Pengikut

Selasa, 31 Disember 2013

Top 10 Paling Popular 2013 di Tetamu Istimewa

Assalamualaikum semua. 

Esok, menjelang 1 Januari 2014. Tahun baharu dengan azam dan semangat baharu. Bercerita mengenai blog Tetamu Istimewa, saya tidak menjangka sama sekali yang Tetamu Istimewa boleh bertahan sampai ke entri ini Top 10 Paling Popular 2013 di Tetamu Istimewa.

Ya, saya mula menulis di Tetamu Istimewa pada tahun 2011. Namun, sekadar suka-suka sahaja dengan jumlah entri (37). Masuk tahun 2012 juga begitu (181). Titik permulaan saya aktif, adalah pada tahun 2013 bulan Julai dengan (43 entri). Sebelumnya, jarang entri yang saya terbitkan mencecah 40. 

Sejarah Tetamu Istimewa

Kepada yang pernah mengikuti blog ini dari awal pasti mengetahui sejarah nama Tetamu Istimewa diberi iaitu sempena judul sebuah cerpen saya Tetamu Istimewa yang disiarkan di Berita Minggu. Bukan sahaja, Tetamu Istimewa dinamakan kepada blog saya ini bahkan Tetamu Istimewa turut menjuduli buku kumpulan cerpen remaja saya yang pertama terbitan ITBM. Segala-galanya memang istimewa bagi saya. Andalah tetamu yang membuatkan saya berasa blog ini memang istimewa. 

Saya tertarik dengan entri Top 10 Paling Popular 2013 yang Relaks Minda atau Bin Muhamad terbitkan. Entrinya sememangnya layak dikategorikan sebagai paling popular dan terbaik. 10 entri tersebut mendapat pageviews yang sangat membanggakan. Biarpun Top 10 Paling Popular 2013 di Tetamu Istimewa yang bakal saya kongsikan ini tidaklah mencatat pageviews sebegitu, saya tetap berbangga dengan entri saya ini. 

Ramai yang menganggap blog ini ada nichenya tersendiri, khasnya tentang bahasa dan sastera. Selain seorang penulis, saya juga seorang guru. Info terkini berkenaan pendidikan memang tidak terlepas daripada muatan entri di sini. Malah, Top 10 Paling Popular 2013 di Tetamu Istimewa ini mengatasi entri tentang bahasa dan sastera. 

Top 10 Paling Popular 2013 di Tetamu Istimewa

10. Kepentingan Pengurusan Bilik Darjah yang Baik (1154 view)

bilik darjah yang baik dan ceria
  • Entri ini diterbitkan pada 18 Januari 2013. Sebenarnya, gambar bilik darjah inilah yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan view entri ini. Jika diikutkan tarikh ini, saya mula bertukar atau masuk ke Sekolah Kebangsaan Batang Kali, pada 16 Janauri 2013. 
  • Dua hari selepas saya masuk ke sekolah ini, saya tertarik dengan pengurusan bilik darjah Tahun 1 Tekun ini. Gurunya sangat kreatif menghias bilik darjah. Tahun 2014, saya perhatikan semalam, ada sedikit penambahbaikkan dalam bilik darjah ini. Insya-Allah, saya akan buat entri susulan beserta gambar bilik darjah terkini Tahun 1Tekun yang sangat ceria. 

9. Terima Kasih! Terima Kasih! Terima Kasih! (1292 view)

terima kasih (comel tak!)
  • Saya kurang pasti, apa yang menjadi daya tarikan pada entri terima kasih ini. Jika membaca tajuknya sekadar ucapan terima kasih. Adakah gambarnya? Hanya pengunjungnya sahaja yang tahu. Namun begitu, di sebalik ucapan terima kasih itu, muatan entri yang sebenarnya berkaitan penulisan. 
  • Saya yakin, ramai yang belum menerjah entri ini. Barangkali teknik SEO yang tidak mengena dan tidak betul. Mana tidaknya, tajuk entri terima kasih, tapi entrinya berkaitan tips penulisan. Jadi, kepada yang membaca entri ini dan berminat untuk menjadi penulis, boleh baca "apa usaha yang telah saya lakukan" hinggakan saya boleh menulis 80 buah cerpen dan 200 buah puisi.  

  • Entri ini baru sahaja diterbitkan pada 18 Disember 2013. Saya cuba mencari tajuk yang sesuai untuk memudahkan pengunjung mencari maklumat berkenaan semakan keputusan PMR terutama menggunakan talian SMS. Oleh itu, saya letakkan sekali nombor taliannya sebagai tajuk entri. 

7. Fail dalam KSSR (2130 view)

transformasi pendidikan melalui KSSR
  • Entri ini diterbitkan pada 29 Januari 2013. Apakah yang membuatkan saya menerbitkan entri ini, sebenarnya untuk memberi maklumat kepada guru-guru Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam penyediaan fail. Berikutan, terdapat pelbagai percangahan pandangan dan pegangan berkenaan jumlah fail yang perlu disediakan. 
  • Hanya tiga fail sahaja yang perlu disediakan iaiatu Fail Potfolio Guru, Fail Showcase dan Fail Perkembangan Murid.

