Pengikut

Isnin, 23 September 2013

Tuisyen Satu Kewajiban atau Keperluan?

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. 

Pengalaman saya belajar dahulu, saya bukanlah pelajar yang suka menghadiri tuisyen. Rasanya tidak pernahpun saya mengambil tuisyen di luar selain tuisyen yang diadakan di sekolah. Alhamdulillah, berkat usaha gigih dan bantuan guru berjaya juga saya menamatkan persekolahan saya, walaupun tidaklah secemerlang mana pun. 

Saya melihat fenomena hari ini, ibu bapa bersungguh-sungguh untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen supaya anak-anak mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Pertimbangan itu adakah atas dasar anak mereka lemah dalam pembelajaran atau untuk menunjuk-nunjuk bahawa mereka mampu menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen untuk memperoleh masa tambahan untuk belajar? 

Sebenarnya, apakah tujuan pusat tuisyen ditubuhkan? Adakah sistem pendidikan kita tidak cukup bagus hinggakan perlu ditubuhkan pusat tuisyen?  

Pada pendapat saya, sekalipun pusat tuisyen perlu ditubuhkan adalah untuk menyokong sistem pendidikan di sekolah yang mana terdapatnya keciciran yang berlaku. Saya tidak menyatakan bahawa sistem pendidikan kita sudah cukup sempurna. Hal ini demikian kerana mana mungkin guru dapat memberi sepenuh perhatian secara individu kepada pelajar yang rata-ratanya  mencecah 40 orang dalam satu-satu kelas. 

Apabila berlaku keciciran begini, sudah tentulah ibu bapa yang prihatin akan mengambil tindakan dengan menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen. Maka, guru yang mengajar di pusat tuisyen akan cuba membantu pelajar tersebut supaya tidak ketinggalan. Bukannya semua pelajar "perlu" dihantar ke pusat tuisyen. 

Sebenarnya, saya tidak gemar mengajar tuisyen. Sekiranya pelajar yang datang itu bukan atas kerelaan hati untuk belajar apa guna mereka berada dalam kelas semata-mata kerana keterpaksaan setelah dihantar oleh ibu bapa mereka. Oleh itu, komitmen pelajar ini tidaklah setinggi pelajar yang hadir ke pusat tuisyen dengan keikhlasan untuk belajar. 

Kepada ibu bapa, diharapkan pertimbangan mereka untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen bukanlah kerana mengikut trend semasa, sebaliknya atas keperluan pelajar. 



44 ulasan:

  1. tusyen tanpa niat macam makan meggi tanpa perencah :)

    BalasPadam
  2. aiza perasan juga situasi sekarang ni ramai ibu bapa sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa untuk memberi perhatian kepada pembelajaran anak-anak.. contohnya macam kakak aiza sendiri menghantar anak dia ke kelas tuisyen.. bukan semua matapelajaran yang nak dipelajari di kelas tuisyen, hanya tumpuan kepada matapelajaran yang lemah saja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas perkongsian ini.

      Nampaknya, kesuntukan masa untuk mengajar anak antara sebab pusat tuisyen menjadi pilihan kan.

      Padam
  3. bagi kaksura ianya dah jadi satu keperluan lebih-lebih lagi bila masuk sekolah menengah..anak kaksura ada cakap..lebih faham yang cikgu tuisyan ajar dari cikgu kat sekolah..tapi bukan semua..sebab itulah kaksura sanggup berkorban wang ringgit demi pelajaran anak2..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelajar kadang-kadang dia lebih beri tumpuan dan hargai cikgu yang mengajar di pusat tuisyen sebab berbayar. Di sekolah sebab percuma dan dia anggap dia tidak rugi apa-apa pun (bukan semuanya pelajar begitu).

      Tahniah kepada Kak Sura yang ambil berat tentang pelajaran anak-anak.

      Padam
  4. betul. Tapi tuisyen di luar rumah bukanlah tidak bagus, ada juga yang bagus, kena pilih betul-betul dan kena fahamkan anka-anak betul2. Kalau ada duit lebih, rasanya lebih baik buat tuisyen dalam rumah sahaja. Kita boleh pantau. Itupun bergantung kepada tahap pembelajaran anak-anak juga. Kalau tak perlu, tak payahlah

    BalasPadam
  5. Persaingan yang sengit dalam mencapai keputusan yang cemerlang memaksa ibu bapa memberi tambahan pembelajaran untuk anak2 mereka. Mungkin juga kerana ibu-bapa tidak ada masa kerana kerjaya utk memantau anak2 mereka. Apapun sebabnya...anak2 lah yang terpaksa memikul beban, melakukannya sama ada secara paksa atau rela. Setuju dgn cikgu, memenuhi keperluan itu lebih penting dari sekadar terpaksa atau mengikut trend sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak dan ibu bapa harus berkomunikasi untuk membuat keputusan yang terbaik.

      Padam
  6. anak2 skrg sgt bertuah kan? cuma nk belajar or tak je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, nak dengan tak nak saja. Semuanya bergantung pada diri sendiri sama ada mahu berjaya ataupun tidak.

      Padam
  7. Ida dulu dari darjah satu sampai darjah enam kena/wajib pergi tuisyen. Masa tu kalau boleh menjerit tanak pegi tuisyen memang nak jerit. Ida benci dengan tuisyen tp terpaksa pergi. Balik sekolah pergi tuisyen lak sebelah petang, malam pulak pergi mengaji, balik mengaji kena lak buat kerja sekolah...kalau boleh memang nak menjerit kata penat. Takde masa nak main... aduh...Bila dapat result UPSR memang tidak menghampakan diri sendiri dan mak + ayah. Dapat masuk asrama penuh. Rasa macam berbaloi penat lelah selama ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wajib? Oh, tahniahlah kerana berjaya dapat keputusan yang cemerlang ya.

