Assalamualaikum.
Seperti terlakarnya satu sejarah baharu dalam hidup saya, apabila dapat menjejaki buku Puteri Lindungan Bulan ini. Begitulah yang dapat digambarkan setelah sebuah buku lama ini dijumpai di bawah himpitan dan timbunan buku lama.
Mula Membaca dan Membeli Buku
Saya berasakan ada kurangnya apabila setiap kali saya menulis tentang perjalanan dan fasa kepengarangan saya. Pertamanya, saya tidak dapat mencatat secara jelas sejak bilakah saya mula membaca dan membeli buku cerita?
Berbanding pada usia kanak-kanak ataupun remaja, saya lebih ingat yang saya "suka" membeli dan membaca buku (cerita, ataupun berunsur sastera-novel, cerpen, puisi) sewaktu melangkah ke kampus universiti Serdang. Bagaimanapun, sewaktu di UPM, tidaklah saya seghairah ketika ini apabila membeli buku. Boleh rujuk entri ini: Kembara Buku ke PBAKL 2013 dan PBAKL 2014: Memperkasakan Kepustakaan di Rumah.
Ketika Bersekolah di Tahun 5
Puteri Lindungan Bulan mengikut catatan yang ditulis dengan tulisan tangan saya yang kurang cermat itu iaitu ketika saya bersekolah di Tahun 5Amanah. Setelah terjumpanya buku ini, sedikit sebanyak kenangan lama tercungkil kembali (selepas ini bolehlah saya masukkan dalam penulisan saya, menyatakan bahawa pada dan bila masanya saya mula membeli buku dengan tepatnya).
Buku ini seingat saya, saya beli sewaktu ada jualan buku daripada pihak luar yang datang ke sekolah. Dengan sekeping kertas yang tersenarai judul buku beserta harganya, yang ketika itu serendah RM2.50 memberikan satu keterujaan kepada saya untuk mendapatkan kesemua siri bacaan tersebut.
Keterujaan itu sekadar rasa yang muncul dari nafsu atau emosi sahaja kerana hanya satu buku ini sajalah yang saya beli ketika itu. Buku ini ditulis oleh Adi Buana dan diterbitkan oleh Pustaka Kelana (cetakan 1997).
Bagaimana pula dengan kalian semua?
Nota:
- Baru selesai menghasilkan dua buah cerpen. Satu telah dihantar kepada editor dan satu lagi masih dalam proses penyuntingan.
- Baru juga selesai membaca novel "Anatomi Rupert" pemenang Sagu Hati Novel Sayembara ITBM-BH.
- Menarik untuk saya kongsikan petikan kata-kata dalam novel ini: "Bukankah ayah mencintai masa silam? Kadangkala masa silam memang sakit ayah, tetapi kita boleh belajar darinya, jika kita tak mahu lari darinya."
Wah, saya sendiri tak dapat ingat buku pertama yang dibeli. Yang terlintas semasa sekolah rendah suka beli surat khabar didik, kuntum, dan kalau ada orang luar jual buku di sekolah mesti minta duit dengan ayah untuk beli.
BalasPadam..lama tidak komen dan baca catatan di sini.
Kita beli buku sejak sekolah rendah..macam-macam buku ada..tapi suka suka baca novel..komik ok..
BalasPadamTime kecik2 dulu suka sangat pi library then baca buku cerita. Hayati sampai nangis kot, sensitif betul hati ni. hehehe
BalasPadamBestnya buku itu... Kena cari balik buku itu..
BalasPadamBaca buku sejak sekolah rendah lagi tapi selalu pinjam kat library sekolah je sebab faktor kewangan tidak mengizinkan.mula membeli sejak srkolah menengah bila terima biasiswa.
BalasPadamhusna pon tak igt bila husna start beli buku dan baca..
BalasPadamSaya tak berapa ingat secara tepat bila kali pertama beli buku, tetapi masih ingat membaca buku Hardy Boys terjemahan Bahasa Melayu ttg penyiasatan kanak2.. smpi skrng masih saya simpan set buku tu di kampung... mmg ttp dlm ingatan.. :)
BalasPadamsekolah rendah. waktu itu umi bekalkan sepuluh ringgit dan saya guna untuk beli buku cerita tentang seekor arnab, Fifi dan kawan-kawannya :)
BalasPadammasa sekolah menengah rasanya . ada book fair kat sekolah ...
BalasPadamSaya teringat komik Mutiara Naga. Kempunan saya untuk membeli komik tersebut.
BalasPadamJika buku cerita, saya minat yang ada gambar. Ketika itu di pusat sumber sekolah ada buku hikayat yang bergambar. Saya suka baca. Paling tebal saya baca adalah Hikayat 1001 malam.
tak ingat dah buku apa dan sejak bila saya mula membeli buku..
BalasPadamSeingat saya, buku pertama saya beli sebelum saya tadika. Buku cerita monyet dengan bulan. Selepas itu, Didik, iaitu buku yang dikeluarkan setiap minggu. Harganya ketika itu 50 sen satu. Saya simpan sehingga tahun lepas. Tetapi Didik itu dah musnah dalam banjir. :)
BalasPadamSaya mula membeli komik sekitar tahun 1980an. Zaman tu memang meriah dengan komik. Senaskah komik cuma berharga 70sen.Tapi bagi saya agak mahal juga tu. Masa tu saya dalam darjah dua. Setiap bulan mesti berbasikal pergi ke kedai buku yang jaraknya 8km semata-mata nak beli komik.
BalasPadamBila masuk darjah 3, saya mula minat majalah kartun. Sudah semstinya majalah Gila-Gila, Geihati serta Batu Api. kesemua majalah tu dah tutup sekarang ni kecuali majalah Gila-Gila masih kekal. Harga majalah tersebut pada zaman tu RM1.50 senaskah.
Masuk darjah 4, mula mengenali buku Lima Sekawan, 7 perisik (sekarang ditukar kepada 7 penyaiasat) dan siri Hadi. Tapi majalah kartun tetap dibeli setiap bulan. kumpul duit belanja sekolah untuk beli majalah kartun.