kirkir parut, paku, berus dan syelek.

Esok, murid-murid sekolah saya akan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013. Semoga berjaya saya ucapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78