Assalamualaikum semua.
Kepada adik-adik calon PMR yang mengambil keputusan hari ini semoga berjaya.
cerpen yang pernah disiarkan di majalah Perempuan dan Jelita |
Seperti yang diketahui, cuti persekolahan sudah hampir ke penghujung. Jadi, masa yang ada untuk saya "berehat dan bersantai-santai" sudah hampir tamat. Sewaktu bercuti kali ini, sempatlah saya menyiapkan beberapa karya. Namun, tidaklah banyak sangat. Rasanya yang terbaru sekadar sebuah cerpen dan sebuah artikel dan telah pun saya kirimkan kepada editor.
Manuskrip ke-3
Pada kesempatan yang ada, memandangkan manuskrip ke-2 saya telahpun lulus, saya berhajat untuk menyusun manuskrip seterusnya iaitu ke-3. Usaha saya ini bukan memberi tanggapan bahawa saya ghairah hendak menerbitkan buku dan saya tidak juga mahu dilabel seorang penulis "kilang" yang prolifik menghasilkan buku tanpa mempertimbangkan mutu karya.
cerpen saya yang pernah disiarkan di Berita Minggu dan Utusan Melayu Mingguan |
Sebenarnya, sewaktu saya menyusun manuskrip pertama, saya telah menyaring cerpen tersebut pada cerpen remaja. Jadi, baki selebihnya bolehlah saya kumpulkan untuk jadikan manuskrip cerpen dewasa/umum. Jadi, tidak timbul cerpen-cerpen ini sekadar cerpen serpihan daripada manuskrip pertama.
Jika mengikut karya saya yang dihasilkan dan pernah terbit, boleh sahaja saya susun beberapa buah manuskrip lagi. Namun begitu, memandangkan saya perlu nilai dan pertimbangkan semula kualiti karya dan kesesuaiannya untuk dibukukan.
Hanya karya terbaik dibukukan
Selalunya, karya yang terbaik sahaja dibukukan. Oleh itu, inilah inisiatif yang saya ambil selain, memudahkan pembaca yang pernah mengikuti perkembangan penulisan saya untuk membacanya dalam satu himpunan buku.
Saya tidak fikir untuk menghantar dalam masa terdekat ini. Saya perlukan masa untuk menyiapkan manuskrip ini. Barangkali sebelum saya pulang ke Batang Kali nanti, saya sudah siap mengumpul dan menyusun cerpen-cerpen ini. Jadi, sekiranya ada masa senggang dan terluang nanti bolehlah saya buat suntingan.
tahniah helmi..
BalasPadamsemoga segala urusan berjalan lancar.. :D
BalasPadamalhamdulillah..anak buah kathy berjaya dapat 9A dalam PMR 2013..
BalasPadamKali kedua Ida terjumpa perkataan senggang. Sebelum ini Ida tidak pernah tahu maksud perkataan itu sehingga Affy Afiqah menerangkan maksudnya.
BalasPadamInsya-Allah, cikgu. Jika ditakdirkan terbit sekali, bolehlah kita buat sistem barter :)
BalasPadamBijak cikgu menggunakan masa cuti sekolah ini...semoga dipermudahkan urusannya.
BalasPadamGigihnya cikgu. Sudah memasuki manuskrip ketiga dalam jangka masa yang saya rasa sungguh sekejap. Tahniah dan teruskan berusaha. Entah bila pula giliran saya nak jadi macam cikgu. Hehe.
BalasPadamSemoga dipermudahkan segala urusan & tercapai segala yg dihajati... aamiin.
BalasPadamTahniah
BalasPadam