Pengikut

Selasa, 28 Mei 2013

Sang Pemimpi VS Jom Menulis


Kali pertama saya membaca karya andrea hirata iaitu Laskar Pelangi, saya telah jatuh hati dengan bahasa dan susunan ceritanya. Kemudian, karyanya terus menjadi buruan saya. Sang Pemimpi telah lama saya idamkan untuk memilikinya. Namun baru kini dapat memilikinya. 

Jom Menulis karya Marsli N.O merupakan sebuah buku motivasi penulisan kreatif. Tidak rugi memilikinya. Andai anda ingin menjadi penulis yang bijaksana, bacalah buku ini. 





4 ulasan:

  1. Saya juga sudah jatuh cinta dengan karya Andrea Hirata. Dalam masa seminggu saya sudah habis tetraloginya. Memang mengasyikkan!

    Buku 'Jom Menulis' saya pernah baca sekali lalu tetapi mungkin kerana saya sudah terbiasa dengan bacaan dan teknik penulisan saya simpan dahulu niat untuk membeli buku tersebut.

    Mungkin nanti tuan boleh kongsikan pandangan tuan tentang buku 'Jom Menulis'. Setakat ini buku A. Ubaidillah 'Ingin Menjadi Penulis?' yang saya baca.

    BalasPadam
  2. Ternyata saudara, Wong juga seorang yang minat membaca. Kagum melihat kesungguhan saudara menelaah karya sastera dan kreatif, sebaliknya terdidik dalam bidang sains. Tahniah!

    Ya, saya belum mendapatkan "Enderson" dan sebuah lagi bukunya "Maryamah Karpov".

    Saya belum berkesempatan untuk membaca buku A. Ubaidillah. Insyaallah, akan cuba mencarinya nanti.

    BalasPadam
  3. Saya sering teruja dengan blog-blog yang menulis bahasa Melayu Tinggi. Sukar dijumpai terutamanya jika ia ditulis oleh belia. Tahniah juga buat tuan.

    Saya membeli tetraloginya kala promosi dalam talian oleh Bookcafe.

    Saya suka membuat koleksi buku-buku penulisan dan suka membandingkan 'mazhab' penulis tempatan dengan penulis luar negara. Ternyata setiap penulis mempunyai keunikan mereka dalam berkarya.

    BalasPadam
  4. Ya, kata pensyarah saya apabila diajukan tentang ilmu atau bahan rujukan dalam bahasa Melayu kurang, sebab itulah ramai yang beralih kepada bahasa Inggeris. Namun katanya, menjadi tanggungjawab kita sebagai penutur bahasa Melayu memperkayakan bahan tersebut. Jadi, saya mengharapkan sarjana-sarjana kita mengambil peluang dengan ilmu yang mereka ada untuk menulis dalam bahasa Melayu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78