Pengikut

Khamis, 20 Disember 2012

Cerpen: Kenduri di Kampung Pisang di Pelita Bahasa



Alhamdulillah, setelah mencuba berkali-kali akhirnya cerpen saya terpilih juga untuk disiarkan di PELITA BAHASA, Disember 2012. Terima kasih kepada editornya yang tidak jemu-jemu melayan karya saya setiap bulan.

Cerpen ini saya tulis sekitar awal tahun ini. Nampaknya, rezekinya tersiar penutup akhir tahun. Semuanya secara kebetulan.

KENDURI DI KAMPUNG PISANG menceritakan peristiwa kenduri yang berlaku dalam kampung itu. Dalam cerpen ini saya cuba masukkan unsur budaya, kemasyarakatan dan persembahan tradisional ghazal (walaupun ada sedikit yang dipenggal).

Menerusi watak Pak Chin, Wan Munah, Tong Ngong dan Cik Pon masing-masing menghadirkan kejutan untuk pembaca. Sudilah menikmati KENDURI DI KAMPUNG PISANG.

*Masih berbaki lebih kurang 2 minggu. Saya masih menaruh harapan agar masih ada karya saya yang diterima. Harapan itu sudah tentulah bersandarkan pada surat khabar.

10 ulasan:

  1. Tahniah!

    Pelita Bahasa yang saya rasa sukar untuk ditembus selain Dewan Sastera. Masih mencuba... :)

    BalasPadam
  2. saudara Helmi, saya suka membaca buah tangan karya saudara..

    BalasPadam
  3. Terima kasih, Fathul.
    Ya, selain selain Dewan Sastera, Pelita Bahasa dan Dewan Budaya antara majalah yang sukar untuk ditembusi untuk ruangan cerpennya. Saya bersyukur walaupun masih belum berjaya menembusi Dewan Sastera, tetapi Pelita Bahasa tetap menjanjikan kepuasan. Azam, tahun depan mampu menembusi Dewan Sastera. Rasanya sudah semakin hampir.

    BalasPadam
  4. Terima kasih saudara Safwan Razali. Lamanya menghilang. Saya sangat terharu dan menghargai apabila ada pembaca yang memberi maklumbalas yang positif.

    BalasPadam
  5. Penutup 2012 yang manis. 2013 mungkinkah buku pula?

    BalasPadam
  6. Terima kasih Jamilah.
    Insyaallah doakan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78