Pengikut

Isnin, 28 Oktober 2013

Fiksyen Sains Diangkat Menjadi Teks KOMSAS 2015

Assalamualaikum semua.

Saya pernah memperkatakan dan menguar-uarkan tentang Sayembara Penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi. Tahukah kalian, hasil daripada sayembara ini yang telah memasuki tahun ketiga ini telah membuahkan hasil. 


Sebelum ini pemilihan novel untuk dijadikan teks Komponen Sastera (KOMSAS) lebih terdorong untuk mengambil daripada karya pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU). Kini, peluang dan pemilihannya lebih terbuka.

Bagi tahun 2015, teks KOMSAS Tingkatan Tiga dan Empat telah dipilih. Panel telah memutuskan untuk memilih novel fiksyen sains Tawanan Komander Caucasus dan Di Sebalik Dinara

Sebenarnya, Tawanan Komander Caucasus sekadar memenangi Tempat Ketiga sahaja dalam sayembara yang julung kalinya diadakan. Manakala, Di Sebalik Dinara juga sekadar memenangi hadiah penghargaan dalam sayembara kali kedua.

Selepas ini diharapkan tiada lagi "alasan" yang diberikan oleh pelajar mengatakan bahawa mereka tidak berminat untuk mempelajari KOMSAS disebabkan teks yang dipilih, berat (kerana teks sastera) yang temanya membosankan dan ditulis oleh Sasterawan Negara yang bahasanya sukar untuk ditafsir. 

Saya pun belum memiliki dan membaca kedua-dua novel ini. Oleh itu, tidaklah layak untuk saya memperkatakan tentang apa-apa yang terkandung dalamnya. Selepas ini berminat juga untuk membelinya.



35 ulasan:

  1. setiap berapa tahun sekali , novel memang akan bertukar ke? sebab masa Fiza dulu lain novel nya, sekarang pung lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5 tahun sekali, novel akan ditukar dan ada zonnya. Setiap zon berbeza novelnya.

      Padam
  2. Sains Fisyen dah masuk KOMSAS.. bagus-bagus suatu pendedah yang terbaik..

    BalasPadam
  3. dunia penulisan yang semakin berkembang. tahniah

    BalasPadam
  4. wahhh yeke ?? sangat bagus kalau jadi seperti itu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang bagus Acik. Kali ini tentu pelajar kita akan lebih bersemangat nak belajar.

      Padam
  5. sains fiksyen dalam komsas??????wahh, best gile..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepada yang berminat dalam sains fiksyen pasti seronok.

      Padam
  6. memang ramai jadi saintis selepas ni. hehe

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Moga pelajar ini nanti lebih bersemangat untuk belajar dan berjaya.

      Padam
  8. Wah ini sudah bagus cikgu... ida teruja nak membacanya... ida memang minat sangat dgn sains fiksyen ni... nak2 klu dari filem ala2 CSI... huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni bolehlah cari dan baca. Saya pun nak beli juga.

      Padam
  9. perubahan seiring dengan peredaran zaman :-))

    BalasPadam
  10. Mmg baguslah mcm tu.. dunia semakin berubah.. anak muda pun semakin terarah kpd perkara yg tidak kita sendiri tahu. Bagus dgn adanya perubahan spt ini, sekaligus menarik minat mereka mendalami ilmu yg betul... :)

    BalasPadam
  11. wowww lagi menarik =) harap menarik la minat membaca murid-murid

    BalasPadam
  12. Menarik juga ya. Cuma saya pelik. Mengapa sekarang terlalu kerap ditukar teks KOMSAS.

    BalasPadam
  13. bagaimana hendak memperoleh laporan panel penilai cerpen ini ke dalam matapelajaran komsas?

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Cikgu, benar tak komsas baharu akan bermula pada tahun 2015? kalau benar, buku rujukan yang bakal kami terbitkan akan terganggu sebab bahannya jadi lama...hanya tahan setahun dua je..:/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, benar. Mulai tahun 2015 Komsas Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 akan menggunakan teks baharu (antologi dan novel).

      Padam
  16. Cikgu, tapi sumber yang saya peroleh ialah Ting 1 dan Ting 4 mulai tahun 2015. Melvin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul untuk Komsas tahun 2015 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 tahun 2016.

      Padam
  17. Assalamualaikum, bagaimana pula dengan pelajar tingkatan 2 tahun 2015 nanti? adakah komsas mereka juga ditukar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, pelajar Tingkatan 2 tahun depan 2015 akan menggunakan teks yang lama dan mereka merupakan pelajar terakhir menggunakan teks itu. Teks baru komsas Tingkatan 2 akan mula digunakan pada tahun 2016 kalau tak salah saya.

      Tahun depan 2015, hanya pelajar Tingkatan 1 dan 4 yang akan menggunakan teks baru.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78