Pengikut

Selasa, 3 Disember 2013

Banjir di Perlis, Banjir di Pahang


kawasan pintu masuk IPG Perlis

Apabila mendengar berita Pahang dilanda banjir, hati saya bagaikan galau. Hal ini demikian, saya pernah mengalaminya sewaktu saya menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis pada tahun 2010. Selama umur saya ketika itu, tidak pernah saya terfikir untuk berhadapan dengan banjir memandangkan kawasan rumah saya di Kedah bukanlah kawasan banjir. Namun, Allah memiliki perancangannya yang sangat hebat, kawasan rumah yang kami sewa itu rupa-rupanya kawasan banjir. 

Kepada penduduk Perlis, peristiwa ini tidak mungkin dilupakan. Sewaktu itu saya dan rakan dalam tempoh penghujung praktikum. Kami terperangkap sewaktu hendak ke sekolah. Terpaksa mencari alternatif lain untuk ke sekolah. Terpaksa mengikuti jalan jauh. Terpaksa menghubungi sekolah akan kelewatan kami. Semuanya memberi seribu pengalaman yang tidak dapat dibeli. 

Ketika itu juga, air di kawasan rumah kami iaitu Taman Sri Embun, berhadapan dengan Institut Latihan Perindustrian (ILP) separas paha. Kami terpaksa mengangkut barang keluar dari rumah meredah air. Bukannya kami tidak bersedia awal. Dek kuliah yang hendak "diadakan" juga oleh pensyarah ketika itu, alih-alih bertukar sebaliknya apabila air naik mendadak. Kami pulang tergesa-gesa ke rumah. Saat sampai sahaja di kawasan perumahan, air yang kami tinggalkan sebelum ke kuliah separas buku lali meningkat naik hingga separas paha. Bagaimanapun, semuanya selamat dan terakam kemas dalam memori kami.

20 ulasan:

  1. semoga semuanya selamat..kena brhenti+ waktu macam ni..

    BalasPadam
  2. musim hujan da tiba,saya x pernah merasai pengalaman banjir lagi,,masa kota tinggi johor di landa banjir besar,,saya cuma dapat tgk keadaan selepas banjir je,,,

    BalasPadam
  3. Harap lepas nie banjir tak semakin teruk..

    BalasPadam
  4. Sekarang ni sana sini hujan semuanya hujan...kuantan paling teruk

    BalasPadam
  5. Cikgu,kalau di Sarawak.agak lewat
    sedikit musim hujannya..Tapi,biasanya
    waktu Tahun Baru Cina,baru hujan
    turun tidak berhenti-henti..

    BalasPadam
  6. Kuantan teruk banjir macam last year...kena berjaga-jaga coz air naik mendadak...

    BalasPadam
  7. semoga diberikan ketabahan hati bagi para korban

    BalasPadam
  8. banjir itu urusan Allah.. cuma kita perlu berjaga2..

    BalasPadam
  9. Mudah2an tiada apa yg lebih teruk berlaku, in shaa Allah.. aamiin..

    BalasPadam
  10. Musibah itu ada rahmatnya. Kita perlulah sentiasa waspada agar dapat mengurangkan risiko kerugian harta benda terutama nyawa.

    BalasPadam
  11. musim hujan & berita banjir menjadi topik utama sekarang ni..

    BalasPadam
  12. sekarang ni Terengganu pung dah banjir, air dah sampai paras pintu =(

    BalasPadam
  13. Keadaan banjir yang amat merisaukan.. Boleh mengakibatkan kerosakan banyak harta benda..

    BalasPadam
  14. banjir di perlis masa tuh antara yg aku ingat jugak la.

    BalasPadam
  15. hujan2 taun gitulah. yg penting kena hati2 dlm keadaan cuaca skang ni !

    BalasPadam
  16. kathy pun bimbang..area kathy memang area banjir..

    BalasPadam
  17. tentunya pengalaman itu akan tetap diingati seumur hidup.. tak semua orang pernah mengalami pengalaman sebegitu..

    BalasPadam
  18. Menghadapi banjir sewaktu saya kecil pun.. tetap terus dalam ingatan saya. Selepas 13 tahun, sekali lagi banjir besar di Kuantan. Cuma saya, jauh dari sana. Hanya bayangan tentang keluarga, dengan sejarah banjir yang pernah melanda, bermain-main dalam fikiran saya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78