Pengikut

Khamis, 19 Disember 2013

Percaturan Taktikal Dato Ong Kim Swee Penentu Kemenangan Malaysia di Sukan Sea Myanmar 2013

Tinggal kurang 1jam 30 minit lagi, perlawanan Separuh Akhir Bola Sepak Sukan Sea Myanmar 2013 akan berlangsung. Perlawanan pertama ini menemukan Malaysia menentang Indonesia. Ibaratnya Harimau Malaya menentang Garuda. Oh, sangat mendebarkan! Saya pasti, rakyat Malaysia mengharapkan Malaysia menang, begitu sebaliknya di pihak Indonesia. Bagaimanapun, segalanya akan terjawab pada pukul 5.30 petang waktu Malaysia nanti. 

pasukan Malaysia di Sukan Sea Myanmar 2013
kredit foto dari www.fauziblues.com

Perlawanan Malaysia dalam peringkat kumpulan
Mengimbas kembali perjalanan Malaysia dalam peringkat kumpulan yang diundi berada Kumpulan A bersama Singapura, Vietnam, Laos dan Brunei. Melihatkan senarai ini sudah pastilah di atas kertas dan berdasarkan rangking semasa Singapura dan Vietnam merupakan pencabar Malaysia untuk mempertahankan Pingat Emas dua edisi berturut-turut Sukan Sea. 

Malaysia memulakan perlawanan menentang Brunei dengan kemenangan memihak pada Malaysia 2-0. Perlawanan kedua pula, Malaysia hampir-hampir diikat Laos yang sebelum ini mengikat Singapura. Pada akhir minit separuh masa kedua, Malaysia sepertinya mendapat tonik semangat untuk membenam Laos 4-1. 

Pencabar sebenar Malaysia
Pencabar sebenar bagi Malaysia dalam merintis laluan ke peringkat separuh akhir ialah menentang Singapura apabila Malaysia berhempas pulas untuk mengikat Singapura. Singapura terlebih dahulu di depan, sebelum pada minit akhir separuh masa kedua, Malaysia menerusi Rozaimi penyerang sensasi Malaysia berjaya meledakkan gol penyamaan. 

Kemudian, Malaysia sekali lagi mencemaskan apabila menentang Vietnam. Kala keputusan sepertinya berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan dan itu sudah memadai buat Malaysia untuk mengiringi Singapura ke separuh akhir, kemasukan pemain gantian sedikit membawa perubahan pada corak permainan Malaysia. 

Akhirnya, Malaysia berjaya juga memecahkan kebuntuan untuk menjaringkan gol. Dan selang beberapa minit, Malaysia meledak lagi. Bagaimanapun, akibat kelekaan sedikit pintu gol Malaysia bolos juga oleh jaringan minit akhir masa tambahan oleh Vietnam.

Percaturan taktikal Dato Ong Kim Swee
Saya melihat selain kesungguhan dan kehebatan pemain Malaysia, dalam kemenangan Malaysia di Sukan Sea 2013 ini dibantu oleh percaturan taktikal Dato Ong Kim Swee yang baik dan menjadi. Sesungguhnya, Ong Kim Swee bijak menurunkan kesebelasan pemain, di samping taktikal serangan, pertahanan dan gerakan tengah. Malahan, setiap pemain yang ditukarkan dan dibawa masuk semula mempunyai perancangan taktikal yang baik. Syabas diucapkan kepada Dato Ong Kim Swee dan pasukan Harimau Malaya. 

Marilah kita rakyat Malaysia bersama-sama menyokong pasukan Malaysia pada petang nanti. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di TV1 dan TV9. 

12 ulasan:

  1. Di Malaysia agak sukar untuk jurulatih memberi caturan yang baik.. kerana banyak mulut yang akan mengganggu perjalanan jurulatih.. apa2 pun Dato' Ong Kim Swee memang terbaik untuk masa sekarang buat malaysia :D

    BalasPadam
  2. tiupkan suntikan semangat buat semua pemain,,, :)

    BalasPadam
  3. owhh hana tak layan bola. kalau tengok depan2 boleh. hehe

    BalasPadam
  4. First time tengok harimau muda main dalam semi-final tadi..Tak percaya coz terlalu lemah..hmmmm!!!

    BalasPadam
  5. kalah atau mennag itu adat permainan.. majulah sukan untuk negara..

    BalasPadam
  6. sedih sangat2 dengan keputusan ini.namun kathy terima kekalahan mereka.pemain kita dah berusaha semaksima mungkin...namun rezeki sepkan penalti tak menyebelahi kita..:(

    BalasPadam
  7. Ida baca entry cikgu ni selepas Malaysia kalah ;(

    BalasPadam
  8. Harimau Muda gagal mempertahankan emas... kekalahan bukan bererti tidak berjaya. Mereka telah berusaha tapi nasib tidak menyebelahi. Apapun... Tahniah buat pasukan ini.

    BalasPadam
  9. nampaknya xde rezeki malaysia nk mempertahankan pingat emas tahun ni..apa2 pn mereka ttp terbaik.. :)

    BalasPadam
  10. Satu perkara yang berlaku di kolej saya sewaktu perlawanan ini berlangsung, sungguh mengecewakan. Saya dengar dari bilik je. Mereka menjerit, bersorak sekuat hati setelah Malaysia memperoleh gol, tanpa menghiraukan waktu Maghrib. Padahal, ketika itu bacaan al-Quran sedang dipasang di mikrofon.

    Tiada hormat. :(

    BalasPadam
  11. Tetap menyokong Harimau Muda dikala susah atau senang...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78