Pengikut

Khamis, 12 Jun 2014

Minggu Orientasi di Universiti

Assalamualaikum.


Tidak lama lagi, pendaftaran kemasukan ke universiti di seluruh negeri akan dibuat. Kita mempunyai universiti yang terkemuka dan tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan universiti di rantau Asia Tenggara yang lain. Antaranya, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan beberapa lagi. 

Saya kira, peluang untuk pelajar sekarang ini melanjutkan pelajaran ke universiti sangat cerah. Memandangkan pelbagai bantuan yang disediakan termasuklah pinjaman pendidikan dan biasiswa pendidikan. Namun itu tidak bermakna tiket kemasukan ke universiti itu mudah diperolehi kerana persaingan yang sengit memungkinkan pelajar-pelajar perlu bekerja keras untuk merebut tempat tersebut. 

Tujuan Minggu Orientasi di Universiti


Sebelum pelajar mengikuti pengajian di universiti, pelajar akan mengikuti minggu orientasi terlebih dahulu. Minggu orientasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan serba sedikit tentang kehidupan di universiti, persekitaran universiti, kaedah pengajian, budaya universiti, malah aspek pembinaan sahsiah turut diterapkan. Pasti ramai yang pernah mendengar "kejutan budaya"? Ya, salah satu tujuan minggu orinetasi ini dilaksanakan adalah untuk menghindari pelajar daripada terjebak dengan kejutan budaya. 

Saya pernah belajar di Universiti Putra Malaysia. Minggu oreintasi yang dijalankan selama seminggu itu dikenali sebagai "Minggu Perkasa Putra". Pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah belajar menyanyikan lagu universiti, melawat ke Fakulti masing-masing, pendedahan kegiatan kokurikulum, malam kebudayaan dan sebagainya. Oleh itu, pelajar haruslah bersedia daripada mental dan fizikal. Bukan sahaja aktiviti bercorak mental dijalankan bahkan, fizikal juga. 

Minggu Orientasi di Kolej Kediaman


Selepas mengikuti orientasi yang dijalankan oleh pihak universiti, pelajar juga akan mengikuti orientasi di peringkat kolej. Saya berkongsi atas pengalaman saya sewaktu di UPM. Saya tidak tahu bagaimana orientasi di universiti lain. 

Orientasi di peringkat kolej kediaman juga dijalankan selama satu minggu. Apa yang dapat saya katakan, pengisian untuk orientasi di peringkat universiti dan kolej kediaman berbeza sedikit. Di peringkat kolej kediaman, pemberatannya lebih menjurus untuk pembentukan sahsiah, jati diri dan semangat berpasukan antara penghuni kolej. Jika terdengar sesi terpekik sana terpekik sini, marah sana marah sini,  menangis sana menangis sini, biasalah. 


Minggu Orientasi Peringkat "Floor"


Tidak cukup sekadar itu, kami juga akan meneruskan minggu orientasi di peringkat Floor atau Tingkat pula. Setiap floor akan menjalankan orientasi juga. Selalu isu ragging, buli yang kita dengar berlaku adalah semasa orientasi di peringkat floor ini. Senior yang "nakal" akan mengambil kesempatan untuk membuli junior. Namun, tidak semua orientasi di peringkat floor ini berlakunya kegiatan yang tidak bermoral ini.

Semasa orientasi floor dijalankan, kami dikehendaki menyediakan satu buku skrap. Tugasan yang diberikan oleh senior, kami dikehendaki mendapatkan tandatangan daripada individu tertentu (senior lain, termasuk tingkat lain). Maklum sajalah, bukan senang nak dapat tandatangan tu, pelbagai aktiviti sampingan pula diberikan. Anda jangan terkejut, apabila nama anda bukan lagi seperti nama anda di kad pengenalan, sebaliknya nama baharu akan dicipta khas untuk anda sepanjang anda berada di kolej tersebut.

Oleh itu, pelajar dinasihati supaya lebih bersedia dengan aktiviti yang dijalankan. Barang diingat, jika aktiviti yang dijalankan sewaktu orientasi ini menyalahi undang-undang, melanggar tatatertib, pelajar boleh mengambil tindakan segera. 

Apa yang dapat saya simpulkan minggu orientasi yang dijalankan sama ada di peringkat universiti, kolej kediaman mahupun floor, tujuannya tetap ada. Oleh itu, pelajar haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal. Selalunya, pelajar di Tahun Pertama mereka akan berasa tertekan, namun setelah memasuki Tahun Kedua pengajian, pasti tekanan itu akan beransur hilang. 


8 ulasan:

  1. oo ye ke...kat mana la anak buah saya dapa sambung ni... tak sabar pulak nak tau kat mana dia nak further study ni..

    BalasPadam
  2. Study kat IPT ni, first year yang tension. Masuk second, third dah mula seronok. Sampai timbul rasa sayang pulak nak tinggalkan IPT tu nanti. Hehe

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.. lama tak nampak Tuan Admin Tetamu Istimewa berkunjung :D
    Alhamdulillah satu lagi sesi baru untuk mereka yang bakal bergelar penuntut university .. moga semua nyer akan terus berjaya :D

    BalasPadam
  4. Sebagai ahli MPP anak perempuan memang terlibat secara langsung dengan minggu orientasi di universiti.

    BalasPadam
  5. Nasib baik saya masuk politeknik , tak ada isu senior nakal/peringkat floor. Minggu Orientasi dikenali sebagai Minggu Suai Kenal (MSK) cuma 3/4 hari sahaja . HUHU ;)

    BalasPadam
  6. wah..hebatnya..teringat pula cerita ali setan masa dia kenakan heroin time orientasi..

    BalasPadam
  7. Haha! Orientasi ni selalunya menjadi perkara yang paling tak disukai. Tambah-tambah apabila masuk kepada aktiviti-aktiviti sampingan tu. Malas, stres, semua ada. Hehe.

    BalasPadam
  8. Saya ada juga rancangan nak melanjutkan pengajian ni cikgu Helmi.. mungkin tahun hadapan kot tapi nak buat out campus je. Itu pun klu keadaan mengizinkan... rindu pulak zaman2 u dulu.. :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78