Pengikut

Ahad, 29 Disember 2013

Skandal, Seks & Kontroversi 2013

"Skandal, Seks & Kontroversi 2013", jangan terkejut membaca tajuk entri ini. Sebenarnya, tadi apabila membelek Mingguan Malaysia, terpampang tajuk artikel ini. Oh, nampaknya setiap tahun kita masih "berbangga" dengan cerita berbaur skandal, seks dan kontroversi. 

Menurut penulis artikel ini, "Walaupun kisah mereka memalukan tetapi ini realiti yang berlaku sebelum mereka menutup tahun 2013 yang masih bersisa dua hari lagi".

Alhamdulillah, nampak perubahan juga dalam dunia hiburan apabila ramai artis terutamanya wanita yang sudah "berubah" dengan memilih untuk berhijab. Moga perubahan ini juga disertai dengan perubahan tingkah laku, amalan dan seumpamanya. 

Alang-alang dah tulis entri ini, pasti pengunjung akan tertanya-tanya, mana cerita skandal, seks dan kontroversinya? Tidak mahu menipu dengan tajuk entri, saya kongsikan cerita tersebut berdasarkan sumbernya dari Mingguan Malaysia. 

Sandal, seks & kontroversi 2013

Skandal Adi Putra
adi putra-kredit gambar dari www.ohbulan.com
Kisah Adi Putra yang dikatakan berskandal dengan isteri orang. 

Aeril-Wawa Nikah Dua Kali
sidang media -kredit foto dari www.ohbulan.com
Sebelum penjelasan dibuat pelbagai spekulasi yang dimainkan oleh media malah individu terbabit sehingga semuanya terbukti sah, mereka ini memang sudah berkahwin.

Tunang Isteri Orang
Fizz Fairuz-kredit foto dari www.myartis.com
Fizz Fairuz yang dikatakan bertunang dengan isteri orang iaitu Azlyn Massiela. Namun begitu, pertunangan mereka putus dan kini Fizz Fairuz dikatakan memulakan episod cinta baru bersama Almy Nadia.

Bebas Tuduhan Rogol
kes rogol -kredit foto dari buahmulut.com
Kes yang berlaku kepada Mohd Izwan, Mentol ini dikatakan telah merogol Zatul. Mohd sempat meringkuk 14 hari di dalam lokap. Namun kes ini dikatakan sudah selesai selepas kedua-duanya membuat "penyelesaian secara baik". 

Ashraf Kahwin Dua
poligami ashraf -kredit foto dari plbgaimacam.blogspot.com
Populariti Ashraf Muslim meledak setelah beliau memutuskan untuk berkahwin seorang lagi dengan Wan Sakinah. Kes poligami ini mengundang kontroversi. 

Shila, Sharnaaz Putus Cinta
putus cinta -kredit foto dari www.forblogger.net
Saya yakin ramai mengikuti kes Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad ini dan pasti tahu bagaimana kontroversi ini berlangsung.

Perang Erma, Rabecca
kontroversi -kredit foto dari www.ammboi.com
Betulkah Erma tidak membayar RM11,200 kepada pelakon Rabecca Nur Al-Islam setelah Rabecca telah menfailkan saman terhadap Erma, setelah Erma gagal membayar baki 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu? 

Entri "Skandal, seks & kontroversi 2013" ini bukan untuk menyebarkan lagi aib sesiapapun, sebaliknya kita ambil sebagai teladan. Moga tahun 2014, lebih cerita manis yang kita dengar dan janganlah kita disogokkan dnegan cerita bauran begini lagi. 

Nota: Esok akan ke sekolah untuk mesyuarat pertama 2014. 

9 ulasan:

  1. Dunia artis mmg tikad akan lari dari skandal & kontroversi.. wallahualam. Apapun, Selamat menempuh alam persekolahan 2014 yang akan menjelang tidak lama lagi.. :)

    BalasPadam
  2. aduhai..harap2 2014..dunia seni ni lebih baik ceritanya...

    BalasPadam
  3. Artis memang susah nk laeri dari semua perkara tu..
    apa2 pun moga tahun akan dtglebih byk cerita yg ceria..

    BalasPadam
  4. Rasanya cikgu xperlu selalu menerbitkan kisah2 artis ni...

    BalasPadam
  5. ni lah harga yang perlu dibayar
    untuk jadi popular

    BalasPadam
  6. Dunia artis... dunia politik lebih hebat lagi..

    BalasPadam
  7. Cikgu ambil tahu juga yer kisah2 ni ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78