Pengikut

Jumaat, 14 Februari 2014

Senarai Pembeli Terkini Tetamu Istimewa

Assalamualaikum semua. 

Saya sedang belajar untuk memahami dan mengerti bahawa tidak semua pembaca adalah pembeli tegar buku. Namun, bagi saya pembeli tegar buku adalah pembaca yang setia. 

Tiga buah buku yang dipesan 

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membeli Tetamu Istimewa. Mulanya saya agak malu untuk mempromosikan Tetamu Istimewa kepada kawan lama yang sekali sekala bertanya khabar. Namun, saya terpaksa tebalkan muka, walaupun hidung tak mancung untuk promosikan buku pertama saya ini. 

Bagaimanapun, antara kawan saya itu yang mesra disapa Din, tanpa berfikir panjang telah memesan dua buah. Katanya, satu untuk dia dan satu lagi untuk adiknya (Iddya). Oh, terharu rasanya, walaupun mereka ini adik-beradik, duduk di bawah satu bumbung, mereka sanggup membeli lebih daripada sebuah, walhalnya boleh saja mereka berkongsi membacanya. Barangkali, inilah yang dinamakan sokongan. 

Ada juga yang berkata kepada saya, "promosikan di blog, hang banyak followers, Insya-Allah, akan ada pembelinya". Saya sekadar tersenyum menyambut cadangannya itu. Dalam hati saya-tidak semudah itu.

Alhamdulillah, terima kasih kepada Mizz Aiza atau Kak Aiza yang menjadi followers atau rakan blogger pertama yang membeli Tetamu Istimewa daripada saya. Insya-Allah, barangkali akan ada yang mengikutinya, setelah respons balas yang diterima daripada entri sebelum ini. Saya masih menantikan pesanan itu.

Nota: Kepada Din, Iddya dan Mizz Aiza, buku akan diposkan hari Isnin. Insya-Allah. 



27 ulasan:

  1. Ada buku terbaru ke cikgu.
    Wah hebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah satu-satunya buku saya cik akak. Cuma baru terima stok. Kalau cik akak berminat nak beli, maklumkan kepada saya ya. Saya sangat mengharapkan sokongan kalian semua.

      Padam
  2. Wahh bagus ni.. saya pun nak satu cikgu Helmi.. mmg tak kesempatan ke kedai buku.. :)

    BalasPadam
  3. helmi..ada akaun maybank tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak ada Maybank lah, kak kathy. Cuma ada CIMB dan BSN sahaja.

      Padam
    2. alamak...akak tak ada akaun cimb dan bsn..:(

      Padam
  4. alhamdulillah.. bersama kita menyokong antara satu sama lain.. akak belikan untuk bacaan bersama-sama anak saudara akak juga.. mak akak sendiri pun suka membaca.. cuma akak je yang malas sikit membaca, hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Aiza. Insya-Allah, hari isnin ni saya poskan buku tersebut.

      Padam
  5. semoga penerbitan buku ini akan memberikan lebih semangat kepada cikgu. amin. hehe

    BalasPadam
  6. semoga dengan penerbitan buku ini akan memberi cikgu lebih semangat :D

    BalasPadam
  7. Saya syorkan cikgu buat satu page tap khas diblog ini untuk Buku terbitan cikgu. Beri sinopsis ringkas dan diletakkan harga, cara utk menghubungi, cara penghantaran dan order serta cara pembayaran. Boleh juga guna pengisian form khas yang tidak disiarkan maklumat pembelinya. Tidak semua pembeli mahu pendedahan akan pembelian mereka.
    Promosi berterusan dan berkesan pasti membuahkan hasil....Insyaallah.
    Sekadar idea...tidak semestinya diikut... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih BM atas cadangan yang diberikan. Sebenarnya saya telah menerbitkan satu entri statik yang menjelaskan secara ringkas tentang promosi buku ini.

      Boleh rujuk entri ini.
      http://mieadham86.blogspot.com/2014/02/stok-buku-kumpulan-cerpen-remaja-tetamu.html

      Insya-Allah akan ditambah baik selepas ini.

      Padam
  8. Tahniah cikgu..Semoga rezeki bertambah!!!

    BalasPadam
  9. Wah wah :)

    Mohon singgah ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Alhamdulillah, buku pertama saya. Jika berminat, maklumkan kepada saya.

      Padam
  11. Wah! Seronoknya cikgu. Semakin ramai pembeli. Insyaallah mereka akan berpuas hati dengan buku cikgu.

    BalasPadam
  12. Itu tandanya mereka2 itu memberi sokongan pada cikgu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Ida dah baca ke buku saya tu, hehehe.

      P/S: Ida, nak tanya kenapa kadangkala susah juga nak scroll ke bawah entri di blog Ida.

      Padam
  13. tahniah bro, inshaAllah, ada rezeki fizi beli satu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78