Assalamualaikum.
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diperkenalkan bagi menggantikan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) akan mula dilaksanakan mulai 1 Julai 2014. Oleh itu, semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan murid perlu bersedia. Di sini saya, sertakan tarikh pelaksanaan PT3 bagi tahun 2014.
1 hingga 18 Julai
Kajian kes subjek Sejarah dan Geografi
6 hingga 29 Ogos
Pentaksiran kemahiran mendengar dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
12 hingga 17 Oktober
Ujian Bertulis untuk semua subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban.
Nota: Alhamdulillah, cuti sudah berakhir. Esok, tugas mula seperti biasa. Perjuangan mendidik anak bangsa harus diterukan. Kepada yang "gila bola" tu, urus diri sebaik mungkin. Jangan abaikan tugas yang hakiki.
peringatan utk adik2 yg nak menjalaninya ...
BalasPadamadik sy la ni.. dia kata cam susah . better PMR
BalasPadamassalamualaikum dr http://afasz.blogspot.com
follow sini :)
T kasih atas perkongsian cikgu Helmi.. Selamat mengajar kembali.. :)
BalasPadamDari SRP, kemudian PMR...kini PT3. Walau apa pun nama dan pengubah suaiannya, diharapkan ianya dapat meningkatkan kualiti pelajar masa kini.
BalasPadamdebaran melanda..anak kathy antara perintis PT3 ini..
BalasPadamMasih belum faham apakah PT3. Walaupun anak masih kecil tapi nak jugak sefaham fahamnya kan.
BalasPadam