Pengikut

Sabtu, 8 Disember 2012

Anda harus Tolong Saya: Dokumentasikan Khazanah Ini


Apa yang boleh saya katakan dan apa pula yang bakal anda katakan saya tetap optimis bahawa saya tidak gila. Saya juga bukan pemungut sampah. Apatah lagi untuk saya jadikan bilik saya sebagai gudang pengumpulan sampah. Atau dengan bahasa mudahnya tempat kitar semula. 

Jauh sekali untuk saya membuang dan membakar khazanah ilmu ini. Saya telah mengumpulnya sebelum saya menulis lagi. Jadi khazanah ini telah menjadi sebahagian pusaka yang akan saya warisi kepada sesiapa yang berkehendakan. 

Walau bagaimanapun, saya terpaksa menjerit meminta tolong daripada anda semua. Harus bagaimanakah untuk saya menguruskan khazanah ini semua? Setelah cara dan kaedah yang telah saya gunakan sudah tidak berkesan lagi. 

Sebelum ini saya mengunting dan menampalnya dalam buku lukisan. Kemudian, saya susun di rak buku. Kini, surat khabar yang mengandungi sejumlah karya penulis tempatan sudah menimbun dalam bilik saya. Bayangkan pada hari ahad saya akan membeli Berita Minggu dan Mingguan Malaysia, kemudian, hari isnin- Utusan Melayu Mingguan, hari selasa - Metro, hari jumaat, saya akan menyimpan ruangan Dunia Buku. Itu belum lagi dicampurkan dengan akhbar tabloid yang lain. Makin menimbun dan menimbun. 

Barangkali sejumlah penulis ini juga tidak memiliki salinan asal seperti yang berada dalam tangan saya. Itulah, mungkin suatu hari nanti, saya akan menjadi kaya raya dengan melelong salinan karya ini kepada sejumlah pembaca mahupun penulisnya sendiri dengan harga berlipat kali ganda. Segala-galanya mungkin berlaku. 

Saya tidak nafikan, daripada sejumlah karya inilah telah menyuntik semangat kepada saya untuk menulis.

Cerpen Sebidang Tilam oleh Rahman CM (allahyarham)

Cerpen Pengukir Arca (Zaharah Nawawi-sudah lama tidak dengar cerita)

Ruangan Dunia Buku yang berada dalam koleksi saya

Saya telah dokumentasikan sebahagian karya tersebut 
dalam  koleksi buku lukisan ini

Sekiranya, jawapan yang berada dalam kerangka minda anda "bakar" atau gunakan untuk membalut belacan, saya fikir lebih baik kiranya anda menghapuskan lamunan anda itu bahawa anda tidak pernah membaca entri ini. 

6 ulasan:

  1. Wah!
    Sangat menarik mendokumentasikan karya penulis. Tidak dinafikan, daripada pengumpulan karya penulis lain, dapat memotivasikan diri kita untuk menulis.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Fathul.

    Bahawasanya anda telah meletakkan diri anda selaku seorang penulis dan saya bukanlah seorang pengutip sampah.

    BalasPadam
  3. Wow, wow, wow
    Terima kasih Nip...
    Sekadar usaha kecil dari penulis yang kecil mengumpul karya penulis yang besar.

    BalasPadam
  4. Tahniah cikgu! Wah! Tabik, saya tak terbuat macam ni. Saya belum dapat membayangkan lagi, sebanyak mana agaknya bahan dokumentasi tersebut. Cikgu mungkin boleh merisik perpustakaan berhampiran sekiranya pihak mereka mahu menyimpan bahan dokumentasi tersebut. Sekiranya koleksi cikgu ini diasingkan mengikut negeri-negeri, tentu menarik. Sekurang-kurangnya negeri Kedah tentu mahu ambil tahu karya-karya hasil penulisan anak negeri Kedah.

    BalasPadam
  5. Terima kasih Kak Nilamsuri.

    Cadangan yang menarik.

    Sebenarnya, banyak surat khabar yang belum tergunting. Saya berbuat begini untuk senang disimpan. Jika dilipat mahupun disusun menimbun begitu, barangkali nampak semak dan tidak terurus.

    Domukentasi saya sekadar biasa saja. Entah2 tak ada yang sudi untuk mengambil dan menyimpannya. Lainlah kalau dibukukan dan dijilid elok.

    Walau bagaimanapun, saya berbangga. Sekaligus menjadi bahan rujukan paling indah dan menarik dalam pengalaman saya mengutip ilmu dan menulis.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78