Pengikut

Selasa, 25 Jun 2013

Seputar Dunia Penulisan Bersama Dua Penulis Wanita

Ada sesiapa yang membaca Harian Metro hari ini? Sudah tentu ada bukan. Dengan tajuk sensasinya di muka depan - "KEKASIH IBLIS" 

Pasti juga ada pembaca yang mengikuti siri Novel Bersiri CIKGU RANIA yang memasuki siri akhir hari ini. 

Namun perhatian saya tertumpu pada dua artikel dalamnya. Satu artikel tentang penulis yang disegani ramai iaitu Zurinah Hassan. Keduanya pula berkenaan seorang lagi penulis novel Azzah Abdul Rahman. Sesungguhnya saya lebih mengenali walaupun bukan secara dekat penulis Zurinah Hassan daripada Azzah Abdul Rahman. 

Perkongsian mereka tentang seputar dunia penulisan yang ditukangi memberi sedikit sebanyak motivasi kepada saya terutamanya untuk terus berjuang dalam dunia penulisan ini. 

Kredit foto daripada Harian Metro

Tahniah diucapkan kepada Zurinah Hassan yang bakal menerima Anugerah Sunthorn Phu daripada Thailand. Perhatikan bagaimana negara luar menghargai penyair atau penulis yang bukan sahaja daripada penulis tempatan bahkan luar. Turut menerima anugerah tersebut ialah penulis dari Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, dan Vietnam.

Kredit foto daripada Harian Metro

Azzah Abdul Rahman juga merupakan pengasas Hero Edutainin Services (Akademi Hero) dan Nuun Creative Books. Akademi Hero memberi peluang kepada individu yang berminat untuk menulis untuk menyertai latihan dan bimbingan penulisan di bawah kendalian Akademi Hero. Tahniah diucapkan. 

8 ulasan:

  1. Bahasa jiwa bangsa... Jangan pandang rendah terhadap bidang penulisan.. Bukan mudah untuk menjadi penulis.. Yang penting, segala perkara yang di tulis dapat di terima oleh pembaca...

    BalasPadam
  2. farid salleh,

    Terima kasih, sudi singgah. Alhamdulillah, ada juga yang memandang tinggi terhadap dunia penulisan. Betul, segala tulisan itu harap-harap yang bermanfaat.

    BalasPadam
  3. tahniah juga dari remy.......

    BalasPadam
  4. Tahniah cikgu Helmi, artikel "Ubah Stigma Menderma Organ" tersiar dalam Dewan Masyarakat, Julai 2013. Selamat maju jaya dalam penulisan (Y)

    BalasPadam
  5. Kak Long,

    Terima kasih, tapi artikel tu tersiar bulan Julai 2012. Tahun lepas.

    BalasPadam
  6. Saya pernah membaca buku yg d tulis oleh Azzah AR.. bertajuk Celoreng Biru. dulu beliau pernah menjadi jurulatih PLKN.. :)

    BalasPadam
  7. Haryanie yusraa,

    Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Oh, saya ini yang tidak pernah membaca karyanya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78