  • Entri yang ringkas dan padat ini diterbitkan pada 18 Julai 2012. Entri yang masih bertahan dan mampu bersaing dengan entri yang baru diterbitkan pada tahun 2013. Saya sendiri yang menghadiri kursus ini sewaktu bertugas di SJKC. 
  • Entri ini sekadar beberapa keluhan yang timbul. KSSR dikatakan banyak masalahnya dan rumit untuk dilaksanakan. Bagaimanapun, hingga kini murid Tahun 1 hingga Tahun 3 telah melalauinya. Tahun 2014, murid Tahun 4 bakal menghadapinya dengan sedikit perubahan. 

5. SAPS Peperiksaan Akhir Tahun 2013 (2356 view)

kemasukan markah murid secara online
  • Sewaktu entri ini diterbitkan iaitu pada 25 Oktober 2013, guru-guru sibuk mengisi markah murid dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Jadi, entri ini sekadar makluman sahaja. 
  • Kesibukan saya mengisi SAPS ini telah membataskan masa saya untuk blogwolking dan sebagainya. 

4. Ujian Kompetensi Guru Sabah, Sarawak dan Selangor (3404 view)

tahap kecekapan guru dalam ICT
  • Entri ini yang diterbitkan pada 29 Oktober 2013 ini sememangnya telah menimbulkan kegembiraan kepada saya sebenarnya. Mana tidaknya hanya dalam beberapa hari sahaja, entri ini mendapat view yang tinggi. Memandangkan pada ketika itu, guru-guru perlu mengisi ujian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. 
  • Entri ini bersifat sementara. Sayangnya, saya tidak sempat "mengambil kesempatan" untuk menerbitkan entri ini lebih awal. Jika dilihat rekod view yang diterima blogger yang menerbitkan entri ini dari awal, telah mencecah 100k. 

3. Kursus KSSR Tahun 3-2013 Dunia Seni Visual (5693 view)

mobail ular
  • Saya fikir, entri yang baik dan berkualiti bukan sementara sifatnya. Inilah yang dapat saya rasakan apabila entri yang diterbitkan pada 8 September 2012 ini masih mampu bertahan. Saya sifatkan entri ini mendapat view yang tinggi disebabkan gambar hasil karya yang diletakkan. 
  • Saya menggantikan guru lain untuk mengikuti kursus ini. Mobail ular inilah hasil kerja kumpulan saya. 

2. SAPS Semak Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Secara Online (8897 view)

Sistem analisis peperiksaan sekolah
  • Inilah antara entri yang berjaya saya rasa. Entri ini diterbitkan pada 5 Disember 2013. Namun, momentumnya peningkatan viewnya sangat mengujakan. Sebenarnya, entri ini susulan daripada entri SAPS yang lain. 
  • Dalam entri ini saya ada menerangkan serba sedikit, bagaimana penganalisisan peratusan murid dibuat. Jadi, tidaklah ibu bapa tertanya-tanya, kenapa lima mata pelajaran sahaja diambil kira. 

  • Saya memperkenalkan inilah entri yang paling popular yang dicari di Tetamu Istimewa. Saya terbitkan entri ini pada 30 Oktober 2013. Saya cuba letakkan kata kunci yang selalu akan dicari oleh pengguna SAPS. 
  • Memandangkan pada ketika entri ini diterbitkan musim peperiksaan dan sudah pastilah ibu bapa ingin menyemak keputusan anak-anak mereka. Jadi, barangkali entri ini dapat dijadikan rujukan. Jika dicari digoogle dengan kata kunci semakan ibu bapa SAPS, pasti entri ini berada pada kedudukan yang membanggakan. 
10 paling popular di Tetamu Istimewa

Terima kasih saya ucapkan kepada blogger yang sudi singgah, baca dan komen entri saya yang tidak seberapa ini. Insya-Allah, saya akan perbaiki dan pertingkatkan dari masa ke masa. Sokongan kalian, amat saya harapkan. Kalianlah Tetamu Istimewa saya. 

15 ulasan:

  1. penuh info blog ni ksn? jom join segmen di dzureendarwis.blogspot.com

    BalasPadam
  2. perghh..tinggi tu pageview bg setiap entry..tahniah helmi..:)

    BalasPadam
  3. peh! terbaik blog cikgu ni, tahniah cikgu....

    Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com

    BalasPadam
  4. tahniah, bukabn senang nak dapatkan jumlah seperti itu
    all the best untuk 2014 nanti ye =)

    BalasPadam
  5. Tahniah cikgu! Terima kasih atas perkongsian info2 yang menarik ;)

    BalasPadam
  6. kena letak jugak pasal PBS ni.
    konpem naik mencanak trafik :)

    BalasPadam
  7. Tahniah cikgu!! Sangat membanggakan!!

    BalasPadam
  8. hebat tu.. semoga helmi terus success pada masa akan datang.. tahniah.. :D

    BalasPadam
  9. Hebat penangan keyword SAPS tu...Baru 2 bulan dah mencapai hampir 50K! :)
    Semoga TM terus mencipta kejayaan dan kecemerlangan ditahun 2014...

    BalasPadam
  10. Semuanya berilmiah dan bermanfaat cikgu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78