Pengikut

Sabtu, 7 Disember 2013

Orang Melayu Belajar Bahasa Mandarin

Assalamualaikum semua.

tulisan saya sewaktu mengikuti kursus bahasa Mandarin di UPM

Dalam cuti persekolahan inilah saya berpeluang mengemas dan menyusun kembali rak buku saya. Terkadang rak ini bagaikan tidak terurus dan berhabuk. Sewaktu saya menyusun, terjumpa pula buku tulis yang tercoret tulisan Cina.

Bahasa Mandarin, Bahasa Asing
Sewaktu menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dahulu, pelajar Bahasa dan Linguistik Melayu wajib mengambil bahasa asing dan saya telah memilih bahasa Mandarin. Betapa pilihan saya ini bukan calang-calang juga memandangkan bahasa Mandarin bukanlah bahasa kedua pertuturan. 

Pelajar juga diwajibkan mengambil hingga tiga tahap "Level". Kiraannya mudah, pelajar perlu lulus tahap 1 kalau berhajat untuk meneruskan ke tahap 2 dan 3. Namun, jika tahap 1 tidak lulus, pelajar perlu mengulangnya hingga lulus sebelum memohon untuk mengikuti tahap 2 dan 3. Alhamdulillah, keputusan yang diperoleh tidaklah secemerlang rakan yang mengambil Bahasa Arab. Bagaimanapun, saya boleh berbangga kerana saya tidak perlu mengulang dari tahap ke tahap. 

Penempatan di SJK(C)
Setelah saya mengikuti kursus perguruan dan tamat dengan jayanya, seperti dirancang pula apabila saya ditempatkan di SJK(C) selama setahun lebih. Di sini sememangnya budaya pembelajaran dan bahasanya adalah berbeza dan begitu asing bagi saya. Saya cuba menyesuaikan diri. 

Sesekali saya berasakan, adalah lebih mudah belajar dengan murid-murid di sekolah ini berbanding belajar secara formal di UPM dahulu. Hal ini demikian, apabila saya berada dalam lingkusan 99% murid yang menuturkan bahasa Mandarin secara tidak langsung saya dapat mendengar cara sebutan yang betul dan apabila saya mula dapat mengajuk cakap mereka, lama kelamaan perbendaharaan kosa kata saya semakin bertambah. 

Pada mulanya memang murid-murid ini ketawa dengan cara sebutan saya. Bagaimanapun, selepas itu mereka mula suka pula apabila orang Melayu dapat menuturkan bahasa Mandarin. 

Budaya, Bahasa dan Pertuturan
Apa yang boleh saya katakan, bukan mudah untuk mempelajari bahasa asing atau bagi kita orang Melayu bahasa ketiga selepas bahasa Inggeris. Namun, itu bukan bermakna sukar untuk sesorang itu menguasai bahasa Mandarin. 

Apa yang saya peroleh setelah setahun di SJK(C) saya berpendapat, sekiranya seseorang itu ingin menguasai bahasa Mandarin atau bahasa apa sekalipun, kita perlulah bergaul dan berada dalam lingkungan budaya, bahasa dan barulah kita boleh bertutur dengan fasih. 

Oleh itu, sekiranya orang Melayu ingin belajar bahasa Mandarin atau bahasa asing yang lainnya, aspek komunikasi secara berterusan dan keberadaan dalam lingkungan budaya bahasa tersebut memudahkan dan mempercapatkan seseorang itu menguasai bahasa tersebut.

14 ulasan:

  1. setuju sangat..oh,rupanya helmi pernah mengajar di sekolah cina yer?

    BalasPadam
  2. Saya mengambil bahasa Mandarin juga sehingga peringkat 3. 老师 Ng dan 老师 Lim memang bagus dalam pengajaran mereka. Bersungguh-sungguh. Sampai sekarang saya ingat (sikit) apa yang telah mereka ajarkan.

    Jasa guru memang diingat sepanjang zaman, pabila guru itu mengajar dengan kasih sayang dan bukannya wang.

    BalasPadam
  3. Setuju dengan pendapat cikgu.. ada banyak kelebihan kita dapat bertutur dalam banyak bahasa.. :-)

    BalasPadam
  4. Pernah belajar dulu tapi separuh jalan :D

    BalasPadam
  5. Salam kunjung balas dari Kak Rose, blog semuamenjadi.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum.. fiza pung balaja mandrin =)
    cume basic lah.. masa semester 5 dulu..

    kredit untuk mereka yg pandai berbahasa mandrin senang untuk dpt kerja =)

    BalasPadam
  7. Wah, menarik. Saat ini saya sedang belajar bahasa Jerman (deutschlerner). Iya, sangat penting untuk bisa berbicara dengan penutur aslinya atau sering-sering mendengar penutur aslinya. Saya memanfaatkan waktu luang di luar waktu kursus untuk menonton siaran televisi berbahasa Jerman ataupun video youtube.

    BalasPadam
  8. bagus gak belajar bahasa mandarin nih. bole tambah ilmu.

    BalasPadam
  9. aiza pernah belajar bertutur saja bahasa mandarin yang asas ketika belajar dulu.. betul tu, ianya perlu dipraktikkan.. sekarang banyak yang aiza dah lupa sebab tak pernah praktikkan dalam kehidupan seharian..

    BalasPadam
  10. Sebenarnya apa yg sy tahu, ini adalah satu perkara yg ditakuti oleh sesetengah cina... ialah bila bangsa Melayu menguasai bahasa Cina.. Bagus utk generasi kita pelajari disamping bahasa Arab, Inggeris & Tamil.

    BalasPadam
  11. Salam.. thanks follow blog saya... saya dah follow blog tuan. tq

    Muhamad Syukri Dzun Nurin
    Putra Blog

    BalasPadam
  12. It is COOL to see people"s face when they see you speaking chinese to them.

    http://allageslearnmandarinchinese.wordpress.com/

    BalasPadam
  13. It is COOL to see people"s face when they see you speaking chinese to them.

    http://allageslearnmandarinchinese.wordpress.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78