Pengikut

Khamis, 5 Disember 2013

Kenapa Kumpulan, Tidak Antologi?

kredit foto dari hikmahgroup.blogspot.com


Barangkali ada yang maklum dan mengetahui istilah "kumpulan" dan "antologi" dalam karya sastera. Bagi yang masih kabur, di sini saya jelaskan secara mudahnya. 

Kumpulan seperti kumpulan puisi, cerpen dan drama merupakan himpunan karya perseorangan dalam sesebuah buku. Seperti kumpulan cerpen saya, Tetamu Istimewa-himpunan 15 buah cerpen. 

Antologi pula adalah himpunan karya seperti puisi, cerpen dan drama daripada banyak penulis dalam sesebuah buku. 

Hal ini memudahkan pembaca mengenal pasti identiti buku tersebut sama ada karya perseorangan (kumpulan) atau karya campuran (antologi). 

Istilah ini tidaklah apa-apa, tetapi bukankah lebih baik jika kita menggunakan dengan betul secara tidak langsung memberi gambaran bahawa seseorang itu "berpengetahuan" tentang sastera, bahasa dan penerbitan.

10 ulasan:

  1. o macam tu..memang sedikit keliru.terima kasih yer helmi..

    BalasPadam
  2. oooo ooooo baru fahammm....terima kasih cikgu...klu gitu sebelum ni ida pun tersilap cakap/tulis antologi Tetamu Istimewa...sepatutnya kumpulan... oooo dan antologi puisi pertama yang ida baca adalah berjudul TITIAN ZAMAN milik emak ida semasa dia sekolah dulu. Dalam tu memang banyak penulis. Ada satu puisi yang sangat ida suka dalam tu MALAM DAN DINGIN BUAT MAMA karya Zainun Ismail yg ida ingat sampai sekarang.

    BalasPadam
  3. Jauh bezanya...amat lain maknanya jika di salah gunakan. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Saya baru tahu. Terima kasih cikgu. Saya ingatkan sama.

    BalasPadam
  5. H-haa, selama ini saya kira antologi itu ya kumpulan. Ternyata saya salah.

    Intinya, kalau kumpulan itu milik 1 orang, antologi milik banyak orang.

    Trims, atas sharing-nya

    BalasPadam
  6. Saya mula tahu perbezaan ini pun tahun lepas (2012). Selepas menyertai minggu penulis. Sebelum itu, saya langsung tak tahu dan fikir, semuanya antologi. :)

    BalasPadam
  7. ilmu baru untuk aiza.. sebelum ini aiza ingatkan sama saja kedua-duanya..

    BalasPadam
  8. Jelas penyampaian cikgu Helmi ni.. t kasih. :)

    BalasPadam
  9. Terus terang, saya juga keliru pada awalnya. Tetapi setelah membaca post ini, barulah saya faham. Terima kasih Tuan atas penjelasan ringkas ini.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78