Pengikut

Isnin, 3 Disember 2012

Jalan-jalan Cari Buku

Apabila saya jalan-jalan di laman sesawang ITBM, terserempak pula dengan buku terbitan terkini mereka. Arg... tergoda dan terus mengidam untuk mendapatkannya. Namun, saya harus bersabar. Sukar untuk saya dapatkan buku terbitan ITBM di Alor Setar, Kedah ini. Perlu tunggu tahun depan saya kira untuk mendapatkannya. Itupun saya perlu ke Kedai Buku 1 Malaysia di Pudu Sentral. Antara buku yang menarik minat saya ialah;



1. Nyanyian Luka (kumpulan puisi) - Husna Nazri


2. Di Negeri Kalbu (kumpulan puisi) - Sutung Umar RS

3. Soya Ais Peneram Madu (kumpulan cerpen) - Shahkang


4. Pengalaman Kreatif: Merangkai Kisah Merenda Kata - Marsli N.O

Saya perhatikan usaha ITBM memberi peluang dengan menerbitkan karya sastera yang bermutu harus dipuji. Sejumlah penulis yang memilih untuk menerbitkan buku mereka di bawah ITBM bukan calang-calang juga. Tahniah kepada pihak ITBM tampil dengan kulit buku yang begitu kreatif dan memikat.

Selain, DPB saya kira pilihan terbaik untuk penulis sastera kreatif yang berkeinginan untuk menerbitkan karya mereka tidak lain tidak bukan ialah ITBM.

*Kredit gambar daripada ITBM

2 ulasan:

  1. Wah, kumpulan cerpen Soya Ais Peneram Madu. Sue pun tengah cari buku tu.

    BalasPadam
  2. Tak sabar rasanya hendak menguliti kumpulan cerpen ni, Sue.

    Nanti kalau Sue pergi ke kedai buku 1 Malaysia, kalau ada bagitau ye.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78