Pengikut

Sabtu, 29 Jun 2013

Projek Mural di Sekolah (i)

Assalamualaikum semua. Selamat berhujung minggu. Hari ini sekolah saya telah mengadakan satu program. Program ini merupakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADP) berkaitan i-THINK, LINUS dan Keselamatan untuk semua guru.

Pada hari ini juga sekolah saya sibuk menyiapkan mural di dinding sekolah. Saya memuji sikap guru-guru yang kreatif, rajin dan memberikan komitmen yang baik. Jika tidak ada kerjasama dan persefahaman pasti semua kerja tidak akan berjalan dengan lancar. Berikut merupakan beberapa hasil kerja kreatif guru-guru.

Di Pusat Sumber




Insya-Allah, saya akan kongsikan beberapa hasil kerja guru yang lain pula untuk entri akan datang.

12 ulasan:

  1. aiza paling suka gambar yang pertama.. nampak ceria.. memang kreatif hasil kerja mereka ya..

    BalasPadam
  2. hihi...nampak cikgu-cikgu sekarang nie..memang berbakat dalam lukisan kot..hihi....kat sekolah tempat cik akak pon ada juga cikgu praktikum buat mural cam nie..hihi

    BalasPadam
  3. Nao Mei,

    ya, cikgu sekarang ni perlu kreatif.

    BalasPadam
  4. wahh kreatif dan comel serious

    BalasPadam
  5. Aku Penghibur,

    Terima kasih. Ada lagi yang saya akan kongsikan nanti yang tidak kurang menariknya juga.

    BalasPadam
  6. kreatif :) aktivi yg sgt berfaedah..

    BalasPadam
  7. Acik@S.K.A,
    Terima kasih. Alhamdulillah, selepas ni sekolah saya lebih nampak ceria.

    BalasPadam
  8. wah best betul...lagi bersemangat anak2 murid bila sekolah diorang semakin ceria.kreatif ye para cikgu la ni.dulu masa sekolah pernah jugak cikgu suruh saya lukis mural ^^

    BalasPadam
  9. aLeaSaRa,

    Memang kreatif, tapi saya ni taklah berapa kreatif. Ya, murid-murid pun bersemangat bila nampak suasana yang ceria. Harap-harap mereka menghargailah. Bukan meletakkan tapak kasut atau pun conteng sesuka hati.

    BalasPadam
  10. cantik2 semuanya...dah semakin kreatif sekarang nie.....

    BalasPadam
  11. Remy hazza,

    Terima kasih. Hanya orang yang mempunyai kesenian akan menyatakannya cantik. Sebaliknya, ada yang tidak menghargainya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78