Masuk bulan Disember barulah saya dapat menatap majalah langganan bulan November. Majalah ini baru sampai tengah hari tadi. Saya telah melanggan Dewan Sastera, Tunas Cipta dan Pelita Bahasa. Dewan Masyarakat diberikan sebagai hadiah ikhlas daripada editor Dewan Masyarakat setelah artikel saya Tiada Lagi Skor A yang disiarkan pada bulan November. Terima kasih editor Dewan Masyarakat yang mengirimkan naskhah ini.
Nampaknya "masalah" yang melanda Dawama seolah-olah belum lagi selesai. Saya berharap walau apa-apa pun "masalah" yang bergolak dalam pengurusan Dawama janganlah hingga menjejaskan penerbitan dan pemasaran majalah terbitan DBP. Jika perlu, DBP harus mencari syarikat penerbitan yang lebih konsisten untuk memastikan majalah ilmiah ini dapat dibaca oleh pembaca dalam lingkungan masa yang pantas.
semoga berjaya....
BalasPadamselamat maju jaya.. teruskan berkarya :)
Padambetul tu..
BalasPadambz ye cikgu.......apa pun selamat membaca dan maju jaya!
BalasPadamWah dpt buku majalah. Lama dah tak baca
BalasPadamwah.. dapat percuma la majalah tu ya.. semoga helmi terus bersemangat untuk bekarya.. :D
BalasPadamtumpang seronok..:)
BalasPadamSalam Disember cikgu Helmi.. :)
BalasPadamItulah cikgu. Saya pun berharap agar masalah mereka dapat diselesaikan dengan segera. Kalau terus berlarutan, mungkin kita para pembaca yang sedikit 'merana' untuk mendapatkan majalah-majalah bergenre sastera ini. :)
BalasPadamApapun, kita doakan yang terbaik buat mereka.
untungnya dapat percuma lagi ;)
BalasPadambaru-baru ini saya ada pergi satu bengkel anjuran DBP. ada juga orang bertanya kenapa tidak di tukar dengan penerbit yang lain.
BalasPadamPenceramah tersebut berkata kontrak Dawama akan tamat hujung tahun ini, tetapi tidak tahu siapa pula yang akan ganti atau masih kekal lagi.