Pengikut

Ahad, 15 Disember 2013

Berkongsi Rezeki itu Lebih Indah

Assalamualaikum semua.


Petang semalam saya ke belakang rumah melihatkan pokok betik nan sebatang yang tumbuh subur menjulang tinggi. Sudah pastilah, untuk menikmati buahnya yang manis itu perlukan kesungguhan untuk mengambilnya. Kalau dahulu sewaktu kecil, tidak menjadi masalah kepada saya untuk memanjat pokok betik sebegini tinggi. Jika sekarang ini, diupah RM10.00 pun saya sama sekali akan menolak.

Pagi tadi, apabila ke sana semula apa yang dapat saya lihat betik ini telah ditebuk dan dinikmati dengan ghairahnya oleh seekor burung merbah. Memang burung merbah sukakan buah. Bagaimanapun, melihatkan burung ini curi-curi datang makan dengan kicauan bunyinya membuatkan saya terpesona dengan keindahan alam. 

Oh, bukankah berkongsi rezeki itu lebih indah! Nikmatilah sepuasnya merbah, jika rezeki itu sudah ditakdirkan-Nya untuk kau. Dan, aku sabar menanti buah lain nan masak lagi. 

9 ulasan:

  1. alhamdulilah ..bagus cikgu selalu berfikiran seperti itu..semoga di rahmati ALLAH

    BalasPadam
  2. Rezeki burung tu...esok lusa rezeki kita pula ;)

    BalasPadam
  3. Subhanallah.. semoga rezeki semakin bertambah.. aamiin.

    BalasPadam
  4. haiwan pun tumpang rezeki...tak perlu kita marah2 kat haiwan yang takde akal kan..
    baguslah helmi..

    BalasPadam
  5. benar itu helmi.. rezeki dikongsi bersama mereka.. tentu ada ganjaran pahalanya.. :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78