Pengikut

Ahad, 29 Jun 2014

Tugasan Geografi PT3 2014: Kajian Kes Pencemaran Alam Sekitar

Assalamualaikum.


Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan Soalan Tugasan, Format, Arahan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014 bagi subjek Sejarah dan Geografi. Tugasan ini bermula pada 1 hingga 18 Julai 2014.  Arahan tersebut berupa Arahan kepada Guru dan Arahan kepada Calon.

Dalam bahan yang disertakan itu juga turut dijelaskan dan dibekalkan Kerangka Pelaksanaan Tugasan dan Panduan Rubrik Penskoran untuk pemberian markah untuk tugasan yang dihasilkan pelajar.  Calon juga boleh memuat turun tugasan, format, arahan PT3 subjek Geografi (23) ini di sini.

Tugasan Geografi PT3 2014: Kajian Kes Pencemaran Alam Sekitar


Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon. 

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut: 

2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji. 
2.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut. 
2.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di kawasan kajian. 
2.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut. 

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan. 


Arahan kepada Calon


1.1 Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Geografi wajib dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2014. 
 
1.2 Penghasilan tugasan ini dalam tempoh enam waktu pengajaran dan pembelajaran dalam bulan Julai 2014. 
 
1.3 Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dan mendapatkan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan ini. 
 
1.4 Melaksanakan semua tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan. 
 
1.5 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai panduan untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang. 
 
1.6 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. 
 
1.7 Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu. 
 
1.8 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk menjelaskan lagi hasil kajian. 
 
1.9 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta. 
 
1.10 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3). 
 
1.11 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan. 
 
1.12 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Anda tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya anda mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika anda didapati melakukan plagiat anda boleh digagalkan atau diberikan gred F. 

1.13 Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa tugasan dilaksanakan. 
 
1.14 Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 4). 
 
1.15 Bonus 3 markah akan diberikan jika anda mematuhi aspek tatabahasa dalam penulisan. 

Oleh itu, calon haruslah bersedia dengan tugasan yang diberikan. Calon diingatkan supaya menghasilkan tugasan mengikut format dan arahan yang diberikan untuk memperoleh markah yang cemerlang


12 ulasan:

  1. menarik...ianya mendedahkan murid kepada gerak kerja dilua waktu sekolah

    BalasPadam
  2. tugasan ni snang nak dptkn skor..krane dyorg da sdiakan jnis format yg perlu dlakukan..

    BalasPadam
  3. nie nak bwat sme mcm folio gak erkk??? x reti lhh

    BalasPadam
  4. x susah pun sebenarnya PT3 ni, cuma pelajar yg fikir "susahnyer.."

    BalasPadam
  5. Tentang soal selidik geografi ni, klu bertnya kpd org yg berjauhan dari kwsn kita. Boleh x? :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78