Pengikut

Jumaat, 6 Disember 2013

SAPS Semak Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Secara Online

Assalamualaikum semua.

Seperti yang sedia maklum, dalam sistem peperiksaan Malaysia ada dua peperiksaan dalam satu tahun, di samping ujian bulanan. Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun dijalankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kalau mengikut sistem ini tahun depan, 2014 hanya berbaki dua tahun sahaja lagi bagi sekolah rendah yang akan melalui Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun iaitu di Tahun 5 dan Tahun 6. 

Menyentuh mengenai Peperiksaan Pertengahan Tahun, selalunya sekolah akan mengadakan Hari Terbuka yang mana ibu bapa dijemput ke sekolah untuk menandatangani buku laporan prestasi anak-anak. Di kesempatan itu, dapatlah ibu bapa dan guru membincangkan tahap pencapaian murid dan beberapa aspek yang lain. 

Berbanding Peperiksaan Akhir Tahun, tiada Hari Terbuka yang diadakan. Maka, ibu bapa selalunya menganggapkan laporan prestasi anak-anak mereka tidak berapa penting. Sebenarnya, kenaikan kelas pada tahun berikutnya adalah bergantung pada prestasi Peperiksaan Akhir Tahun. Jadi, keputusan murid dalam peperiksaan ini sangat penting. Ibu bapa dan guru harus beri lebih perhatian. 


Saya ada menyebut tentang SAPS iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Memandangkan pihak sekolah tidak mengadakan Hari Terbuka, selalunya ibu bapa ada yang tidak dapat mengikuti prestasi anak-anak mereka dalam Peperiksaan Akhir Tahun. Namun begitu, ibu bapa tidak perlu risau kerana melalui sistem SAPS ibu bapa boleh mengakses keputusan anak-anak mereka dengan mudah, malah boleh mencetak slip keputusan tersebut secara "online". 

Barang diingat, ibu bapa perlu memahami cara penganalisisan dibuat yang mana lima (5) mata pelajaran teras sahaja diambil kira dalam peratusan markah murid iaitu menerusi mata pelajaran Bahasa Melaysia Pemahaman, Bahasa Malaysia Penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. 

Kepada ibu bapa yang belum menyemak keputusan anak-anak mereka bolehlah klik 



12 ulasan:

  1. Mudah sekarang ni...semuanya di hujung jari

    BalasPadam
  2. Tq sharing..
    Nak tanya tau x mcmana nak semak keputusan UPSR secara details..

    BalasPadam
  3. Oh semakin maju dan mudah sekarang ni.

    BalasPadam
  4. Lama dah tak buka web ini. Rindunya nak bersekolah lagi.

    BalasPadam
  5. kathy ambik berat setiap kali peperiksaan di jalankan tak kira pertengahan atau akhir tahun..hehehehehe..

    BalasPadam
  6. sekarang ni semuanya di hujung jari.. ibu bapa dan guru boleh memantau kemajuan pelajaran murid-murid dengan cara yang berkesan.. terutamanya bagi ibu bapa yang sibuk boleh saja membuat semakan di smartphone masing-masing..

    BalasPadam
  7. Mmg perlu sentiasa mengambil berat prestasi anak2 ni.. baguslah ada sistem spt ini, sekurang2nya ibu bapa dpt terus memeriksa prestasi anak2 melalui kemudahan teknologi yg ada.. t kasih diatas perkongsian cikgu Helmi.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78