Pengikut

Rabu, 11 Disember 2013

Statistik Pertukaran Guru Antara Negeri Rendah & Menengah Sesi Januari 2014

Kebetulan saya telah membuka e-G Tukar Guru, terlihat Statistik Pertukaran Guru Antara Negeri Sekolah Rendah & Menengah Sesi Januari 2014. Jadi, dapatlah saya kongsikan di sini. 

Permohonan Masuk & Permohonan Keluar
Dalam statistik ini dapat dilihat permohonan masuk dan permohonan keluar. Kepada guru-guru yang berhajat untuk memohon pertukaran pada tahun 2014 nanti, bolehlah melihat analisis ini sebagai rujukan. 

Pertukaran Sekolah Rendah

Permohonan Masuk Paling Ramai & Sedikit
Statistik ini menunjukkan permohonan masuk ke negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor adalah paling sedikit. Manakala permohonan masuk paling ramai adalah ke negeri Kelantan, Kedah dan Perak. 

Permohonan Keluar Paling Ramai & Sedikit
Dalam statistik ini juga menunjukkan bahawa permohonan keluar paling ramai adalah dari negeri Johor, Perak dan Pahang. Bagaimanapun, Perak dianggap seimbang permohonan masuk dan keluar. 

Pertukaran Sekolah Menendah

Permohonan Masuk Paling Ramai & Sedikit
Statistik ini menunjukkan permohonan masuk ke Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan Sabah adalah paling sedikit. Manakala permohonan masuk paling ramai adalah ke negeri Kelantan, Terengganu dan Selangor. 

Permohonan Keluar Paling Ramai & Sedikit
Dalam statistik ini juga menunjukkan bahawa permohonan keluar paling ramai adalah dari negeri Johor, Sarawak dan Selangor. Bagaimanapun, Perak dianggap seimbang permohonan masuk dan keluar. 
*Kiraan ini tidak mengambil kira pertukaran bahagian.

Diharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menguruskan pertukaran ini secara bijaksana. Biarlah guru yang betul-betul layak bertukar diluluskan permohonannya. Kurangkan karenah birokrasi yang selama ini bertiup kencang apabila sesetengah pihak mendakwa, "jika ada orang dalam cepatlah dapat" "kena pakai kabel besar sikit, baru senang lulus". 

6 ulasan:

  1. huhuhu...info yang menarik..

    BalasPadam
  2. susah kalau nak tukar kena pakai kabel.. semoga kementerian pendidikan lebih bersikap telus dan adil..

    BalasPadam
  3. Penilaian perlu dibuat seadil-adilnya. Birokrasi perlu dihapuskan...
    Kesihan kpd mereka yang terpisah suami isteri dan anak2.

    BalasPadam
  4. Rasanya tidak salah kalau nak balik ke kampung atau negeri sendiri. Mungkin sudah ada kesedaran di mana-mana penjawat awam ni untuk berbakti kepada anak-anak di bumi kelahiran...

    BalasPadam
  5. Harap2 semua alasan pertukaran bernas semuanya...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78