Pengikut

Isnin, 31 Disember 2012

Rumusan Dunia Penulisanku (i)

Alhamdulillah, hari ini kita sudah melangkah ke tarikh 30 Disember 2012. Tinggal sehari sahaja lagi, kita akan melangkah ke tahun baharu 2013. Pasti ramai yang sudah mencongak azam baharu pada tahun depan. Namun, sebelum kita memasang azam untuk tahun mendatang, sudahkah azam tahun ini telah tercapai?

Saya melihat dalam dunia penulisan pada tahun 2012 paling membanggakan saya. Saya tidak menjangka sama sekali. Ternyata apa yang saya rancang dan tetapkan di luar dugaan saya setelah pencapaian yang saya kecapi amat manis untuk dikenang. Terima kasih Ya Allah.

Oleh itu, saya akan membuat rumusan serba sedikit sepanjang tahun 2012 ini. Untuk itu saya mulakan dengan karya puisi. Di awal tahun saya telah menetapkan sekurang-kurangnya puisi saya mesti tersiar sekitar 20 buah. Alhamdulillah, jika ada yang mengikuti perkembangan penulisan saya pasti sedar bahawa 36 buah puisi saya telah berjaya menembusi beberapa buah media cetak seperti yang saya catatkan di blog saya ini. Boleh dikatakan setiap bulan sekurang-kurangnya sebuah puisi saya akan tersiar sama ada di surat khabar mahupun majalah.

Pada tahun ini puisi saya mendapat tempat di:

1) Berita Minggu - 5
2) Mingguan Malaysia - 2
3) Tunas Cipta - 3
4) Dewan Sastera - 1
5) Pelita Bahasa - 1
6) Dewan Siswa - 3
7) Jendela Utara - 2
6) Harian Metro - 3
7) Jelita - 4
8) Wanita - 2
9) Perempuan - 3
10) Mingguan Warta Perdana - 1
11) Media Terkini - 6

Pencapaian yang paling diingat sampai bila-bila sudah tentulah puisi yang berjudul Musim Tengkujuh yang telah berjaya menembusi tembok kebal DEWAN SASTERA. Selain itu, Buat pertama kalinya, puisi saya juga berjaya menembusi MINGGUAN MALAYSIA, PELITA BAHASA,  JENDELA UTARA dan WANITA. Di samping akhbar tabloid MINGGUAN WARTA PERDANA dan MEDIA TERKINI.

Ya, saya akui saya bukanlah penyair yang hebat untuk menulis puisi, namun Insya-Allah untuk karya akan datang saya akan cuba perbaiki mutu puisi saya. Di sini saya perturunkan kesemua puisi beserta tarikh dan medianya. Selepas ini akan saya padamkan senarai puisi yang tersiar pada tahun 2012, di sebelah.


Judul : Setelah Tiket di Tangan
Tahun : Januari 2012 (Bil 258)
Media : Perempuan

Judul : Derhaka Si Tanggang
Tahun : 29 Januari 2012
Media : Berita Minggu

Judul : Jangan Tidak Pernah Bersyukur
Tahun : Februari 2012
Media : Jelita

Judul : Di Kampung Di Kota
Tahun : 5 Februari 2012
Media : Berita Minggu

Judul : Mempertaruhkan Nasib
Tahun : Mac 2012
Media : Dewan Siswa

Judul : Aku Ibarat Pohon Bakau di Tebing Sungai
Tahun : Mac 2012 (Bil 260)
Media : Perempuan

