Pengikut

Khamis, 26 Disember 2013

Cara Hantar Karya Eceran ke Media Cetak

Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menyebar luas karya yang dihasilkan penulis. Antaranya, menerbitkan dalam blog, Facebook, ataupun disiarkan di media cetak mahupun diterbitkan menjadi buku. 



Saya tertarik dengan komen "memmetlenggeng". Terima kasih atas soalan ini. Saya cuba memberi penerangan secara ringkas dan jelas. 


Cara Hantar Karya Eceran ke Media Cetak


Setelah kalian menghasilkan karya, pasti kalian bercita-cita hendak menghantar ke media cetak. Jadi, saya perturunkan beberapa langkah atau tindakan yang harus diambil oleh seorang penulis. 

Buat sedikit analisis terhadap majalah dan surat khabar
Karya seperti puisi, cerpen dan artikel yang telah siap boleh dihantar ke media cetak yang sesuai muatan isi kandungannya. Media cetak di sini merujuk pada majalah dan surat khabar. 

Untuk menghantar karya ke media cetak, penulis harus buat sedikit analisis ataupun kajian terhadap majalah dan surat khabar itu untuk mengetahui "karya yang selalu disiarkan" di media itu bagaimana (tema, bahasa, jumlah perkataan, genre karya). Kerja ini perlu, agar karya yang kalian hantar tidak sia-sia atau rugi, biarpun kalian mendakwa karya itu baik. 

Selalunya juga, di halaman sastera (cerpen dan puisi) ada disertakan sekali alamat e-mel untuk menghantar karya.

Hantar guna e-mel ataupun pos
Kemudian, penulis boleh menghantar karya itu melalui e-mel ataupun pos. Bagaimanapun, kini kemudahan e-mel sangat membantu dan menyenangkan. Editor lebih suka menerima karya yang dikirim melalui e-mel berbanding pos. 

Setakan surat lampiran
Karya yang dihantar haruslah disertakan bersama surat lampiran. Surat lampiran ini haruslah ditulis secara rasmi. Ada juga penulis yang hanya membuat catatan ringkas dengan memasukkan nama, alamat dan hasratnya menghantar karya. Namun, bagi saya alangkah baiknya jika ditulis secara rasmi. Contoh, surat lampiran boleh rujuk entri "Mendekati Seni Penulisan Kreatif".


Balasan e-mel daripada editor
Tidak semua editor yang membalas e-mel yang dihantar oleh penulis. Selalunya hanya editor majalah Dewan Bahasa dan Pustaka berbuat demikian. E-mel itu memberitahu bahawa karya itu telah diterima. 

Karya yang tersiar tidak akan diberitahu oleh editor. Maka, penulis haruslah menyemaknya sendiri. 

Banyak buku di pasaran yang boleh dijadikan rujukan. Antaranya, "Mendekati Seni Penulisan Kreatif" karya Lim Swee Tin dan "Jom Menulis", karya Marsli N.O.

Karya yang telah disiarkan boleh dikumpulkan untuk dijadikan manuskrip kumpulan cerpen mahupun puisi seterusnya diterbitkan menjadi buku. Proses menerbitkan sesebuah buku boleh merujuk entri ini sebagai panduan asas dan ringkas.

1. Proses Menerbitkan Sesebuah Buku - Bahagian 1
2. Proses Menerbitkan Sesebuah Buku - Bahagian 2

Nota: Maaf, jika saya tak sempat nak balas komen kalian. Namun saya tetap membaca komen tersebut. Jika ada soalan yang diajukan dan soalan itu boleh dikongsikan bersama akan saya jawab dalam satu entri. Ada beberapa soalan yang ditanya oleh blogger lain yang sudah saya kenal pasti, namun akan saya jawab dalam entri akan datang. Nantikan.


13 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum....apa khabar Cikgu Helmi...Ummi datang singgah kerana entri Cikgu yang terbaru sangat menarik perhatian Ummi.....

    Sememangnya inilah yang Ummi tunggu sejak dulu kerana banyak sudah terhasil karya-karya dalam bentuk pantun dan Ummi teruja dan bercadang untuk menghantar ke media cetak namun Ummi tidak tahu dari mana harus bermula....alhamdulillah Cikgu sudah pun memberi tips dan cara-caranya...insyaAllah Ummi akan usahakan seperti mana yang Cikgu telah sarankan kepada Ummi dahulu.....Ummi lebih suka menghantar karya-karya masterpiece melalui email....kerana lebih cepat dan mesra....

