Assalamualaikum.
Setelah mendengar perisytiharan bermula puasa malam tadi yang ditetapkan pada hari Ahad (28 Jun 2014), esok hati saya bagaikan diasak rindu untuk menyambutnya bersama keluarga di Kedah. Sebelum pulang ke sekolah semalam, seorang ustazah menyapa saya dengan satu soalan: kau tak balik sambut Ramadan dengan keluarga kau ke Helmi? Saya teragak-agak untuk menjawab. Tak, seiring dengan cebikan senyuman yang entah tawar atau pahit. Oh, akak nak bertolak balik ni. Kau jangan lupa telefon mak kau. Terima kasih, kerana masih ada yang sapa menyapa, ingat mengingatkan.
Ramadan di Kampus Serdang
Seingat saya, daripada kecil saya tidak pernah berpisah dalam erti kata merantau ke negeri atau tempat lain seorang diri. Hinggalah saya ditawarkan untuk mengikuti pengajian di Universiti Putra Malaysia. Ketika itu, umur saya sudah 19 tahun- setelah mengikuti Tingkatan 6 selama satu tahun setengah. Selama tiga tahun saya berkelana di bumi hijau dan menyambut Ramadan di kampus Serdang.
Pengalaman menyambut Ramadan di universiti amat berbeza sekali jika hendak dibandingkan menyambut Ramadan bersama keluarga. Pertamanya sudah pastilah soal suasana dan persekitarannya. Namun begitu, saya belajar untuk melaluinya. Berbuka bersama rakan-rakan membawa cerita yang ada kala indah untuk dikenang. Jalinan mesra sewaktu berbuka bersama, berkongsi juadah yang dibeli memungkinkan kemesraan itu terjalin.
Ramadan di Perantauan
Kemudian, setelah tamat pengajian di universiti saya menyambut pengajian pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis selama setahun. Maka, dalam kiranya itu sudah 4 tahun saya tidak menyambut Ramadan bersama keluarga. Tamat pengajian di IPG Kampus Perlis, saya di tempatkan di Selangor penghujung tahun 2011.
Tahun demi tahun, 2012, 2013 dan kini 2014 saya akan menyambut Ramadan di perantauan lagi. Semua ini saya lalui dengan penuh tabah. Ada yang tidak kisah menyambut Ramadan atau berpuasa di mana sahaja. Itu bukan halnya bagi saya. Tetapi, bukankah lebih manis sekiranya kita dapat menyambutnya bersama keluarga terutama ibu dan bapa kita yang masih ada.
Bagaimanapun, saya masih diberi kesempatan untuk berbuka bersama keluarga lewat Ramadan menjelang Aidilfitri. Sekitar hari ke 27-30 Ramadan begitu, saya akan pulang ke pangkuan keluarga. Alhamdulillah.
Memohon Ampun dan Maaf
Pada kesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf kepada rakan blogger yang mengenali saya secara langsung atau pun tidak langsung. Moga apa yang saya kongsikan dalam blog Tetamu Istimewa ini bermanfaat untuk semua.
Sekiranya, entri yang saya tulis itu, mengundang kontroversi, menyinggung perasaan, mengguris hati atau sekalipun telah membuka aib mana-mana individu atau pihak, saya memohon berbanyak-banyak kemaafan. Justeru, selamat menyambut Ramadan kepada blogger semua dan umat Islam yang lainnya.
Ramadan di Perantauan menguji setia dan sabar.
Selamat berpuasa
BalasPadamsemoga tabah menyambut Ramadhan di perantauan! :))
BalasPadamTak pe... nanti raya lagi seronokkan... cuti panjang... sure seronok....
BalasPadamsedihnyer..kathy pun sama helmi..dari 2008 berpuasa dan beraya kat perantauan..
BalasPadambila mejelma je ramadan ni mmg rdu nk pose di kampung...
BalasPadammarantau itu harus baru ada nikmat balik raya..huhu,..dan selamt berpuasa dan menyambut bulan ramadhan :)
BalasPadampengalaman..:) selamat berpuasa..
BalasPadamAssalamualaikum...Cikgu Helmi
BalasPadamSalam Ramadan 1435H. Semoga Ramadan tahun ini menjadi yang terbaik dalam hidup anda, Amiin. Dikesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap mahupun kekhilafan yang mengguris hati... Maaf zahir dan batin.