Pengikut

Selasa, 18 Jun 2013

Salina, Perempuan Pujaan Ramai


Selama ini saya hanya mendengar orang memperkatakan tentang Salina. Ada sesekali pernah membaca beberapa tulisan yang juga memperhebatkan Salina dalam dunia kesusasteraan Melayu negara. Sejak daripada itu, saya menyimpan hasrat untuk cuba menyunting Salina. 

Bagaimanapun, adalah sudah menjadi lumrah apabila sesuatu yang istimewa itu hangat menjadi buruan pastilah sukar untuk ditemui. Kadang-kala kecewa juga dibuatnya. Mengapa tidak, setelah kepopularannya itu melanda tanah air mahupun luar negara setelah diterjemah dan dikaji oleh banyak orang, Salina tidak dimasyarakatkan supaya kebagusannya itu dapat dikongsi serata. 

Saya dapat mengetahui yang Salina dicetak semula oleh Wirabukit melalui laman blog. Oleh itu, saya mencarinya. Di pihak Wirabukit, Salina sudah habis. Saya perlu mencari di Popular, tempat Salina dipasarkan. Terima kasih kepada kawan saya yang bertindak sebagai orang tengah untuk mendapatkan Salina. Moga, tidur malam saya nanti tidaklah kesepian. 

9 ulasan:

  1. Saya masih ingat lagi membaca novel ini ketika saya tingkatan 4.

    Sorotan cerita ini sukar untuk saya fahami ketika itu. Yelah umbut ilmu sastera saya ketika itu masih muda.

    Tak pula saya tahu novel ini susah untuk dimiliki.

    Moga-moga tuan dapat membacanya dengan tenang nanti.

    BalasPadam
  2. Saudara Wong,

    Ternyata Wong lebih awal membaca novel ini. Tahniah!

    Ya, susah untuk mendapatkan novel nadir begini.

    BalasPadam
  3. waalaikummussalam wbkt.. membalas kunjungan saudara mohd helmi.. terima kasih kerana sudi berkunjung di blog saya.. insya-Allah, semoga perkongsian entri saya memberi manfaat kepada semua..
    sejak kebelakangan ini saya jarang membaca novel.. terima kasih di atas perkongsian novel bertajuk salina ini.. :D

    BalasPadam
  4. Terima kasih saudari Mizz Aiza. Nampaknya saya mempunyai seorang lagi kenalan yang aktif ber"blogging".

    BalasPadam
  5. Kepada Mizz Aiza,

    Bagaimana hendak follow blog Dunia Kecil. Saya sudah sing in untuk jadi members, tapi tak boleh pun.

    Kepada saudara Wong juga.

    Saya tidak tahu hendak follow blog kalian.

    BalasPadam
  6. naskah yg cukup lama.... remy pun pernah membacanya dulu...tapi dah hampir lupa.......

    semoga berjaya mendapatkannya nanti.....

    BalasPadam
  7. Tuan boleh pergi ke blogger.com

    Lihat bahagian Reading List. Situ ada option 'Add'. Tuan ambil 'Add from URL'. Masukkan URL dikehendaki dan bolehlah follow blog tersebut.

    BalasPadam
  8. Terima kasih, saudara Remy hazza yang sudi ke sini.

    Wah, bagusnya.Saya baru kini dapat membacanya.

    Novel ini hanya dipasarkan di Popular. Boleh cari di sana.

    BalasPadam
  9. Wong, terima kasih atas makluman.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78