Pengikut

Khamis, 5 September 2013

Kertas Kecil Bergambar

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. 
Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Ilahi dapat kita bernafas dan menikmati anugerah kehidupan ini dengan penuh keberkatan. 

Sewaktu saya ke pejabat pos dua hari lepas, saya terserempak pengunjung ini di kaunter perkhidmatan. Ikuti dialognya.

kredit foto daripada mulutkecikisya.blogspot.com

Pengunjung : Boleh bagi setem 0.10 sen, 2 keping.
Petugas      : Setem ni nak buat apa? Nak pos surat sekarang ni, kena guna setem 0.60 sen paling kurang.
Pengunjung : Oh! Bagi yang 0.60 sen tu, satu.

Tahukah kalian setem ialah kertas kecil bergambar yang mempunyai nilai (mata wang) tertentu yang digunakan sebagai tanda bayaran pos. 





38 ulasan:

  1. Ya sebagai tanda bayaran upah untuk penghantaran surat dakln dokumen....

    BalasPadam
  2. Owh..tahu juga tentang tu..sebab tu lah kalau lagi jauh kita nak hantar surat, setem tu kena lagi mahal sikit kalau nak cepat sikit sampai..betul tak?hee...btw, teringat zaman sekolah, sangat-sangat teruja kumpul setem dalam dan luar negara..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Satu lagi ikut saiz dan berat sampul dan bahan dalamnya juga kan.

      Oh, satu hobi yang bagus.

      Padam
  3. wahhh sekarang kene guna setem 0.60 ye kalo nk pos surat ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang zaman pun dah berubah. Kalau setakat 0.10 sen ke mana sajalah yang dapat dihantar.

      Padam
  4. hihihi..
    anna pon slalu cmni..
    last2, kalo anna nak p utus surat @ apa2 je anna trs bagitau dorang sebab anna mmg x tahu nak letak berapa banyak setem..

    BalasPadam
  5. kalau jadi pengumpul setem mesti setem2 yang bercorak menjadi pilihan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu pernah juga berusaha untuk mengumpul setem. Tapi dah ke mana pun tak tahulah koleksi tu. Tak banyak pun.

      Padam
  6. skrg memang ade yg harga o.60, 0.80 je kann. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya masih ada untuk semua nilai. Tapi, untuk pos surat sekurang-kurangnya kena letak 0.50 ke 0.60 sen.

      Padam
  7. Sekarang ni cikgu semuanya bernilai.. tin minuman kosong juga bernilai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak Erin. Jadi, jangan buat-buat tidak tahu pula dan ambil mudah.

      Padam
  8. Balasan
    1. Kenapa ni? Ada yang terkena batang hidung ke...Maaflah.

      Padam
  9. dulu pos kad raya guna setem 30sen jer..skarang apa pon tak blh..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sekarang guna 0.30 sen silap-silap surat itu sampai rumah kita balik.

      Padam
  10. cik akak salu juga beli setem nie...hihi...

    BalasPadam
  11. masa aiza nak pos kad raya tempoh hari bayaran setem RM0.50 saja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya lebih kurang begitulah. Takkan nak pos surat guna 0.10 sen kan.

      Padam
  12. Lama dah tak mengepos surat...60sen dah harga setem sekarang ni! Tak lama lagi naik kot, harga minyak dah naik ni...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun dah lama tak pos surat. Semenjak hantar karya guna e-mel. Hari tu saja pos surat ke ITBM.

      Padam
  13. Moga petugas lebih berhemah :), apa salahnya bertanya begini;

    Petugas : Encik/Puan pengumpul setem ke?Minima utk setem pos 60 sen..

    *Saya adalah pengumpul setem, saya pernah 'beli' setem pada harga pelbagai dengan pengetahuan harga pos, yakin2 sahaja saya tersenyum bila pernah disoal dengan soalan yang hampir serupa (dalam nada yang agak kurang menyenangkan).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kadang-kadang kita pun tak sedar bila berkata-kata. Nada sangat penting dalam perbualan begini.

      Padam
  14. pengumpul setem pasti buat koleksi ni kan !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah tentu mereka ini mengkoleksikan setem yang pelbagai ini.

      Padam
  15. yup memang nad tau. :) baru org hntar surat kat nad guna setem tu ^^

    BalasPadam
  16. betul betul.. setem pun ada nilainya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebat sangat! Hanya sekeping kertas kecil mampu diterbangkan ke mana sahaja.

      Padam
  17. dulu stem 30 sen je. skg naik smpai 60 sen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman mula berubah kan. Semuanya sudah naik sekarang ni.

      Padam
  18. tahu cikgu =) wang tapi dalam bentuk lain..dengan stem ni dah banyak surat dapat dihantar..masih ada ke stem 10sen??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya masih ada. Tapi, dah tak boleh pos surat. Tak cukup nilai. Kalau tem[ek 5 keping baru boleh kot.

      Padam
  19. Ooo..dah naik ye..zara pun dah lama tak pos surat pakai setem2 ni..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya saya pun dah lama tak pos surat. Sekarang ni dah ada kemudahan emel kan. Tapi, adakala kena juga pos kalau dokumen yang hendakkan tandatangan hidup.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78