Pengikut

Rabu, 12 Jun 2013

Penghormatan daripada Dewan Sastera


Alhamdulillah, seperti tidak percaya apabila melihat Facebook Dewan Sastera Jun 2013 (jangan bertanya kepada saya, adakah saya sudah memiliki Facebook, kerana FB majalah terbitan DBP boleh dilihat oleh sesiapa sahaja, walaupun tidak memiliki akaun FB). 

ORASI : MENGHARGAI BUDAYA MENGHARGAI BUKU (begitulah tajuknya-saya kurang pasti sama ada tajuk itu betul ataupun tidak kerana judul yang dihantar untuk dipertimbangkan berlainan sedikit). Tambahan pula saya belum memiliki majalah tersebut. Boleh semak di SINI

Setahu saya Orasi merupakan kolum baharu yang dikhususkan buat pengarang muda melontar pandangan. Ruangan ini pernah dirasmi oleh S.M ZAKIR dalam Dewan Sastera September 2012 dengan tajuk Sastera, Revolusi dan Penjajahan Benda. Rujuk di SINI

Bagi saya ini merupakan penghormatan istimewa daripada Dewan Sastera kepada saya yang masih hijau dalam dunia penulisan ini. Siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan penulis muda yang lain. 

Saya hantar artikel atau rencana ini bukanlah khusus untuk ruangan Orasi, tetapi sekadar reaksi saya terhadap dunia buku dan penerbitan. Jauh sekali terfikir diberi penghormatan sebegitu besar seperti ini (biarlah orang menganggap saya ini berlebih-lebih dengan melahirkan perasaan yang entah apa). Bagi saya, usaha yang dilakukan dengan penuh kesungguhan dengan daya tenaga dan fikir harus dirai untuk membangkitkan semangat. Semangat itu bukan untuk menunjuk riak apatah lagi untuk bermegah-megah, sebaliknya sebagai tali pegangan untuk menapak maju ke hadapan.

Tersiarnya artikel itu bukan bermakna sifatnya telah sempurna. Barangkali masih ada ruang yang boleh diperbaiki. Saya menerima apa-apa sahaja reaksi daripada pembaca barangkali yang datangnya daripada penulis mapan tanah air. 

Sebelum ini karya saya hanya mendapat tempat di ruangan Surat kepada Editor dan Puisi Bulan Ini. Walaupun pernah mencuba untuk ruangan cerpen. Bagaimanapun, rezeki saya masih belum berpihak kepada saya. Saya perlu melipat kali ganda usaha untuk terus meningkatkan mutu penulisan saya.

Kepada penulis muda atau bakal penulis, janganlah berasa malu untuk menghantar karya walaupun ruangan itu sekadar cerbisan sekecil-kecilnya. Lebih baik daripada memburu ruangan sebesar-besarnya yang barangkali mendedahkan kelompangan kita. Peganglah prinsip, menulis untuk berkongsi ilmu. Biar pada mana pun ruangan itu, puas bagi saya jika apa-apa yang ditulis sampai dan dapat dibaca oleh pembaca sekalian.

Kepada yang tidak jemu menyokong dan melontarkan ucapan "tahniah" setiap kali karya saya disiarkan di media, saya amat menghargainya. Tidak dilupakan juga kepada editor-editor yang pernah menyiarkan karya saya.


6 ulasan:

  1. Saya sudah membaca karya tuan itu. Tuan bukan pengarang kecil lagi. Tuan sudah menggapai takah-takah cemerlang berkat usaha tuan yang sentiasa mengalir tanpa penat dan sangat gagah. Saya mengikuti hasil kerja tuan sudah lama. Percayalah, tuan akan menggapai 'sesuatu' dalam sastera malaysia ini.

    mkriza.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Terima kasih Tuan MKriza. Saya terharu sangat membaca pengakuan Tuan itu.

    Terima kasih juga kerana sudi mengikuti perkembangan dunia penulisan saya.

    BalasPadam
  3. Tahniah cikgu Helmi. Tahniah juga untuk berita 'Pertandingan Teater Cungkil Bakat Murid' - Mohd. Helmi Ahmad yang tersiar menerusi ruangan berita bahasa. Teruslah menulis!

    BalasPadam
  4. Terima kasih, Kak Long. Saya belum tengok lagi Pelita Bahasa. Tapi melalui Facebook PB, saya dah tahu.

    Percubaan pertama saya dan guru-guru bawa murid ke pertandingan Teater ni. (ada gambar kami)

    BalasPadam
  5. Leeza dayasari,

    Terima kasih. Sekadar perkongsian. Sememangnya saya minat dalam dunia penulisan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78