Judul : Mari Kita Luruskan Saf
Tahun : 18 Mac 2012
Media : Berita Minggu

Judul : Gurindam Membaca
Tahun : 25 Mac 2012
Media : Berita Minggu

Judul : Kita Saksikan
Tahun : 25 Mac 2012
Media : Mingguan Malaysia

Judul : Perempuan Tanpa Mahkota
Tahun : April 2012
Media : Wanita

Judul : Azizi Sasterawan Rakyat
Tahun : April 2012
Media : Jendela Utara

Judul : Fatimah Bunga Hatiku
Tahun : 8 Mei 2012
Media : Harian Metro

Judul : Cinta Fatamorgana
Tahun : 15-30 Mei 2012
Media : Media Terkini

Judul : Bacakan Kami Sebidang Ilmu
Tahun : 29 Mei 2012
Media : Harian Metro

Judul : Selamat Pagi Cikgu
Tahun : 3 Jun 2012
Media : Mingguan Warta Perdana

Judul : Tumpahnya Keringat Ayahku
Tahun : Jun 2012
Media : Jelita

Judul : Musim Tengkujuh
Tahun : Jun 2012
Media : Dewan Sastera

Judul : Janji Menjadi Sumpah
Tahun : Jun 2012
Media : Tunas Cipta

Judul : Memeta Kegemilangan Bahasa
Tahun : Jun 2012
Media : Pelita Bahasa

Judul : Kiriman SMS
Tahun : 15-30 Jun 2012
Media : Media Terkini

Judul : Gelas Perpaduan
Tahun : 10 Jun 2012
Media : Berita Minggu

Judul : Lelaki yang Bermain Pisau Cukur
Tahun : 15-30 Julai 2012
Media : Media Terkini

Judul : Mampirlah Ya Ramadan
Tahun : Julai 2012
Media : Jelita
  
Judul : Memuji Kebesaran-Nya
Tahun : Ogos 2012
Media : Wanita

Judul : Bunga Keamanan
Tahun : Ogos 2012
Media : Tunas Cipta

Judul : Sesaat Bersama
Tahun : 29 Julai 2012
Media : Mingguan Malaysia

Judul : Ramadan Bersayap Putih
Tahun : 14 Ogos 2012
Media : Harian Metro

Judul : Nyawa yang Sekeping
Tahun : Ogos 2012 (Bil 264)
Media : Perempuan

Judul : Mahasiswa
Tahun : Ogos 2012
Media : Dewan Siswa

Judul : Ziarah Terusan Wan Mat Saman
Tahun : Ogos 2012
Media : Jendela Utara

Judul : Di Pagi Bening Di Tangga Aidilfitri
Tahun : 1 September 2012
Media : Media Terkini

Judul : Dirgahayu Pemimpin Rakyat
Tahun : September 2012
Media : Jelita
  
Judul : Kita Anak Muda
Tahun : Oktober 2012
Media : Dewan Siswa

Judul : Mawar yang Terkurung
Tahun : 1 November 2012
Media : Media Terkini

Judul : Korban Atlet
Tahun : November 2012
Media : Tunas Cipta

Judul : Remaja dan Piala Keseronokan
Tahun : 15 Disember 2012
Media : Media Terkini

Pertama kai juga saya menyertai sayembara menulis puisi. Alhamdulillah, puisi saya telah memenangi hadiah sagu hati, Sayembara Menulis Cerpen dan Puisi anjuran ASASI dan dimuatkan dalam antologi LAYANG_LAYANG IMPIAN

*Kenapalah dengan blog saya ini. Rasanya sudah diserang virus ke? Kenapa follower saya tidak dapat dilihat. Logo 'B' sudah seperti pudar dan kurang jelas. 

8 ulasan:

  1. Tahniah cikgu, sajak "Ziarah Terusan Wan Mat Saman", tersiar dalam Jendela Utara, bil. 34, Ogos 2012.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Kak Long kerana beritahu. Saya pun baru tahu.

    Tapi tak tahu macam mana nak dapatkan Jendela Utara tu. Dulu pernah sajak saya tersiar, berbulan juga baru mereka hantar senaskhah.

    Tahniah juga untuk Kak Long.

    BalasPadam
  3. Cuba telefon DBPWU atau e-mel editor Jendela Utara : ikhram@dbp.gov.my. Mohon pihak mereka hantarkan JU ke alamat cikgu. Kat Kak Long ada banyak naskhah juga ni. Saja minta depa bawa lebih. Kebetulan ada program Wacana Sastera Tradisional kelmarin. Kak Long 'cilok' banyak naskhah laaa. Nak letak kat perpustakaan juga nak edarkan beberapa naskhah kat pusat sumber juga.

    BalasPadam
  4. Insya-Allah, nanti saya cuba emelkan editornya.

    Jendela Utara untuk edisi Disember 2012 sudah terbit ke Kak?

    *Saya ada tinggalkan komen di blog Kak Long, tak tahulah lekat ke tidak. Saya pun tak pasti, sejak sehari dua ini, bila saya tinggalkan komen di blog orang, tiba-tiba saja hilang.

    BalasPadam
  5. Tahniah sdr Helmi. Pencapaian yang amat memberansangkan. tahniah untuk 2012. Semoga tahun 2013 memberi lebih ilham untuk terus berkarya!

    BalasPadam
  6. Terima kasih saudari Aina Nabila.

    Alhamdulillah.

    Semoga berjaya juga untuk saudari.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78