Assalamualaikum semua.
Malaysia dikejutkan seminggu lepas dengan banjir yang melanda Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor. Ekoran daripada banjir ini mangsa yang terlibat dengan banjir dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara mengikut kawasan masing-masing.
banjir di pahang - kredit foto dari pahangdaily |
Banjir yang terbesar
Ada yang menyifatkan banjir kali ini antara yang terbesar dalam sejarah banjir yang berlaku dalam negara mahupun negeri tersebut. Boleh dikatakan, pada penghujung tahun ataupun lebih tepat lagi bulan Disember negeri di Pantai Timur "akan" dilanda banjir. Oleh itu, langkah berjaga-jaga diambil untuk memastikan persiapan menghadapi banjir lebih bersedia memandangkan banjir yang melanda saban tahun seolah-olah telah memberi seribu pengalaman.
Bantuan RM500 mangsa banjir
Atas keprihatinan Perdana Menteri, beliau telah mengumumkan bantuan RM500 kepada keluarga mangsa banjir. Apabila bantuan ini diumumkan pasti akan timbul desas-desus mengatakan bantuan ini sekadar "gula-gula" pemimpin UMNO itu untuk memancing pengundi bagi pilihanraya akan datang.
Walau bagaimanapun, usahlah memandang yang negatif. Selaku seorang pemimpin pastilah mahukan yang terbaik dan akan cuba membantu rakyat di bawah pimpinannya.
JPJ ganti lesen dan bayaran hutang ditangguhkan
Selain itu juga, pihak JPJ dikhabarkan akan menggantikan semula lesen memandu mangsa yang rosak akibat banjir secara percuma. Usaha ini harus diberi pujian kerana kehilangan dan kerosakan ini bukanlah secara sengaja sebaliknya akibat bencana alam.
Selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib menyarankan pihak bank menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman hutang di bank masing-masing. Cadangan ini adalah untuk mengurangkan beban mangsa banjir yang perlu ditanggung. Di samping sudah pastilah dalam masa terdekat mangsa banjir dan peminjam ini terpaksa menggantikan segala kelengkapan yang rosak di rumah selain urusan yang lain juga.
Perhimpunan Agung UMNO 2013
Semalam, 7 Disember 2013 berakhirlah Perhimpunan Agung UMNO 2013. Di kala rakyat Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor bimbang banjir yang melanda di PWTC berdegar-degar amanat, janji dan sumpah setia pemimpin UMNO termasuklah ahli-ahli UMNO yang lain.
acara memotong pulut kuning di Perhimpunan Agung UMNO kredit foto dari Utusan Malaysia |
Oleh itu diharapkan segala apa-apa yang telah dilontarkan dikotakan untuk rakyat Malaysia. Kini, sudah tiba masanya pemimpin yang berkampung di PWTC itu bertebaran menuju ke Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor bagi meninjau sekiranya mereka ini perlukan bantuan.
Smoga di permudahkn segala urusan
BalasPadamTp ida rasa klu tiada perhimpunan umno pun kerajaan tetap akan menghulurkan bantuan spt tahun2 yg lepas.
BalasPadamTerima kasih atas bantuan itu.
BalasPadamx dinafikan banjir kali ni agak teruk.
BalasPadambetul tu.. janji ditepati.. semoga keadaan banjir beransur pulih..
BalasPadamalhamdulillah..
BalasPadamkerajaan membantu semaksimal mungkin ..^_^
BalasPadamMusibah pasti ada hikmah, moga mrk yg diuji tabah menerima..
BalasPadambersyukurlah dengan bantuan yang di beri..
BalasPadamJanji haruslah ditepati.. semoga dipermudahkan segalanya...
BalasPadam