Pengikut

Selasa, 17 Jun 2014

Permohonan Rayuan IPG 2014



Permohonan Rayuan IPG 2014

Setelah keputusan temu duga guru IPG atau maktab perguruan diketahui pada hari ini, ramai yang bertanya kepada saya sama ada calon yang tidak berjaya dalam temu duga pada tempoh hari berpeluang untuk membuat rayuan ataupun tidak

Untuk makluman, setakat ini tiada permohonan rayuan IPG yang dibuka. Setahu saya juga, permohonan rayuan adalah bergantung kepada kekosongan. Pihak IPG perlu menunggu sama ada tawaran yang dikeluarkan itu diterima ataupun tidak oleh calon. Sekiranya, ada yang menolak sudah pastilah ada kekosongannya.

Caranya tidak pasti, mungkin melalui "calon simpanan" yang telah ada bersama mereka. Mungkin juga melalui panggilan kedua. Sekiranya, ada iklan permohonan rayuan ipg 2014 yang dikeluarkan, akan saya hebahkan nanti. Oleh itu, calon hendaklah bersedia dan mengikuti perkembangan dari masa ke masa di sini. Ataupun, jika inginkan kepastian, boleh terus berhubung dengan IPG/KPM.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
PERSIARAN APEC, CYBER 6
63000 CYBERJAYA

(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)

No. Telefon : 03-8312 6731/6720/6733/6769/6723

Nota: Jika anda berasakan blog ini bermanfaat sudilah kiranya follow untuk mengetahui lebih banyak info terkini dunia pendidikan negara. 

8 ulasan:

  1. Harap harap ada la dibuka iklan rayuan

    BalasPadam
  2. Pencerahan maklumat yg bermanfaat.

    BalasPadam
  3. Semakan bagi ppismp ambilan 2014 (gantian 1) dah boleh dibuat....

    BalasPadam
  4. Gantian 1 x dpt
    Gantian 2 pun x dpt
    Gantian brape la bru dpt?
    Mlz tunggu...blaja kat U pun Dah thun ke2..
    Bubye ipg
    Kt x due jodoh

    BalasPadam
  5. Terima kasih.. IPG.. in syaa Allah, ada rezeki.. ada
    tak ada, cuba lagi tahun depan :)

    BalasPadam
  6. rayuan utk tahun ni buka x?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78