Pengikut
Khamis, 27 Disember 2012
Impian dan Harapan 2013
Alhamdulillah setelah tiga bulan lebih saya menyusun manuskrip kumpulan cerpen remaja ini, akhirnya siap. Dan telah dihantar kepada pihak penerbitan untuk proses penilaian sebelum diterbitkan.
Rupanya susah juga hendak menyusun manuskrip kumpulan cerpen. Saya terpaksa memeriksa semula karya dalam bentuk soft copy dan karya yang telah disiarkan secara bercetak. Barangkali ada pemenggalan perenggan dan penambahbaikan. Cerpen yang terkandung dalam manuskrip ini semuanya pernah disiarkan secara eceran. Saya terpaksa memilih sejumlah cerpen yang pernah tersiar dan memilih cerpen yang sesuai untuk remaja. Sesi pemilihan ini ternyata amat rumit.
Sudah tentulan impian dan harapan pada tahun 2013 lebih mendebarkan. Walau bagaimanapun, manuskrip ini perlu melepasi proses penilaian dahulu. Jadi, saya hanya mampu berdoa agar manuskrip ini mampu memikat hati penilai tersebut.
Saya tidak mahu bercerita panjang tentang manuskrip ini. Kata penerbit tersebut, mereka telah menerima manuskrip saya dan akan disusuli dengan surat penerimaan manuskrip dalam tempoh masa terdekat.
Kepada rakan-rakan yang bertanya, saya mengucapkan terima kasih. Tidak ketinggalan juga beberapa rakan penulis yang sudi berkongsi maklumat dan menitipkan semangat. Siapalah saya tanpa anda semua. Apalah guna manuskrip ini jika tidak ada pembaca yang ingin membaca.
Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78
kagum dengan itu dan mohon tunjuk ajar
BalasPadamsaudara, saya ada hasrat nak mengarang cerpen,
tapi keberanian tak ada..
Wah, Abang Helmi! Tahniah untuk usaha ini. Semoga saya bakal mengikut jejak langkah nanti...
BalasPadamAhsfantasy:
tahniah juga untuk hasrat menulis. Sebagai permulaannya, tentu sahaja akan ada rasa kurang yakin, seperti saya dahulu. Tetapi, itu sebagai cabaran awal. Semoga berjaya!
Ada berapa buah cerpen yang akan termuat dalam kumpulan cerpen itu bang Helmi? 1852
BalasPadamSemoga kumpulan cerpen itu berjaya diterbitkan ya bang Helmi. Tahniah dan selamat maju jaya.
Terima kasih, ahsfantasy24.
BalasPadamNasihat saya, mulakan dahulu proses menulis. Kemudian barulah melihat bagaimana hala tuju cerpen tersebut. Selagi belum ada hitam putih, perkembangan itu tidak dapat dilihat.
Jangan takut-takut. Usahakan dulu. Saya rasa, saudari boleh menulis. Pastikan asas dalam binaan sesebuah cerpen diketahui, seperti tema, plot, watak,perwatakan, latar, konflik, peleraian.
Kemudian, baru lihat nilai dan pemikiran.
Semoga berjaya.
Terima kasih, Fathul.
BalasPadamInsyaallah, doakan semoga laluan dan prosesnya lancar.
Abang juga mendoakan begitu untuk adik.
Terima kasih, Sue. Amin.
BalasPadamKesemuanya memuatkan 15 buah cerpen. Cerpen tersebut pernah disiarkan secara eceran di majalah dan surat khabar sekitar tahun 2010, 2011 dan 2012.
1852????
Saya nantikan kemunculannya....
BalasPadamTahniah cikgu Helmi. Insya-Allah, semoga berjaya diterbitkan.
BalasPadamEh, dari mana munculnya 1852 tu? Sue pun tak tahu. Huhu. Mungkin tadi taip nombor dekat komen tu kot. Tapi pelik juga ni, macam mana entah boleh pindah kat dalam komen pula.
BalasPadamHehe. Bangga agaknya dengan kemunculan 'Tetamu Istimewa' yang bakal tiba, itu yang typo. hehehe
Terima kasih, Kak Rositah Ibrahim.
BalasPadamAmin. Moga dipermudahkan segala-galanya.
Terima kasih, Kak Long (Nilamsuri).
BalasPadamSokongan daripada kalian semua, menguatkan semangat saya.
Sue, Insyaallah-harapan bang Helmi 'Tetamu Istimewa' mampu memberi sinar dalam perjalanan dunia penulisan abang.
BalasPadamHelmi,
BalasPadamTahniah. Semoga berjaya.
Terima kasih Puan Sri.
BalasPadamAmin.
Tahniah untuk HSPM 2010/2011.
Semoga berjaya!
BalasPadam