Pengikut

Sabtu, 19 Oktober 2013

Masyarakat Jaga Tepi Kain Orang

Assalamualaikum semua dan selamat pagi. 
Selamat berhujung minggu. 

Seminggu dua ini saya perhatikan senario keprihatinan yang melanda masyarakat Melayu khasnya semakin parah. Saya kurang enak menghadam cerita yang sengaja dikontroversikan untuk apa-apa tujuan sekalipun. 

Masalah rumah tangga yang pada dulunya adalah menjadi kerahsiaan antara pasangan suami isteri, tetapi tidak kini. Seolah-olah masyarakat kita turut diheret untuk memikirkannya bersama. 

Kita menjadi pemikir yang tak bertauliah. Mengapa soal itu dan soal ini yang tidak bersangkutan dengan kita harus disebarluaskan menerusi media massa dan media cetak? Tidakkah kita fikir itu bukan sahaja akan menjatuhkan maruah mana-mana pihak?


Saya belum yakin masyarakat kita sudah profesional dan matang dalam menafsir sebarang berita ataupun khabar angin. Adakah kerana dia aktor yang menjadi pujaan ramai dan oleh sebab itu segala gerak-geri dan rahsianya harus dikongsi bersama? 

Berbanggakah kita apabila orang mengatakan bahawa masyarakat Melayu, masyarakat yang sangat prihatin atapun sering jaga tepi kain orang? Saya bukanlah anti kepada aktor itu aktor ini, individu itu individu ini, sebaliknya mengapa kita tidak tonjolkan keistimewaannya ataupun ketabahannya ataupun perjuangannya dalam sesuatu bidang untuk mencapai kejayaan. Bukankah itu lebih manis untuk ditatap tidak kira golongan apa-apapun. 

Nota: Bebelan ini sekadar untuk sama-sama kita berfikir. Tidak berniat untuk mempengaruhi sesiapa dan menjatuhkan sesiapapun. 


55 ulasan:

  1. masalah bila yg aib sentiasa dipandang, yang org buat baik tak pulak di ambil tahu..

    BalasPadam
  2. sangat- sangat dan sangat setuju dgn entri ini..:) pilihan ditangn kita samada nak kongsi hal2 yg baik @ sebar luaskn aib org yg kita sendiri tidak pasti kesahihannya..

    BalasPadam
  3. setuju sekali dengan uraiannya pak

    BalasPadam
  4. Mengambil tahu hal orang lain berpada-padalah.. Jangan sampai kita mengaibkan mereka.. Tapi sebenarnya bila berlaku sesuatu kepada orang lain, ada yang ambil kesempatan dengan menokok tambah cerita sehinggakan cerita yang hanya biasa-biasa sudah jadi luar biasa... Mungkin orang yang ambil kesempatan itu berhasad dengki.. PHD yang tinggi tak boleh tengok orang lain hidup senang dan tenang.. Semoga kita semua terlindung dari perasaan ini..InsyaAllah..

    BalasPadam
  5. Singgh pagi en helmi..betul dan sya setuju..sangt tak elok menyebarkan aib org lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang dilarang dan lagi tercela jangan kita dekati dan amalkan.

      Padam
  6. dosa dengan Allah, kta boleh mintak ampun dengan Allah. dosa dengan manusia, mengaib dan menyebarkan..selalu kita lupa. mudah2an kita tak muflis di padang mahsyar. bukan saja pahala kita kita berikan pada mereka yang kita aibkan, kita umpat tapi dosa mereka pula yang kita tanggung kalau pahala kita tak cukup pulak. naudzubillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dosa dengan manusia, perlu kta selesaikan di dunia ini juga.

      Padam
  7. betul tu helmi.. tak elok kita membuka keaiban orang lain.. kadang kala kita tak pasti pun kesahihan berita tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila dah jadi tak sahih akan timbul fitnah pula.

      Padam
  8. Dalam media berlaku platform 'bad news is good news'. Dari sini kita akan paham siapa sebenarnya yang diuntungkan?

    Salam hangat dari Indonesia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mencari keuntungan dengan pemperdagangkan keburukan orang sangat tidak mulia kan.

      Terima kasih.

      Padam
  9. betul tu...tak perlulah kita terlalu mengambil tahu segala rahsia orang lain...terutamanya yang melibatkan maruah orang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun kadang-kadang hairan juga dengan masyarakat kita. Yang itulah yang nak diselidik.

      Padam
  10. Kita selalu terlupa cikgu, bila kita pelihara aib orang Allah pasti akan memlihara aib kita. Dan kita juga lupa kita kelihatan baik keran Allah pelihra aib kita, kalau di buka pasti tiada lagi kebaikan yang tinggal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seharusnya begitulah. Jadi, sama-samalah kita pelihara aib kita.

      Padam
  11. sebenarnya, secara tak langsung..orang yg ceritakan aib orang tu yang membuka aib dirinya sendiri..

    BalasPadam
  12. Setuju dgn entri ni.. mmg betul. Membuka aib sama juga spt menjatuhkan maruah sesaorang.. tiada manusia yg sempurna di dunia ini. Seharusnya kita sama2 berpesan2 utk kebaikan kita bersama.. Salam Sabtu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita perlu tahu, kalau kita cerita keburukan orang, Allah akan dedahkan dua kali ganda keburukan kita.

      Padam
  13. salam semua
    saya dri indonesia
    komentar perdana :)

    BalasPadam
  14. itu salah satu bad effect dari media dan infotainment. -_-

    salam kenal dari Aceh :)

    BalasPadam
  15. entri y menarik..hakikat y tidak dpt disangkalkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hakikat ini tidak elok dibiarkan kekal. Perlu diubah.

      Padam
  16. salam singgah, jom berkunjung ke blog saya
    saya sudah follow blog Tetamu Istimewa,
    follback please..
    salam dari Indonesia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Penghuni 60. Ya, saka dah pun ke sana. Salam dari Malaysia.

      Padam
  17. Aib jika di bincang dlm satu penyelesaian tak apa.. tapi bila niat untuk memburuk2 kan itu yg jadi masalah.. suatu hakikat pada orang2 di malaysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hindarlah untuk terus memburuk-burukkan orang lain. Kerana perbuatan itu di murkai Allah SWT.

      Padam
  18. Menjadi public figure bukan senang. Serapat mana pun mereka menutup kisah mereka semakin laju pengossip2 media cuba mengorek... kadang2 terfikir perlukah membuka aib seseorang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang perlu diubah. Kalau boleh biarlah cerita yang baik ditonjolkan.

      Padam
  19. zaman sekarng jaga tepi akin orang lebih dasyat..sampai satu alam maya tau..hu3

    BalasPadam
  20. mama setuju, cerita hal hal peribadi mama rasa tak perlu lah kita nak selongkar sana sini, takut-takut kain sendiri terselak nanti..

    BalasPadam
  21. ternyata di malaysia tidak jauh berbeda dengan di indonesia.. di indonesia pun begitu .. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya masalah ini berlaku seputar rumpun nusantara.

      Padam
  22. hhmm. kurang mengerti namun bahasa hampir sama..

    Salam Blogger Indonesia :)
    Followback done sir..

    BalasPadam
  23. Setuju sangat2...jangan kita menumpang sama menjaja aib tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ini terus berlaku, pasti akan menambahkan dosa.

      Padam
  24. betul tu, sebaiknya yang baik dijadikan tauladan yg buruk tu buat sempadan. Aib org jangan terus dibuka. Tak perlu artis, sesama kita pun kita kena jaga kan. terima kasih cikgu sbb mengingatkan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78