Pengikut

Isnin, 9 Disember 2013

Proses Menerbitkan Sesebuah Buku - Bahagian 1

Assalamualaikum semua. 
Kepada yang bekerja hari ini selamat memulakan kerja dengan bersemangat.


Alhamdulillah, buku pertama saya Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM telahpun terbit dan kini sedang beredar di pasaran. Bolehlah dikatakan saya berbangga dengan pencapaian ini dari menulis secara eceran kini sudah terkumpul dalam sebuah buku dan dapat diterbitkan pula dengan sebuah syarikat penerbitan yang bukan calang-calang hebatnya dalam arena perbukuan. 

Komen dan soalan
Sebenarnya saya terfikir juga untuk berkongsi proses penerbitan kumpulan cerpen saya ini di sini. Barangkali penulis muda umpamanya yang berhajat untuk menerbitkan buku masih terpinga-pinga akan hal ini. Memandangkan seorang blogger yang dikenali Gerimis meninggalkan komen berupa soalan di entri saya, maka sukacitanya, saya cuba berkongsi sedaya boleh dengan bahasa mudah difahami. 

kerja seorang penulis
kredit foto dari penerbitanbuku.wordpress.com


Proses Menerbitkan Sesebuah Buku
Sebenarnya bukan mudah untuk menerbitkan sesebuah buku. Saya bercakap tentang penerbitan buku kreatif dengan mengambil contoh kumpulan cerpen saya sendiri. Antara proses menerbitkan sesebuah buku, penulis bolehlah merancang dan mengikut panduan ini.

1. Mengumpul karya
Bagi penulis yang berminat untuk menerbitkan buku kumpulan cerpen, puisi, drama, artikel perlulah mengumpul karya dahulu sama ada pernah disiarkan ataupun belum. Jika karya yang pernah disiarkan secara eceran barangkali di surat khabar dan majalah, penulis perlulah mencari karya tersebut untuk dibuat rujukan. Sekiranya, karya yang tidak pernah disiarkan dan ada dalam simpanan lebih memudahkan. 

2. Menyusun karya
Setelah karya dikumpulkan, kerja seterusnya adalah menyusun karya menjadi manuskrip. Penulis harus menetapkan berapakah jumlah karya yang hendak dimasukkan dalam manuskrip tersebut. Penyusunan karya haruslah kemas dan teliti. Bagi saya, proses ini agak rumit. Sekiranya ingin menerbitkan kumpulan cerpen, puisi, drama, artikel aspek kesatuan amatlah penting. Penulis harus bijak memilih karya yang sesuai untuk disatukan dalam sebuah buku. Dalam pada itu, penulis bolehlah memilih sebuah tajuk karya untuk diangkat menjadi judul buku tersebut. Pemilihan judul juga amat penting untuk menarik perhatian pembaca.

3. Menyunting karya
Proses seterusnya, menyunting karya. Karya yang telah siap disusun perlulah disunting. Aspek penyuntingan ini lebih kepada aspek ejaan, bahasa, tatabahasa dan ketepatan fakta. Sebelum manuskrip dihantar kepada syarikat penerbitan, penulis terlebih dahulu perlu menjadi editor. Manuskrip yang banyak kesalahan bahasa, ejaan selalunya menyukarkan penerbit meluluskan manuskrip itu. Jika karya fakta, haruslah mengesahkan bahawa fakta itu betul dan tepat. Ada juga penulis yang sanggup mengupah editor bebas untuk menyunting manuskripnya semata-mata untuk memastikan manuskrip itu bersih daripada kesalahan.

4. Percetakan dan penghantaran manuskrip
Setelah karya disunting, penulis bolehlah mencetak karya tersebut. Kemudian, manuskrip tersebut bolehlah dihantar ke syarikat penerbitan. Manuskrip boleh dihantar melalui pos dan emel. Barang diingat, penulis terlebih dahulu perlu meneliti dan mengkaji latar belakang dan corak penerbitan sesebuah syarikat penerbitan. 

