Pengikut

Khamis, 12 Disember 2013

Proses Menerbitkan Sesebuah Buku - Bahagian 2

Assalamualaikum semua.

Sudahkah kalian membaca entri "Proses Menerbitkan Sesebuah Buku - Bahagian 1"? Daripada komen yang ditinggalkan kalian semua, saya menyimpulkan bahawa ada yang berminat untuk menerbitkan buku, ada yang sekadar mengambil tahu untuk menambahkan ilmu dan ada yang berasakan ini bukanlah bidangnya. Bagaimanapun, saya membuat tanggapan positif yang mana, setiap orang ada kelebihan dan keinginannya sendiri.

kredit foto dari ITBM

Proses Setelah Menghantar Manuskrip
Setelah saya berkongsi proses menerbitkan buku yang bermula daripada mengumpul, menyusun, menyunting, mencetak dan menghantar manuskrip, kini tibalah proses seterusnya setelah manuskrip dihantar.

1.Penerimaan Manuskrip
Setiap manuskrip yang dihantar ke syarikat penerbitan akan disusuli dengan surat penerimaan manuskrip. Hal ini penting bagi kedua-dua pihak. Surat penerimaan ini akan menjadi bukti penerimaan penerbit. Sekiranya apa-apa berlaku seperti manuskrip tidak sampai, hilang dan sebagainya surat ini boleh dijadikan rujukan. Sewaktu penghantaran manuskrip, penulis juga perlu lampirkan surat penghantaran manuskrip. 

2.Penilaian Manuskrip
Manuskrip yang dihantar akan dinilai terlebih dahulu. Penulis harus ingat, manuskrip yang dihantar ke syarikat penerbitan bukan bererti manuskrip itu sedia diterbitkan. Manuskrip Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa saya mengambil masa 8 bulan lebih tempoh penilaiannya. Saya yakin, tempoh ini tidaklah lama sangat berbanding syarikat penerbitan lain seperti DBP. Barangkali situasi ini berlaku kerana syarikat penerbitan menerima banyak manuskrip yang perlu diurus dan dinilai. Jadi, kenalah tunggu giliran. 

3. Pertayaan Perkembangan Manuskrip
Manuskrip yang dihantar dan dalam tempoh penilaian perlu dibuat "follow up". Ada yang memaklumkan tempoh yang sesuai untuk membuat "follow up" selepas tiga (3) bulan pertama, kemudian enam (6) berikutnya. Hal ini perlu untuk memastikan manuskrip kita itu tidak tercicir. Jika penerbit memaklumkan bahawa manuskrip masih dalam proses penilaian, penulis haruslah bersabar. Proses menerbitkan sesebuah buku menuntut kesabaran yang tinggi. 

Saya pernah membaca entri seorang penulis yang mana penerbit memaklumkan bahawa mereka belum bersedia dan menghadapi beberapa kekangan untuk menerbitkan buku tersebut. Jadi, penulis ada hak untuk menarik balik manuskrip tersebut. Sebarang urusan seperti penarikkan balik manuskrip ini perlulah disusuli dengan surat rasmi. 

4. Keputusan Manuskrip
Saat yang mendebarkan apabila menerima panggilan telefon daripada penerbit yang memaklumkan keputusan penilaian manuskrip. Jika ada rezeki dan baik mutu manuskrip itu, insya-Allah, akan lulus. Jika tidakpun, barangkali penulis boleh mencuba di syaraikat penerbitan lain. Penolakan ini mungkin disebabkan manuskrip itu tidak sesuai dengan corak penerbitan mereka. Keputusan ini juga akan disusuli dengan surat sebagai buktinya. 

5. Tandatangani Surat Perjanjian
Setelah manuskrip lulus, penerbit akan mengeluarkan surat izin terbit dan surat perjanjian. Penulis diingatkan supaya baca dan teliti betul-betul perjanjian tersebut. Jika ada frasa dan istilah yang tidak difahami bolehlah rujuk kepada orang yang lebih arif atau pun rujuk syarikat penerbitan tersebut. Dalam surat perjanjian itu ada dinyatakan cara pembayaran royalti, tempoh perjanjian dan sebagainya. 

Nota: Jika ada sesiapa yang lebih arif, dan artikel saya ini berlakunya kesilapan dan kekurangan boleh betulkan. Maklumlah ini merupakan pengalaman pertama saya menerbitkan sesebuah buku. 

17 ulasan:

  1. assalam, banyak ilmu penulisan dan cara2 untuk memulakan karya dan cara untuk menerbitkan buku dapat dibelajar disini...terima kasih kerana sudi berkongsi..

    BalasPadam
  2. panduan yg berguna bagi mereka yg berhasrat untuk menghasilkan karya ...

    BalasPadam
  3. teringin juga nk hasil kan satu karya yang bermutu..rasanya masih banyak yg fizi perlu lalui utk hasilkan karya yang bermutu..

    BalasPadam
  4. oo baru yumida tahu..mcm tu rupanya prosedurnya..
    beznye klo diri sendiri dpt hasilkan karya then siap dibukukan
    kwn yumida pernah hasilkan novel..keluaran alaf21...mmg tabik spring sgt kat dia, berbakat

    BalasPadam
  5. tq helmi atas info ni...

    BalasPadam
  6. aiza kategori sekadar mengambil tahu untuk menambahkan ilmu itu.. hehe.. mungkin ianya berguna kepada aiza satu hari nanti.. sangat bermanfaat perkongsian ini helmi..

    BalasPadam
  7. Apa yg ingin ida tanyakan di bahagian 1 dulu sudah terjwb disini iaitu royalti. Ada juga info yg mengatakan kita juga boleh mengambil royalti secara lumsum berbanding jumlah penjualan mengikut unit, betul ke cikgu. Sekiranya betul agak2 mana lebih menguntungkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu bergantung pada penerbit. Ada yang bayar lumsum dan ada yang bayar ikut cetakan per unit (kiraan ikut berapa peratus dari harga buku). Lain penerbit lain caranya. Kebanyakannya kalau buku bayaran royalti mengikut cetakan.

      Padam
  8. Panduan yang sangat berguna. Jika saya nak terbitkan buku, sudah pasti artikel ini menjadi rujukan. Perkongsian yang sangat berguna.

    BalasPadam
  9. T kasih diatas perkongsian ini juga.. mmg ada keinginan utk ke media cetak juga nnti, in shaa Allah. Semoga menjadi inspirasi & rujukan buat semua yg mempunyai hasrat yg sama.. aamiin.

    BalasPadam
  10. assalamualaikum abang..boleh tahu fb tak?ada benda yang nak bincang sikit..kalau tak keberatan abang boleh add fb saya Tok Uban (Muhammad Afzan Ismail), tak pun abang tinggalkan nama fb abang kat sini..(tapi takut privesi la pulakkan)hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, saudara Afzan. Oh, saya tidak ada FB. Jika ada pertanyaan, sila berhubung melalui emel: ini alamat emel saya, mie_adham86@yahoo.com (saya nantikan kiriman emel saudara).

      Padam
  11. Satu perkongsian ilmu yang sungguh berguna..Terima Kasih atas perkongsian..

    BalasPadam
  12. noted, helmi. untuk rujukan akan datang, tqvm

    BalasPadam
  13. Info yang amat bermakna buat saya kerana dalam penantian proses nilai terbit manuskrip novel pertama.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78