Pengikut

Isnin, 31 Disember 2012

Rumusan Dunia Penulisanku (ii)

Detik menyambut 2013 semakin hampir. Justeru, sudah tidak ada banyak masa lagi untuk saya berceloteh. Kali ini saya akan membuat rumusan untuk genre cerpen pula. Sesuatu pencapaian yang amat membanggakan saya juga.

Beberapa buah media yang kebal sebelum ini sudah berjaya ditembusi. Antaranya, MINGGUAN MALAYSIA dan PELITA BAHASA. Di samping, cerpen saya juga berjaya menembusi beberapa media baharu seperti UTUSAN MELAYU MINGGUAN, DEWAN SISWA, MINGGUAN WANITA, TUNAS CIPTA, PEREMPUAN, ANIQAH dan ERA MUSLIMAH. Selain akhbar tabliod METRO PERDANA.

Pada tahun ini, sangat luar biasa. Barangkali saya tidak mampu lakukan untuk tahun-tahun mendatang. Sebanyak 40 buah cerpen saya telah tersiar. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih editor.

Di sini saya hendak nyatakan bahawa, cerpen yang tersiar untuk tahun ini bukan bermakna karya yang saya hasilkan pada tahun ini, sebaliknya karya itu saya tulis di awal pembabitan saya. Setelah ditolak editor terdahulu, kemudian saya murnikan semula dan hantar lagi ke media lain.

Media yang memberi ruang dan peluang kepada cerpen tersebut adalah seperti berikut:

1) Berita Minggu - 2
2) Mingguan Malaysia - 1
3) Tunas Cipta - 3
4) Pelita Bahasa - 1
5) Utusan Melayu Mingguan - 3
6) Dewan Siswa - 2
7) Harmoni - 5
8) Jelita - 4
9) Perempuan - 3
10) Mingguan Wanita - 3
11) Wanita - 2
12) Aniqah - 1
13) Era Muslimah - 2
14) Mingguan Warta Perdana - 5
15) Metro Perdana - 2

Berikut merupakan senarai cerpen saya yang pernah tersiar untuk tahun 2012 sebagai rujukan:

Judul : Nakhoda di Laut Merah
Tahun : Januari 2012
Media : Jelita

Judul : Dunia Baru Adik
Tahun : 1-15 Januari 2012
Media : Harmoni

Judul : Sepucuk Warkah
Tahun : 8 Januari 2012
Media : Mingguan Warta Perdana

Judul : Jangan Bersedih
Tahun : Januari 2012
Media : Dewan Siswa

Judul : Rombongan Masuk Jawi
Tahun : 6 Februari 2012 - 13 Februari 2012
Media : Utusan Melayu Mingguan

Judul : Piala Penentuan
Tahun : 1-15 Mac 2012
Media : Harmoni

Judul : Pekasam Siti Rubaiyah Terbang ke London
Tahun : Mac 2012
Media : Jelita

Judul : Pusaka Tanpa Nilai
Tahun : Mac 2012
Media : Aniqah

Judul : Seketul Hati Seorang Datuk
Tahun : 5 Mac 2012 - 12 Mac 2012
Media : Utusan Melayu Mingguan

Judul : Adiwira Selat Melaka
Tahun : Mac 2012
Media : Tunas Cipta

Judul : Tulang Pekasam
Tahun : 18 Mac 2012
Media : Mingguan Warta Perdana

Judul : Setitis Kasih Semarak Budi
Tahun : April 2012
Media : Dewan Siswa

Judul : Hanya Geran
Tahun : 8 April 2012
Media : Mingguan Malaysia

Judul : Perempuan Di Persimpangan
Tahun : 15 April 2012
Media : Mingguan Warta Perdana

Judul : Cikgu
Tahun : Mei 2012
Media : Wanita

Judul : Harum Pandan Bunga Rampai
Tahun : 20-26 April 2012
Media : Mingguan Wanita

Judul : Pulut Durian Santan Kelapa
Tahun : 6 Mei 2012
Media : Berita Minggu

Judul : Kerana Bukan Cita-cita
Tahun : Jun 2012
Media : Jelita

Judul : Mencari Natrah
Tahun : 1-15 Jun 2012
Media : Harmoni

Judul : Pelenggar di Bawah Pokok
Tahun : Jun 2012
Media : Metro Perdana

Judul : Seriosa Kuih Raya Chef
Tahun : 15-30 Jun 2012
Media : Harmoni

Judul : Dangai Ramadan
Tahun : Julai 2012
Media : Wanita

Judul : Rahsiaku Kini Milikmu
Tahun : 29 Jun - 5 Julai 2012
Media : Mingguan Wanita

Judul : Seri Muka Ramadan
Tahun : Julai 2012
Media : Jelita

Judul : Memerdekakan Ramadan
Tahun : 15-30 Julai 2012
Media : Harmoni

Judul : Mabuk Cinta Keladi
Tahun : Julai 2012 (Bil 263)
Media : Perempuan

Judul : Ketupat Palas Nasi Himpit
Tahun : Ogos 2012
Media : Era Muslimah

Judul : Tragedi Suara di Bukit Sampah
Tahun : Ogos 2012 (Bil 264)
Media : Perempuan

Judul : Semanis Gadis Berbaju Kurung
Tahun : 31 Ogos - 6 September 2012
Media : Mingguan Wanita

