Pengikut

Rabu, 4 Disember 2013

Puisi Banjir: Sewaktu Hujan Begini

Sewaktu menghadapi banjir di Perlis dahulu, saya ada menulis beberapa buah puisi tentang banjir. Di sini, saya perturunkan antaranya yang pernah disiarkan di media cetak. 

sekadar gambar hiasan (banjir di perlis dahulu)
pelajar asrama tunggu nak balik rumah

SEWAKTU HUJAN BEGINI

Dia datang lagi
dengan ngauman
seribu kali garang
tanpa berpesan-pesan
tanpa memberi amaran
dia memukul dengan angkuhnya
sekelip mata.

Sewaktu beginilah
berpasang-pasang selipar
hanyut tanpa arah
buku-buku persekolahan
terapung seperti kapal teroleng-oleng
pasrah menanti bantuan
ibu-ibu tua merintih tanpa sendu.

Sewaktu beginilah
kudup-kudup bunga kejiranan menguntum
harum tidak lagi mengenal tuannya
sesiapapun boleh mewangi
sewaktu beginilah
aku menemui kapal kesabaran
yang menyelamatkanku daripada
lemas dalam kekufuran maknawi
erti dugaan dan cabaran.


Mohd Helmi Ahmad
Simpang Empat, Kangkong, Kedah
Berita Minggu, 28 November 2010

Sama-samalah kita mendoakan mangsa banjir semua selamat. Dan jagalah keselamatan dan kesihatan. 


18 ulasan:

  1. sedap..nk tny la buat puisi ni die punye ayat dkt belakang xperlu same kee mcm pantun?

    BalasPadam
  2. sy pernah merasa zaman banjir thn 2010 kt kedah

    BalasPadam
  3. kat sini tak hujan cuma mendung memanjang . malah kl jerebu . Kesian bila tgk tpt lain banjir ...

    BalasPadam
  4. didoakan semua yang sedang diuji air bah dikurniakan ketabahan..amiiin

    BalasPadam
  5. Dulu masa sekolah Ida minat menulis puisi dan cerpen...dapat jugalah menghiasi majalah tahunan sekolah. Tp bila di u kemudian bekerja sementara kesibukan membuat Ida terlupa... dan sampai sekarang Ida ada menulis sebuah novel dah 2 tahun mengarang tak siap2...minat ada... idea ada tapi kesibukan masa... aduhhh.

    ps/ Tadi ayah call kata buku Tetamu Istimewa tu dah sampai di rumah JB...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah! Kak Ida menulis novel. Teruskan usaha kak. Ambil masa. Kelak pasti siap. Mungkin akak boleh cuba ambil masa sejam seminggu untuk menulis. Lama-lama siaplah novel akak tu.

      Seronoknya akak dah beli Tetamu Istimewa.

      Padam
  6. hmm.sungguh puitis..

    BalasPadam
  7. selamat hari lahir saudara. terima kasih sudi singgah ke blog saya.

    BalasPadam
  8. perenggan terakhir seperti ada maksud tersirat.. semoga semua mangsa selamat menghadapi banjir..

    BalasPadam
  9. tahniah, penulisan yang penuh makna."sewaktu beginilah,aku menemui kapal kesabaran.." suka ayat ni..

    BalasPadam
  10. Ya Allah cikgu. Sayu rasanya apabila membaca puisi cikgu ni. Tambah-tambah pula, keluarga saya sedang mengalaminya di Kuantan sana. Sedih rasa hati.

    BalasPadam
  11. Indah susun ayatnya.. semoga mangsa banjir semuanya dikurniakan ketabahan oleh Allah swt.. aamiin..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78