Pengikut

Khamis, 5 Disember 2013

Penulisan Sastera Kanak-kanak dan Remaja Tidak Popular?

Assalamualaikum semua.

Keputusan Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2012 telah pun diumumkan. Melihatkan senarai keputusan pemenang dalam setiap kategori, saya berasa ada kekurangan dalam kategori C: buku kanak-kanak dan remaja. Dalam kategori C, genre yang dipertandingkan ialah novel, kumpulan cerpen, kumpulan puisi dan kumpulan drama. 

kredit foto dari klikdbp


Percaya atau tidak, pencalonan dalam kategori C adalah yang paling kurang berbanding pencalonan dalam kategori A: buku perseorangan umum/dewasa. 

Mari sama-sama kita lihat pencalonan yang diterima dalam kategori yang dipertandingkan (sumber maklumat dari Berita Harian):

Karya eceran:
1. Puisi - 2,259 
2. Cerpen - 525
3. Esei/kritikan sastera - 250

Buku Perseorangan umum/dewasa:
2. Kumpulan cerpen - 14
3. Kumpulan puisi - 27
4. Kumpulan drama - 27
5. Biografi/autobiografi - 15

Buku Perseorangan kanak-kanak dan remaja
1. Kumpulan cerpen remaja - 2
2. Kumpulan kanak-kanak - 2
3. Tiada pencalonan untuk kumpulan puisi remaja dan drama remaja
4. Kategori lain -tiada maklumat (perlu tunggu laporan yang dikeluarkan panel HSPM nanti)

Perhatikan kategori kanak-kanak dan remaja. Mengapakah situasi ketandusan karya sastera yang berkualiti ini berlaku? Adakah kerana penulisan sastera kanak-kanak dan remaja tidak popular dan tidak mendapat sambutan daripada penulis? Ataupun, adakah kerana kanak-kanak dan remaja tidak suka membaca karya sastera hingga menyebabkan pasaran untuk kategori ini suram? 

Satu usaha keras perlu dilakukan dan semua pihak harus bekerjasama untuk menyemarakkan penulisan sastera kanak-kanak dan remaja. Harapan ini agar kita mampu melahirkan insan yang seimbang, berjati diri dan berpengetahuan.

Nota: Sebenarnya dah beberapa hari entri ni ada dalam draf. Tak jadi nak terbitkan lagi. Memandangkan saya sibuk menulis rencana tentang tajuk ini untuk dipertimbangkan siarannya. Alhamdulillah, dah pun siap dan dah pun dihantar kepada editor. Doakan supaya rencana ini terpilih dan disiarkan. Dapatlah kalian semua membacanya nanti. 

11 ulasan:

  1. insya allah semua yg dirancang berjalan lancar dgn izinnya ;)

    BalasPadam
  2. err..boleh tak nak mengaku yg husna sendiri tak brapa minat sastera..
    mgkin cerita yg di hasilkan buat diri ini rasa suram..huhu..

    BalasPadam
  3. remaja dan kanak2 lebih suka bermain game dari membaca,mungkin sebab tu buku untuk kategori mereka kurang dapat sambutan.
    kena buat sesuatu untuk memupuk kembali semangat membaca di kalangan mereka


    p/s:kathy belum pos lagi sebab tau helmi tengah bercuti kan?helmi boleh PM kat FB atau G+ kathy alamat helmi yer?
    https://www.facebook.com/atiqaharbain
    https://plus.google.com/114093981955614890130

    BalasPadam
  4. mungkin kurang pendedahan kot tentang buku kanak-kanak

    BalasPadam
  5. tak ramai kanak-kanak dan remaja kini yang meminati sastera.. perlu buat sesuatu agar terus ada pelapis pada masa akan datang..
    semoga ianya disiarkan nanti..

    BalasPadam
  6. Ida rasa bukan tidak popular tetapi agak sukar untuk menyelami apa kemahuan anak2 remaja itu. Peringkat tumbesaran remaja dulu, pertengahan dan sekarang tidak sama. Kalau dulu anak2 remaja bermain dengan guli, getah, polis sentry tetapi anak2 remaja sekarang dibesarkan gadget, tablet, hp dan macam2 lagi.

    BalasPadam
  7. saya pernah baca novel remaja kalau tak silap tajuknya "Rumah Tua di Tepi Kubur". Lama dah dan sudah hilang dalam banjir bukunya. Antara buku kegemaran saya. Zaman sekarang, anak-anak lebih terdedah kepada tulisan di alam maya. senang untuk di akses. Blog-blog macam kepunyaan cikgu memang sangat sesuai pada hari ini.

    BalasPadam
  8. Serasa saya, perkara ini memang sudah lama terjadi. Kurang sambutan untuk kategori remaja dan kanak-kanak. Mungkin ada betulnya juga komen kak Ida dan Kak Aiza di atas. Golongan remaja kurang meminati sastera. Kalau minat membaca pun, mungkin lebih kepada genre urban dan mengikut peredaran semasa. :)

    BalasPadam
  9. Golongan remaja & kanak2 masa kini sibuk dgn gadget2 sahaja. Ibu bapa yg harus menyuburkan minat ini kpd mereka.. itu pendapat peribadi saya sahaja.. tetapi klu pengaruh membaca sastera ini hanya ditekankan di sekolah dan segolongan kecil keluarga yg sememangnya menghargai sastera, mmg susah lah... kesedaran dari didikan keluarga utk menghargai sastera tu juga penting.. wallahualam..

    BalasPadam
  10. Salam En. Helmi,

    Saya mencari senarai pemenang HSPM 2012 yang lengkap di Internet tapi tak jumpa. Nak ucap tahniah tak tahu kepada siapa kecuali nama-nama muncul di Beirta Harian dan Utusan Melayu.(bukan senarai lengkap). Tak masuk akal kategori kesusasteraan remaja/ kanak-kanak tidak popular. Pegi mana-mana kedai buku dan penerbitan berlambak-lambak. HSKU sahaja setiap tahun ada 3 novel. PTS lagi banyak, ITBM juga ada (tapi mungkin panel tak larat nak baca satu-satu dan tentukan kategori ataupun sebab penulis tak hantar sendiri karya kepada Sekretariat. IMHO!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78