Pengikut

Sabtu, 7 Disember 2013

Tanpa SEO Pageviews Masih Boleh Melonjak

Sejak 1 Disember 2013, saya perhatikan momentum pageviews di blog saya menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Alhamdulillah, inilah yang saya harapkan, memandangkan blog saya ini bukanlah popular seperti blog blogger hebat yang lain. 

Seringkali saya terbaca entri yang mana blogger-blogger heboh memperkatakan tentang SEO. Padahal saya tidak tahu apa-apa pun tentangnya. Sekadar membaca coretan mereka. Ada yang menitipkan sedikit teknik terbaik, ada juga sekadar menulis "perlu belajar" tanpa memberikan apa-apa yang telah dilakukannya hingga pageviews di blognya meningkat sebegitu tinggi.  

Tajuk entri "Tanpa SEO Pageviews Masih Boleh Melonjak" ini bukan untuk menunjuk riak atau sewaktu dengannya. Sesungguhnya, saya sifar tentang SEO. Saya hanya mengharapkan apa-apa yang saya tulis itu bermanfaat untuk pembaca. Barangkali cerita, berita dan muatan tulisan saya agak berat untuk dihadam oleh sesetengah blogger. Hanya blogger yang biasa sahaja, selalu singgah, baca dan komen entri saya. 

Namun saya sedar, bukan senang nak tarik perhatian pembaca untuk membaca entri kita tidak ada sesuatu yang menarik. Saya akan cuba yang terbaik. "Ingatlah, sesuatu yang sukar dihadam itu sifatnya kenyang lama, berbanding yang senang dihadam sifatnya sekejap sahaja, kemudian lapar semula."






Sama sekali saya tidak menyangka, tatkala cik akak, cik matahari memaparkan yang jumlah pageviews mereka mencecah 10 k, saya juga menyimpan hasrat untuk ke arah itu. Namun biarlah dari satu takah ke satu takah. 

Terima kasih saya ucapkan kepada blogger yang sudi singgah, baca dan komen entri saya. Kepada pembaca "senyap", juga saya ucapkan terima kasih. Jika berpeluang, marilah sama-sama kita belajar teknik meningkatkan pageviews melalui SEO. Barangkali pageviews yang bakal kita peroleh lebih baik daripada ini. 

15 ulasan:

  1. Tahniah cikgu Helmi.. semoga terus berjaya.. aamiin..

    BalasPadam
  2. wah..tahniah buat helmi..pencapaian yang sangat bagus..

    BalasPadam
  3. Betul la cikgu ida pun buta pasal SEO ni...bila ida tanya betul2 pada seorang rakan blogger di fb, dia menjawab SEO ni cuma untuk wordpress.com saja sebab wordpress ni tidak mesra google... jadi ida pun pening...

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum..tetamu istimewa,

    insaallah boleh lagi.. blog yg istimewa pasti ada peminat nyer tersendiri.

    mselim3

    BalasPadam
  5. tingginya page view.. tahniah helmi.. tak pandai juga bab SEO ni..

    BalasPadam
  6. aiza rasa blog helmi ada niche yang tersendiri yang tiada di blog orang lain.. itulah keunikannya..

    BalasPadam
  7. Waa..byknye..sy bru lg berblog nih..seo pun xtau ape die..hehe

    BalasPadam
  8. Sebenarnya cikgu dah gunakan teknik SEO tanpa di sedari. Kata kunci untuk tajuk dan topik entri itulah SEO yang memainkan peranan yg penting dalam artikel cikgu. Jika kata kunci tepat dan menjadi carian pembaca, pasti pv melonjak.
    Teknik SEO selebihnya adalah untuk memberi kemudahan untuk enjin carian mengekses dan mengindeks blog dan artikel dengan mudah untuk di letakkan di halaman hadapan. Ianya penting jika setiap orang menggunakan tajuk yang serupa tapi ianya jarang berlaku...selalunya dalam segmen dan peraduan sahaja.
    Oleh itu, utk pv meningkat sangat mudah sekiranya bijak mencari topik dan kata kunci yang menjadi carian pembaca dan pengguna enjin carian.
    Dikala ini carian mengenai mengekses SAPS antara carian terhangat dan cikgu berjaya menggunakan kesempatan ini untuk menerbitkan artikel berkaitan...hasilnya cikgu nikmati.
    Teruskan menerbitkan artikel2 yang sebegini dan cuba cari lagi topik yang banyak di cari pengguna internet yang berkait dengan tema blog dan kerjaya cikgu.
    Tidak mustahil utk mendapat pv 10K... Yakinlah...cikgu dah berjaya jumpa tunjang trafik.
    Semoga terus berusaha dan berjaya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju dengan pandangan Tuan Bin Muhammad.

      Isi tetap raja atau content is the king. Tidak perlu risau sangat dengan SEO bagai. Penulisan cikgu yang malar hijau ini sudah memadai. Apatah lagi dengan bahasa Melayu tinggi.

      Teruskan usaha cikgu!

      Padam
  9. Wah! tahniah cik gu..pencapaian yang sangat memberangsangkan..

    BalasPadam
  10. wahh makin meningkat tahniah ;)

    BalasPadam
  11. tanpa SEO pun boleh melonjak yang penting rajin blogwalking dan ping.

    BalasPadam
  12. sangat bgus ni cikgu..bila usaha mcm ni la hasilnya..tahniah..

    BalasPadam
  13. Pandangan yang menarik dan masuk akal

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78