Pengikut

Rabu, 11 Jun 2014

Petua Putihkan Gigi yang Kuning

Assalamuaalikum.

Putihkan Gigi yang Kuning

Entri ringkas petang ini saya kongsikan petua putihkan gigi yang kuning. Petua ini adalah hasil perkongsian di Yahoo oleh Azwa Iela.

  • Colekkan sedikit kapur sirih di kapas. Gosok perlahan-lahan di celah gigi yang kuning. Pastikan anda mengamalkannya. 
  • Petua kedua, anda boleh lakukan adalah dengan membakar sehingga hangus sebiji pinang kemudian tumbuk halus. Gosokkan serbuk pinang ini ke gigi. Kumur bersih. 
  • Cara yang ketiga adalah dengan menggoreng tanpa minyak sedikit biji asam jawa kemudian tumbuk halus dan ambil debunya. Gosokkan pada gigi setiap hari sehingga nampak kesannya. 
  • Manakala cara yang paling popular pastinya dengan menggunakan abu. Apa yang anda perlu buat adalah dengan membakar daun kelapa hingga menjadi abu. Gosokkan ke gigi hingga putih. 
  • Kemudian, gunakan ubat gigi.
Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada yang mengalami masalah gigi kuning. Petua ini saya sifatkan lebih kepada petua tradisional kerana menggunakan kapur sirih, pinang, biji asam jawa dan abu. Semoga berjaya.

11 ulasan:

  1. petua orang dulu dulukan.. dulu dulu tak ade ubat gigi dan berus gigi...

    BalasPadam
  2. tipsnya mudah je--selalu gosok gigi. hahaha

    BalasPadam
  3. Nice info . HUHU (Y)

    BalasPadam
  4. Thanks for the info. Sangat membantu :)

    BalasPadam
  5. Bagus tips ni.. amalan yg menjimatkan & menarik.. :)

    BalasPadam
  6. Thanks Cikgu..last point tu memang senang..he..he

    BalasPadam
  7. Pernah try pakai ubat gigi yang ada iklan Fazura tu. Macam tak berkesan je. Mungkin bole try dengan petua tradisional ni. Hehe

    BalasPadam
  8. wah..terima kasih ye helmi..

    BalasPadam
  9. Ya, perkongsian menarik. Putihkan gigi seputih-putihnya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78