    Terimakasih banyak Ummi ucapkan namun harap Cikgu Helmi sudi memberi panduan kerana pantun dan Ummi tidak dapat dipisahkan....jom kita berpantun pula di blog Ummi ya... ^^

    BalasPadam
  2. Suka dengan info ini memandangkan sebelum ini saya menghantar karya tanpa menyertakan surat rasmi.

    BalasPadam
  3. Cikgu, Helmi. Sedikit perkongsian juga mahu Kak Long berikan kepada calon penulis yang berhajat menghantar karya eceran ke media cetak.

    1. Sebaik-baiknya karya yang hendak disasarkan ke mana-mana media cetak, hendaklah karya yang belum pernah diterbitkan ataupun yang telah disiarkan terlebih dahulu di mana-mana media sosial lainnya (termasuklah blog, Facebook dsb.). Kelazimannya, editor memang tidak menggemari karya yang telah disiarkan di mana-mana media sosial dan telah dibaca, dikomen terlebih dahulu), kerana hak eksklusif penyiaran sudah hilang.

    2. Satu karya hanya disasarkan kepada satu penerbitan sahaja. Jangan sesekali menghantar karya yang sama ke penerbitan berbeza dalam tempoh yang sama.

    3. Setiap penerbitan (media cetak) mempunyai tempoh masa tertentu. Kelazimannya, akhbar utama seperti Mingguan Malaysia, Berita Harian Ahad (BH Ahad) mempunyai tempoh masa penyiaran paling cepat, iaitu seminggu sekiranya karya berkenaan terpilih. Manakala majalah pula, tempoh masa paling cepat, 3 bulan. Namun kelazimannya antara 3-8 bulan sekiranya terpilih. Sekiranya karya anda tidak terpilih dalam tempoh yang mungkin menjangkau satu tahun atau lebih, maka bolehlah dianggap bahawa karya tersebut tidak berjaya disiarkan.

    4. Sekiranya calon penulis masih berhajat menghantar karya tersebut kepada penerbit yang lain pula, bolehlah berbuat demikian, dengan syarat karya tersebut hendaklah dimurnikan, dibuat pembaikan dan dilakukan penyuntingan secara lebih teliti. Jika boleh, tukar judul karya kepada yang lebih menarik. (Namun, saya tidak begitu mengesyorkan langkah ini, kerana ini menunjukkan seolah-olah kita kekeringan ilham).

    5. Saranan saya, sebaik-baiknya hantarlah karya terbaharu serta jangan lupa meletakkan tarikh serta tempat karya tersebut dihasilkan (sebagai dokumentasi sejarah penghasilan karya). Tarikh karya tersebut dicipta itu penting sebagai petunjuk kepada editor, bahawa itu merupakan karya yang baharu.

    Terima kasih, cikgu Helmi serta yang sudi membaca. Sekadar tip yang dikongsi berdasarkan pengalaman sendiri.

    BalasPadam
  4. saya tak adalah hebat macam cikgu pandai berkarya. Sesiapa yanga da bakat digalakkan untuk menghantar karya yang terbaik. Mana tahu ada rezekikan.

    BalasPadam
  5. maklumat yang berguna pada mereka yang memerlukan .

    BalasPadam
  6. maklumat yang penting..kathy akakn bookmark entri ni..tqvm helmi..

    BalasPadam
  7. Info entri ini serta komen2 dari rakan2 diatas amat membantu buat saya. Sememangnya saya juga ada menyimpan hasran utk ke media cetak spt yg pernah cikgu Helmi sarankan, cumi menunggu waktu yg sesuai satu persatu agar kerja & kehidupan tidak kelam kabut. In shaa Allah, mudah2an menjadi panduan juga buat saya nanti & t kasih diatas perkongsian ini. Semoga Allah sentiasa memberkati cikgu Helmi... aamiin.. :)

    BalasPadam
  8. Satu perkongsian yang berinformasi. Berguna buat mereka yang memerlukan. Mungkin ianya menjadi rujukan saya pula satu hari nanti...

    BalasPadam
  9. sangat bermanfaat maklumat ini.. mungkin satu masa nanti akak akan menghantar karya kepada kepada media cetak..

    BalasPadam
  10. Assalam
    Alhamdulillah. Panduan yang sangat baik untuk penulis baru terutamanya. Terima kasih ya.

    BalasPadam
  11. ada x hnar cerpen/puisi dapat cash money
    ritu ada MG napak tap kt paper mana ntah .

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78