Pengikut

Ahad, 29 September 2013

Tulis, Hantar & Menang!

Assalamualaikum semua. 
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu. 



Sebelum saya ke sekolah untuk kelas tuisyen pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan kalian semua. 

Pada hari Sabtu minggu depan (5 Oktober 2013) saya akan menghadiri satu majlis yang bagi saya istimewa dalam kerja-kerja penulisan ini. 

Saya pernah menyertai Sayembara Cerpen Anis 2012/2013 (Tulis, Hantar & Menang!). Pada mulanya sekadar ingin mencuba saja. 

Melalui sayembaralah kita dapat menguji tahap keupayaan dan kemahiran kita dalam berkarya.





Alhamdulillah, saya menerima panggilan telefon dan menyusul selepas itu surat jemputan daripada urusetia mengatakan saya salah seorang pemenangnya. 



Saya mempertaruhkan cerpen berjudul DUNIA PILIH KASIH. Cerpen ini pernah disiarkan di Majalah ANIS, Februari 2013. Saya tidak menyangka cerpen ini akan tersangkut. Banyak lagi penulis dan karya yang hebat turut tersenarai. Namun, mungkin ini rezeki saya.


Tempat penyampaian hadiah tersebut ialah di tempat berikut: 


Doakan segalanya berjalan dengan lancar.


25 ulasan:

  1. hebatnya cikgu, tak sia-sia menghantar penyertaan kan... selamat berkarya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mulanya sekadar hendak mencuba saja, tapi alhamdulillah melekat pula. Rezekilah tu.

      Padam
  2. Alhamdulillah rezeki :) seronoknye bila penulisan kit dihargai.

    BalasPadam
  3. macam menarik jalan cerita Dunia Pilih Kasih tu. Apa pun sekalung tahniah.

    My recent post : Ajaib Tiket Soalan Nuffnang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak baca boleh cari Anis, Februari 2013. Terima kasih.

      Padam
  4. Congrats..teringin pulak nak ikut bengkel penulisan sejak jadi follower TM ni...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...memang rezeki cikgu lah tu....
    penulisan cikgu memang hebat tau....
    segan juga kalau cikgu baca entri cik akak...maklumlah entri tu memang tak original bahasa Malaysia.....

    tahniah cikgu

    BalasPadam
  6. Cikgu memang hebat..
    Tahniah!..

    dari:
    akubahrain.com

    BalasPadam
  7. tahniah bro :) seronok dpt berkenal dgn orang yang berjaya dlm pilihan masing2..pasti sejuk perut ibu yang mengandungkan bro :) tahniah sekali lagi

    BalasPadam
  8. selamat berkarya..dan dapat kembangkan lagi penulisan kamu...

    BalasPadam
  9. tahniah..helmi yang terbaik...

    BalasPadam
  10. Tahniah saudara! Saya ingin mengucapkan bebanyak terima kasih. Kerana entri-entri saudaralah saya dapat membina keyakinan tentang teknik penulisan cerpen saya.

    Saya ada mencuri-curi membaca karya saudara di majalan-majalah yang saudara promosikan di sini. Bagus belaka cerpen saudara.

    Jarang saya lihat penulis cerpen aktif berblog seperti saudara. Kebanyakannya kini hanya aktif di Facebook. Tetapi tidak saudara. Sanggup sahut cabaran blogwalking. ;)

    Semoga terus maju jaya.

    p/s: Saya suka promosi Sayembara saudara. Bermanfaat kepada saya. Terima kasih lagi sekali.

    BalasPadam
  11. Tahniah cikgu =) alhamdulillah berkat usaha dan minat..hadiah ape tu cikgu??

    BalasPadam
  12. Tahniah saudara Helmi.. semoga terus berjaya.. amin.

    BalasPadam
  13. alhamdulillah.. tahniah helmi.. :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78