Pengikut

Sabtu, 8 September 2012

Kursus KSSR Tahun 3- 2013 Dunia Seni Visual


Alhamdulillah, selesai. Itulah yang boleh saya katakan setelah Kursus KSSR tahun 3-2013 Dunia Seni Visual tamat dengan jayanya. Terima kasih saya ucapkan kepada jurulatih utama yang menjadi pemudah cara telah berjaya menjalankan tugas mereka dengan baik sekali.

Kursus KSSR bagi Daerah Hulu Selangor telah diadakan di PKG Kalumpang selama 4 hari. Bermula daripada 5-8 September 2012. Maknanya hari ini hari terakhir. Pada hari terakhir terpaksa dibuat di PPD Hulu Selangor kerana PKG tutup.

Di sini saya lampirkan beberapa gambar semasa kami menjalankan aktiviti menghasilkan evidens. Kumpulan saya telah ditugaskan untuk menghasilkan mobail. Mobail yang telah dihasilkan ialah ular.

Mobail - Ular
Lukisan - Buah Epal dan Oren
Ancaman Siku Keluang


Hasil daripada kumpulan-kumpulan lain 
Catan - Rama-rama
Lipatan dan Guntingan

Setakat ini saja yang dapat saya muat naik kerana internet saya ini masalah sikit. Sebenarnya ada lagi gambar yang menarik untuk dikongsi. Tetapi tidak mengapalah, saya kira cukuplah untuk panduan semua guru-guru yang hendak tahu sebahagian bidang dan aktiviti yang perlu diajar kepada murid tahun 3 tahun depan. Ini merupakan hasil kerja guru. Jadi kalau murid tidak berjaya mencapai apa yang kita mahukan janganlah cepat melatah. Buat dulu baru tahu betapa susah juga sebenarnya.

* Langganan majalah Dewan Sastera dan Tunas Cipta Ogos telah sampai. Tapi saya masih belum dapat membacanya lagi kerana langganan tersebut telah dialamatkan di Kedah

6 ulasan:

  1. salam perkenalan..
    mohon tunjuk ajar dan perkongsian dari
    saudara yang berpengalaman (:

    KSSR sinonim dengan eviden ^^

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana sudi kunjung balas.

    Insyaallah, saya akan bantu sedaya boleh. Saya juga baharu saja belajar berkaitan dengan KSSR ini. Kerana saya tidak ada pengalaman mengajar tahun 1 dan 2. Tahun depan barulah bermula.

    Ya, evidens memang sinonim dengan KSSR. Evidens itu lembaran kerja murid untuk diberi band nanti.

    BalasPadam
  3. assalamuallaikum..akak sedang buat eviden untuk setiap band...hem sehari selembar benang...banyak masa diperuntukkan supaya jadi guru yang bertanggung jawab semasa mengajar..insyaallah.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum...saya nak tanya kawan2 di sini.camna nak wat rama-rama ngn teknik catan tu?saya ni budak br belajar seni...eh bukan budak,cikgu yang br nk blajar...(bukan opsyen)...hehe

    BalasPadam
  5. Waalaikumusalam, Cikgu Maimunah. Eviden untuk mata pelajaran apa akak?
    Ya, dalam KSSR ni, banyak masa yang diperuntukkan untuk membuat eviden. Harap-harap tugas mengajar itu tidak terpesong jauh.

    BalasPadam
  6. Waalaikumusalam, Cikgu Sakinah. Sebenarnya saya juga bukanlah opsyen untuk Seni. Hari tu saya pergi KSSR tu, untuk ganti cikgu je. Sekarang pun tak ajar seni.
    Untuk rama-rama tu, bukan kumpulan saya yang buat. Tapi, rasanya akak kena lukis dulu rama-rama tu. Kemudian, kena warna ikut kemahiran. Rasanya juga kena ikut tona warna.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78