Biarpun manuskrip yang dihantar dikatakan berkualiti dan menarik sekiranya tidak kena dengan syarikat penerbitan maka, manuskrip itu tidak akan diterbitkan. Jika manuskrip lebih menjurus ke arah sastera, bolehlah dihantar ke DBP dan ITBM. Jika manuskrip itu karya popular bolehlah dihantar ke Karangkraf (Alaf 21), PTS (sekadar menyebut beberapa) dan jika karya inde bolehlah memilih syarikat penerbitan ke arah itu. 

 
penerbit karya sastera di Malaysia

Untuk proses seterusnya selepas manuskrip dihantar, saya akan sambungkan dalam Bahagian 2 nanti. Jika manuskrip itu lulus apakah proses seterusnya akan saya ceritakan dalam bahagian ini. Moga "Proses Menerbitkan Sesebuah Buku - Bahagian 1" ini dapat membantu penulis yang berhajat untuk menerbitkan buku dan menjawab pertanyaan saudari Gerimis. 

Nota: Sekiranya penulis inginkan maklumat lanjut, bolehlah dapatkan buku-buku di pasaran yang bercerita tentang penerbitan sesebuah buku. Berkaitan dengan format penulisan pula, boleh berhubung terus dengan syarikat penerbitan tersebut. 

26 ulasan:

  1. terima kasih diatas perkongsian lengkap penerbitan buku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Insya-Allah, masih ada proses seterusnya nanti yang akan saya kongsikan dalam Bahagian 2.

      Padam
  2. setiap penerbit ada misi dan visi yang berbeza.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Alhamdulillah, ilmu yang sedikit ini dapat dikongsikan bersama.

      Padam
  4. Saya mengakui untuk menulis dan terbit satu buku bukanlah mudah. Ideanya banyak, tetapi penulisan itu sendiri memerlukan disiplin oleh penulisnya untuk siap. Bermula daripada draf 1 sehinggalah lengkap sesebuah manuskrip.

    Saya ucapkan syabas kepada Tuan kerana berjaya menerbit buku. Ini juga membakar semangat saya untuk turut serta dalam memandaikan anak bangsa.

    Terima kasih juga atas perkongsian bermakna ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam proses ini perlu banyak bersabar. Insya-Allah, jika manuskrip kita itu baik dan berkualiti rezekinya ada untuk diterbitkan. Moga buku ini mampu memberikam sesuatu kepada anak bangsa kita.

      Padam
  5. Tahniah cikgu Helmi.. buku dah diterbikan.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Kak Erin. Sudilah dapatkannya nanti.

      Padam
  6. Oooo terima kasih cikgu...ida ada soalan nak tanya tapi ida tunggu dulu bahagian kedua mana tahu jawapannya ada di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soalan cepu emas ke? Ok, nanti kalau belum terjawab boleh tanya lagi.

      Padam
  7. wahhh terima kasih cikgu atas perkongsiaan... di mana boleh saya dapatkan buku Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa, mph dah ada jual ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, acik lambat balas ya. Acik boleh beli melalui ITBM secara online. Keduanya, boleh cari di Kedai Buku 1Malaysia. MPH saya tak pasti. Tapi saya pernah tengok buku ITBM di MPH Alamanda. Kalau MPH lambat sikit dipasarkan. Tapi kalau di Kedai Buku 1Malaysia, KL barangkali ada. Kalau nak beli dengan saya, lambat juga. Mungkin tahun depan baru boleh sebab saya tak ambil stok lagi.

      Padam
  8. Tahniah Abang Helmi. Saya nak cari dan dapatkan di Ekspo Buku 1Malaysia nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fathul. Sokongan kalian semua amat saya hargai. Huhu, tak dapat pergilah ni, tengak bercuti di kampung.

      Padam
  9. Boleh cuba hantar manuskrip dulu untuk penilaiaan penerbitan. Semoga berjaya.

    BalasPadam
  10. panduan yang berguna pada mereka yg berminat nak publish karya ...

    BalasPadam
  11. sangat bermanfaat perkongsian panduan ini helmi.. tak pernah terfikir untuk menjadi seorang penulis serta menerbitkan buku.. hehe..

    BalasPadam
  12. Tahniah cikgu..mesti rasa lega sangat kan...its worth an effort...

    BalasPadam
  13. T kasih diatas perkongsian yg bermanfaat ini cikgu Helmi..

    BalasPadam
  14. tahniah cikgu ! muda2 lagi dah terbitkan banyak buku, rasanya kita sebaya kan? lahir tahun 86 kan?

    BalasPadam
  15. Tahniah sekali lagi abang Helmi. Ternampak cerpen di Dewan Budaya November 2013

    BalasPadam
  16. sudah difollow
    follow blog saya juga, ya... www.roeman-art.blogspot.com

    BalasPadam
  17. Syabas cikgu...kini sudah ada buku karya sendiri. Semoga ianya jadi pemangkin untuk langkah seterusnya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78