Judul : Kompang PM
Tahun : 30 September 2012
Media : Mingguan Warta Perdana

Judul : Rafak Sembah Bidan Angsana
Tahun : Oktober 2012
Media : Jelita

Judul : Tentang Waris
Tahun : Oktober 2012
Media : Tunas Cipta

Judul : Pesona Wasangka
Tahun : Oktober 2012 (Bil 265)
Media : Perempuan

Judul : Muhammad Al Islam
Tahun : 28 Oktober 2012
Media : BH Ahad

Judul : Peah Aku Mahu Pulang
Tahun : November 2012
Media : Tunas Cipta

Judul : Bendang Serelung
Tahun : 11 November 2012
Media : Mingguan Warta Perdana

Judul : Korban 10 Zulhijjah
Tahun : November 2012
Media : Era Muslimah

Judul : Saham Anak Dara
Tahun : November 2012
Media : Metro Perdana

Judul : Isteri Seorang Pesawah
Tahun : 3 - 10 Disember 2012
Media : Utusan Melayu Mingguan

Judul : Kenduri di Kampung Pisang
Tahun : Disember 2012
Media : Pelita Bahasa

Ada antara cerpen-cerpen ini telah saya masukkan dalam manuskrip kumpulan cerpen remaja saya "TETAMU ISTIMEWA". Doakan manuskrip ini dapat menemui pembaca semua pada tahun 2013 nanti.

13 ulasan:

  1. Tahniah Abang Helmi!

    Moga 2013 bakal menjadi taman untuk menyuburkan lagi karya-karya yang bakal muncul.

    BalasPadam
  2. Terima kasih, Fathul.

    Amin. Sama-sama ya.

    BalasPadam
  3. Tahniah cikgu, sajak pembuka tahun 2013 tersiar dalam majalah Jelita Januari 2013 bersama-sama cikgu Mohd. Adid Ab. Rahman. Teruslah berkarya!

    BalasPadam
  4. Terima kasih Kak Long yang sering menyokong dan memburu karya saya yang tersiar.

    Insyaallah, selagi berdaya akan saya terus menulis. Sama-samalah kita melestarikan dunia penulisan ini.

    Tahniah juga untuk Ustaz Mohd. Adid yang sering bertukar-tukar pendapat. Dan begitu juga dengan Kak Long. Semoga berjaya.

    BalasPadam
  5. 2012 yang berlalu penuh bermakna. 2013 yang bakal dilalui moga lebih berganda maknanya! Semoga perjalanan kita di arena penulisan sentiasa diberkati-Nya dari tahun ke tahun.

    moga terus sukses bang Helmi.

    BalasPadam
  6. Tahniah abang Helmi, syukur dengan rezeki Tuhan.

    Semoga tahun 2013 dan seterusnya usaha lebih bertenaga dan rancak. Insya-Allah.

    Selamat Tahun Baru.

    BalasPadam
  7. Terima kasih Muzammil, alhamdulillah rezeki dari-Nya.

    Selamat tahun baharu.

    BalasPadam
  8. i) Sue ada tinggalkan komen pada entri ini tempoh hari, kenapa tiada ya?

    ii) 2012 yang berlalu penuh makna. 2013 yang sedang dan dalam perjalanannya ini semoga berganda maknanya. Semoga kembara di daerah penulisan sentiasa diberkati.

    iii) Selamat kembali ke sekolah cikgu!

    BalasPadam
  9. Tahniah saudara helmi. Kagum dengan kebolehan yang ada pada saudara. Tadi pergi ke kedai, belek-belek akhbar, tengok dekat akhbar metro perdana ada cerpen saudara. keluaran januari 2013...Tahniah.

    BalasPadam
  10. Terima kasih Sue.

    i) Entahlah. Sebelum ini blog ini ada masalah sikit kot. Begitu juga kalau abang tinggalkan komen di blog orang. Hilang begitu saja.

    ii)Insyaallah, selagai berdaya usaha itu akan diteruskan.

    iii) Cikgu pun pening kepala di awal persekolahan ni.

    BalasPadam
  11. Terima kasih saudara Efandi. Jika begitu, harapan saya, moga semangat itu mampu diserap oleh penulis muda yang lain. Walau bagaimanapun, sama-samalah kita bantu membantu. Saya tidak selalunya hebat.

    *Ya, terima kasih atas makluman berkenaan cerpen itu. Saya telah pun mendapatkannya.

    BalasPadam
  12. Wah, tahniah Helmi. Akak kagum betul. Akak baru nak menulis cerpen secara serius. Itu pun sementara belum mula menulis manuskrip. Kalau sudah bermula, cerpen tak pandang dah. Akak nak tanya...

    1- Dalam sebulan, berapa cerpen yang Helmi buat?
    2- Berapa lama yang Helmi perlukan untuk siapkan sebuah cerpen?

    Tak tahu hendak cakap apa tetapi kagum sungguh. Bersemangat untuk mengikut jejak langkah walaupun tidak cukup yakin untuk itu.

    Tahniah sekali lagi.

    BalasPadam
  13. Terima kasih Kak Muthiah. Akhirnya, berjaya juga tinggalkan komen.

    1. Saya tidak tetapkan berapa saya menulis untuk sebulan. Tetapi, jika idea itu datang banyak, banyaklah. Tetapi tidaklah sebanyak mungkin. Mungkin 2 buah.

    2. Oh, berapa lama ya. Itu bergantung pada kekuatan idea itu, jika idea itu kuat dan mendesak saya mampu habiskan cerpen itu dalam masa sehari atau beberapa jam saya berkuruung menghadap laptop. Tetapi untuk menyunting dan memurnikannya semula, mengambil masa beberapa hari. Paling kurang saya membaca dan menyunting cerpen itu 10 kali.

    Akak lebih hebat kerana mampu menulis buku. Saya juga kagum.

    Moga kita dapat berkongsi pengalaman.
    Sekian.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78