Saya cuba menggoole cerpen Tetamu Istimewa, kemudian tersenarai beberapa blog dan laman yang memuatnaik cerpen ini lewat tersiarnya cerpen ini pada tahun 2010 di Berita Minggu. Antara blog tersebut:
1. SINARMANIS
3. KELOPAK
Maka, saya membuat kesimpulan bahawa cerpen ini sangat kuat penangannya. Begitulah kata editor yang mengendalikan buku saya ini yang saya petik daripada rangsang sari di belakangnya:
Tetamu Istimewa yang menjuduli kumpulan cerpen ini mengungkapkan ciri berhias budaya Melayu dalam mendidik anak-anak ketika menghadapi saat-saat sukar diuji dugaan wabak penyakit.
"Adik semakin pulih. Dia tidak lagi menangis pada waktu malam. Tidurnya lena dibuai mimpi-mimpi indah. Tetamunya tidak mengganggu lagi."Setakat ini saya hanya mengetahui bahawa blogger Ida Syuhada yang telah mendapatkan Tetamu Istimewa:
Terima kasih Ida Syuhada yang sudi memiliki dan menyokong Tetamu Istimewa. Moga cerpen-cerpen yang terkandung dalam kumpulan ini bermanfaat.
Saya sangat mengharapkan sokongan kalian semua. Kepada yang belum memiliki dan berhajat untuk memilikinya boleh membeli secara online di Laman ITBM.
Boleh klik BELI TETAMU ISTIMEWA.
Hem, aku tolong promote kt member2 kita kt whatsapp... semuanya kagum dgn hg... dan dh ada yg nak beli... ;)
BalasPadamTerima kasih Pito. Ya, ke? Sapalah yang nak beli tu. hehehe.. Kalau sudi bolehlah promosi dekat Facebook hang sekali.
PadamTahun depan bolehlah kita pi ambik stok. Buku untuk penulis pun tak sampai lagi dekat aku.
Ya, setakat ni Ija, Zura, & Kina berminat nak beli... Lepas ni aku promote kat FB pula...
PadamOk, boleh... :)
Ok, terima kasih.
PadamDah baca ke? Terima kasih.
BalasPadambelum pernah baca lagi.....dah lama tak baca cerpen @ novel....
BalasPadamowhh hana tak baca lagi. in sha ALLAH nanti hana cari :)
BalasPadamTerasa macam trauma nak membeli buku lagi. Memandangkan buku-buku saya semuanya dah tenggelam dek banjir. Sedih ada, nak menangis ada, semuanya ada. Mungkin saya terpaksa 'bercuti' membeli buku buat masa ni. :(
BalasPadamwahh kagum dengan cikgu.. berapa harganya cikgu,, di mana boleh dapatkannya ?
BalasPadamTahniah....
BalasPadamhebatnyer helmi..inshaAllah nanti kathy nak beli juga..
BalasPadamselamat maju jaya untuk helmi.. sebenarnya aiza jarang membeli novel atau cerpen.. selalu beli buku motivasi atau buku agama saja..
BalasPadamSemoga terus berjaya.. sy berhasrat utk mendapatkannya satu juga nnti.. :)
BalasPadamSalam cikgu Harga buku RM20 dan RM6 kos penghantaran.
BalasPadamwaahh,, teringin pula nak baca..
BalasPadamInsya-Allah akan membelinya. Saya suka mengumpul koleksi penulis cerpen tempatan. Setiap mereka ada teka-teki tentang diri mereka apabila menulis. ;)
BalasPadamhuhu..xsangka cikgu terbit buku..
BalasPadamTahniah Helmi!
BalasPadam