Assalamualaikum semua.
Oh, sedar tak sedar sudah masuk minggu kedua saya berada di kampung! Cepat masa berlalu. Seperti biasa jika saya hendak pulang ke kampung, saya akan meminta seorang pakcik dengan menggunakan perkhidmatan "teksinya" untuk menghantar saya ke stesen komuter.
kredit foto dari utusan |
Pakcik ini sudah biasa mengambil dan menghantar saya. Dia juga tahu pekerjaan saya seorang guru. Dalam perjalanan, dia bertanya saya tentang keputusan UPSR sekolah saya. Kemudian, timbul pula satu persoalan yang saya fikir menarik untuk sama-sama kita fikirkan.
"Tak semua murid yang dapat 5A, ibu bapanya tahu nak hantar anaknya ke mana selepas tu. Kesian kepada murid tu. Rugilah!"Betul kata pakcik ni. Kalau tiada pendedahan kepada mereka hala tuju selepas itu memang rugilah.
"Sekolah kena bantu murid seperti ni. Kalau dia dapat 5A, sekolah kena hantar murid ni ke sekolah yang lebih baik. Kadang, ibu bapa tak tahu. Bukan semua ibu bapa kepada murid yang dapat 5A ni kerjanya guru, doktor atau yang hebat-hebat. Pendedahan mereka agak kurang. Lagipun, sekarang ni semua permohonan guna online. Kalau ibu bapa yang buta IT, macam mana mereka nak buat permohonan."
Saya tak nafikan perkara ini berlaku. Apabila pendedahan tentang hala tuju selepas peperiksaan tidak ada, murid-murid ini akan terpinga-pinga. Oleh itu, satu program harus dirangka bersama ibu bapa agar mereka ini tertedah dengan keperluan yang mana mereka harus dan tahu bertindak. Zaman sekarang ini kita tidak boleh duduk di bawah tempung. Perlu bergaul dengan masyarakat. Mahu tidak mahu, teknologi moden perlulah dipelajari.
apa sekali pun akhirat mesti diambil kira
BalasPadamtb setuju..kekadang yg ramai berjaye sumenye anak org ssh..n mak bapak diorang tak tahu ape2 pasal MRSM cara nk apply..SBP n sume la..so better pihak sekolah yg kne uruskan
BalasPadamtahniah2 kepada semua..hala tuju..releks2 lu..masa masih panjang..perjalanan masih jauhhh lagi
BalasPadamsangat setuju cikgu..
BalasPadamsetuju dengan cikgu tapi seimbangkan dunia dan akhirat
BalasPadamsetuju banget dengan cikgu :D .. . ^_^
BalasPadambetul juga, tapi kadang-kadang ada juga ibu bapa tahu mana yang terbaik buat anaknya. Yang penting ikut pilihan anak-anak. Jangan dipaksa.
BalasPadambetul juga tu kan?
BalasPadamsetuju dengan cikgu. tapi tak kisah la belajar di sekolah mana pon, kalau pelajar itu belajar bersungguh-sungguh InsyaAllah akan berjaya juga.
BalasPadambijak dunia..cemerlang akhirat..oleh itu ibu bapa..anak-anak mesti pandai mentarbiah satu sama lain untuk memperoleh dunia dan akhirat :)
BalasPadamTapi...Ida pula terfikir kerana terlalu ramai murid2 sekarang yang mendapat 5A, Dan ramai pula ibu bapa yang kecewa kerana anak2 mereka tidak mendapat tempat di sekolah berasrama penuh kerajaan. Zaman sekarang kalau takde kabel besar pokok kelapa memang susah cikgu...
BalasPadamentri yang bagus...memang hal sebegini sering terjadi...bukan setakat pelajar sekolah rendah...pelajar sekolah menengah pun begitu...pihak sekolah perlu bantu pelajar.
BalasPadamMmg betul cikgu.. ramai juga org dewasa yg bermasalah saya jumpa agak cemerlang dlm akademiknya dahulu, cuma sayang.. dorongan selepas kejayaan itu kurang mantap. Akhirnya sekadar bekerja sekadar adanya.. ada juga yg terikut dgn pengaruh kwn2 lain bukannya melanggar hukum manusia, tetapi batas dan hukum agama.. nauzubillah..
BalasPadamperanan guru kaunseling juga perlu di dalam menentukan bidang yang sesuai untuk pelajar berdasarkan minat dan pencapaian akademik mereka..
BalasPadamTerlalu ramai yang berjaya sekarang. Jadi, skop persaingan juga menjadi besar dan luas.
BalasPadamp/s: Eh eh, cikgu guna gambar murid-murid di sekolah rendah saya dahulu. Sekolah Kebangsaan Permatang Badak. Gambar tu tahun 2012.