kredit foto dari homtuitionclass.com |
Esok, 19 Disember 2013 merupakan detik yang dinanti-nantikan oleh calon yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Esok juga merupakan sistem PMR terakhir yang diguna pakai sebelum sistem baharu dimulakan.
Bersedih cita dan melonjak kegembiraan
Biar apa pun keputusannya esok, usahlah calon bersedih cita terutama yang gagal. Sebaliknya, yang berjaya pastilah melonjak kegembiraan. Bagaimanapun, keputusan itu esok tidak bermakna yang gagal akan terus gagal mencatur kegemilangan pada masa hadapan. Masih belum terlambat untuk membuktikan sesuatu dalam Sijil Penilaian Menengah (SPM) nanti.
Semangat juang yang ada
Sesungguhnya, saya bukanlah pelajar yang cemerlang sangat. Dan tidak pula memperoleh keputusan penuh A dalam mata pelajaran yang diambil, baik dalam UPSR, PMR, SPM mahupun STPM. Namun begitu, semangat juang yang ada, saya berjaya juga melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di Universiti. Sekali lagi saya tegaskan, keputusan PMR 19 Disember 2013 esok bukan penentu segala-galanya. Oleh itu, dakilah tangga kejayaan dengan usaha yang jitu.
Semakan keputusan
Ada sesetengah calon akan membuat semakan keputusan melalui SMS. Ada juga yang akan mengambil keputusan di sekolah. Pastilah senario ini amat berbeza. Kepada yang akan membuat semakan melalui SMS terlebih dahulu, bolehlah mengikut panduan ini.
Taip PMR (No.KP) (ANGKA GILIRAN) dan SMS ke 15888
all the best...
BalasPadamberdebar2 dorg tggu esok ni ;)
BalasPadamWalaupun apapun... tetap berdebar juga... saya pernah mengalaminya ketika anak-anak nak ambil keputusan PMRnya dulu.
BalasPadamall the best untuk adik-adik semua
BalasPadamsemoga diberikan yang terbaik
BalasPadamGood luck adik-adik semua..tapi betul cikgu..PMR is not everything!!!
BalasPadamTahun ni anak kak ina takde yang ambik PMR..apapun good luck untuk semua yang ambik result esok :)
BalasPadamsemoga berjaya
BalasPadamapa la result 3 org anak buah saya agaknya ...
BalasPadamYang penting usaha.
BalasPadamberdebar menunggu anak saudara aiza call memberitahu keputusannya..
BalasPadamanak buah PMR tahun ni,anak kathy tak sempat..
BalasPadamNampak mereka yang berjaya tersenyum lebar tadi ;) Menarik di fb gambar Dato Mukhriz meraikan kejayaan murid2 PMR di SMK Sultan Bahiyah Kedah.
BalasPadamBerakhir juga PMR. Adik saya yang bongsu sempat mengambil PMR tahun lepas. :)
BalasPadamTahniah kpd mereka yg berjaya & teruskan usaha kpd mereka yg kurang berjaya.. peluang kejayaan ttp masih terbuka luas...
BalasPadam