Pengikut

Rabu, 4 Disember 2013

Puisi: Hadiah Hari Lahir

Assalamualaikum semua.

Di awal pembabitan saya dalam penulisan puisi, saya pernah menulis puisi tentang hari lahir. Rasanya puisi ini terilham setelah saya membaca sebuah puisi Zurinah Hassan. Kemudian, dengan ghairahnya saya menulis puisi ini. Biarpun tidak disiarkan di mana-mana media walaupun pernah mencuba ketika itu saya tetap berpuas hati. Jadi, saya perturunkan puisi ini untuk dikongsi bersama. 

kredit foto dari rayhanizzati.blogspot.com

Hadiah Hari Lahir

Hari lahir tahun ini
anakku sudah berusia duabelas tahun
sudah sampai masanya
anakku belajar
mencurah kasih sayang
terhadap seseorang
selain ibu bapanya sendiri.

Berlain untuk tahun ini
aku menghadiahkannya
anak patung yang comel
tidak selalunya
aku menghadiahkannya
jam tangan
pakaian
barang mainan
anting-anting
dan
menikmati hidangan
lazat di sebuah restoran.

Wahai anakku
masamu untuk bermain sudah tamat
sekarang tugasmu
berikan perhatian
terhadap anak patung itu
anggaplah seperti anakmu
uruslah seperti ibu mengurusmu
belai dengan sepenuh kasih sayang
seperti ibu membelaimu
untuk persediaanmu
setelah melangkah
ke alam perkahwinan kelak.


Mohd Helmi Ahmad
24.12.09
11.34am

Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat hari lahir kepada diri saya sendiri (4 Disember). Alhamdulillah, terima kasih kepada ibu saya yang melahirkan saya, ayah saya yang bertungkus-lumus membesarkan dan menyekolahkan saya, ahli keluarga, guru-guru, rakan-rakan semua. Syukur, Allah SWT masih meminjamkan usia ini, menurunkan rezeki ini kepada hambanya yang bernama Mohd Helmi Ahmad.

P/S: Puisi di atas tidak ada kena mengena dengan hadiah hari lahir yang pernah saya dapat. Sekadar lontaran ilham sewaktu berkarya.


20 ulasan:

  1. Selamat menyambut ulang tahun...
    Semoga panjang umur, sihat, murah rezeki dan diberkati.

    BalasPadam
  2. Selamat hari lahir...

    BalasPadam
  3. Selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki

    BalasPadam
  4. Assalamu'alaikum Cikgu Helmi Tetamu Istimewa.... ^^,

    Tamat menonton mari berdikir,
    Berbunga lagu gambus dibawa;
    Selamat berulangtahun dihari lahir,
    Semoga Cikgu terus teristimewa...

    BalasPadam
  5. Bagus puisinya cikgu :-) Selamat Hari Lahir Cikgu..

    BalasPadam
  6. selamat hari ulangtahun kelahiran..
    semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & berbahagia selamanya...
    :)

    BalasPadam
  7. puisi ni sesuai untuk di perdengarkan pada anak2 kecil..ayatnya mudah difahami, tak menggunakan bahasa yg tersurat atau terlalu puitis..nice puisi cegu =)

    BalasPadam
  8. selamat hari lahir hilmi semoga semua yg dihajati tercapai dgn izinnya ;)

    BalasPadam
  9. Sdr. Helmi,
    Salam hari lahir; tentunya Kumpulan Cerpen "Tetamu Istimewa" merupakan hadiah yang paling bermakna untuk sambutan hari lahir tahun ini. Moga sentiasa dalam perlindungan dan kasih-sayang Allah. Dan teruskan berkarya dengan lebih baik!

    BalasPadam
  10. Selamat Hari Ulangtahun Helmi...
    Semuga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. :)

    BalasPadam
  11. selamat hari lahir..

    sedap puisinya.. membuatkan sy terfikir tuk belikan anak patung untuk buah hati sy..

    BalasPadam
  12. terbaik lah karya ini ! KA suka

    BalasPadam
  13. puisi yg hebat...tp lebih kepada anak perempuan kan helmi?

    selamat hari lahir buat helmi yer?moga pertambahan usia semakin mematangkan kita.

    BalasPadam
  14. selamat hari lahir helmi.. semoga dipanjangkan usia dan diberkati oleh Allah selalu.. aiza pun bulan disember juga..

    BalasPadam
  15. Selamat hari lahir cikgu... semoga dipermudahkan Allah segala urusan

    BalasPadam
  16. Maaf cikgu. Saya sangat-sangat terlupa tentang hari lahir cikgu. Fikiran saya dua tiga hari belakangan ni sedikit bercelaru. Asyik fikirkan keluarga, banjir... macam-macam. Maaf cikgu.

    Apapun, saya nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat cikgu Helmi. Semoga segala apa yang cikgu ceburi, mendapat keberkatan Allah sentiasa. Dan semoga cikgu terus menjadi idola saya! :)

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah cikgu Helmi.. $ disember tempohari saya agak benar2 kesibukan.. tak terkejar saya dgn entri cikgu. Sedar2 dah bnyk yg saya ketinggalan.. :D
    Kesempatan ini saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir. Semoga cikgu Helmi sentiasa sihat, diberkati kehidupan & tercapai segala yg dihajati.. aamiin.. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78