      Padam
  8. mestilah satu keperluan... kalaulah acik dulu dapat pergi tuisyen ..mesti acik mahukan belajar rajin2

    BalasPadam
  9. Sebenarnya tuisyen ini bergantung kepada pelajar tersebut. Semua anak saudara saya tidak pergi tuisyen, Alhamdullilah keputusan semua cemerlang. Mereka hanya tumpu kepada apa yang guru ajar disekolah. Balik rumah buat ulangkaji dan kerja yang guru beri. Cuma belikan buku latihan tambahan dan buku rujukan untuk latih tubi. Yang penting peranan ibu bapa. Selalu dampingi anak-anak apabila mereka belajar dirumah dan sentiasa berkomunikasi dengan guru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu pandangan yang tuntas. Saya suka. Sepatutnya beginilah yang dilakukan. Anak-anak harus memajukan diri, ibu bapa bertindak sebagai pendorong dan penyokong.

      Padam
  10. mama rasa satu keperluan, sebab mata pelajaran yang mama tak boleh ajar di rumah seperti bahasa mandarin, mama akan hantar anak mama ke tuisyen. yang lain, semua mama ajar seperti biasa.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu tindakan yang bijak. Bukan mudah untuk mempelajari bahasa Mandarin. Di UPM dulu pun saya pernah mempelajari bahasa ni. Tapi tak pandai-pandai. Kalau nak belajar bahasa ni kita perlu bergaul dengan masyarakatnya dan selalu bercakap.

      Padam
  11. bg sy satu keperluan sj sbb xsemua mampu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. en harith, minta maaf nak betulkan sikit
      keperluan adalah benda yang perlu didapatkan contohnya pakaian dan makanan

      tapi kalau kehendak pula benda yang kita inginkan tapi boleh dikawal contohnya nak pergi melancong

      so rasanya untuk ayat di atas lebih sesuai kata kehendak =)

      Padam
    2. Mungkin yang dimaksudkan Harith Iskandar merujuk pilihan tajuk saya sama ada kewajiban ataupun keperluan. Keperluan sebab tak semua mampu. Kalau wajib susahlah.

      Apa yang dikatakan yanayani juga betul merujuk keperluan dan kehendak.

      Padam
  12. kalau kat sekolah cik akak kan....memang ada hari budak-budak kelas tambahan...hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya kalau hari-hari kelas tambahan mesti di sekolah cina.

      Padam
  13. Masa UPSR ada kelas tambahan, tapi kat sekolah je. Masa PMR dengan SPM, ibu ayah campak pergi kelas tuisyen. Ayah saya kata,

    "Ayah ibu kurang pandai perihal pendidikan. Bila kau balik sekolah, ibu ayah tak dapat nak tolong ajar. Sekurang-kurangnya, inilah usaha kami untuk bantu kau dengan adik selain belajar kat sekolah."

    Penat, tapi berbaloi. That's my previous experience.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih berkongsi pengalaman. Moga apa yang dibuat ibu bapa Sis Al, dihargai.

      Padam
  14. yumida x pnh ambik tuisyen sepanjang belajar
    adik yumida pernah..tp.....hmmmm...mcm tu je resultnye
    even nak ke tusyen tu atas permintaannya sendiri
    tp x menampakkan sebarang hasil...peranan ibu bapa pun penting dlm memberi motivasi pd anak2 utk belajar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin bukan rezekinya lagi.

      Ya, ibu bapa harus memainkan keparanan yang penting juga.

      Padam
  15. masa saya sekolah dulu, saya pernah masuk kelas tuisyen di luar.
    tapi lepas tu saya berhenti sebab terasa stress. cikgu tuisyen asyik pandang budak pandai aje.
    terasa membebankan mak abah

    lepas tu saya tumpukan pelajaran dalam kelas aje. ikut kelas tambahan yang cikgu anjurkan
    khusus untuk budak-budak kurang kemampuan tapi ada harapan.

    cikgu saya dulu kata saya berada dalam kategori "galus"
    antara gagal dan lulus...hehe

    apapun pendapat saya terpulang pada parents.
    kalau ada rasa perlu dibantu, hantarlah ke tuisyen
    tak pun suruh aje anak tu tumpukan perhantian dalam kelas.

    p/s - budak-budak sekarang terlalu diajar dengan kemewahan, sebab tu naik lemak. tak gitu cikgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya kalau anak-anak lemah saja perlu dihantar ke pusat tuisyen. Kalau dah pandai tak perlu kot.

      p/s: Tidak semuanya, tapi ada juga.

      Padam
  16. Kita pun tak pernah attend Tuisyen coz my parents memang ada schedule untuk kita orang (itu masa sekolah rendah) bila secondary school, duduk hostel just follow the prep schedule...Alhamdulillah cemerlang. Sebenarnya ia bergantung kepada commitment kita sebagai pelajar dan juga our parent's punya discipline...kalau concentrate and focus waktu dalam kelas..its more than enough rasanya..tak tahu kena banyak bertanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepuk dada tanyalah diri sama ada mahu berjaya ataupun tidak. kalau nak berjaya, kenalah berusaha. Keluarga perlu bagi sokongan.

      Padam
  17. kathy pernah jadi guru tuisyen..student nyer budak2 cina..hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahiniah la. Pasti ada pengalaman sebagai seorang guru kan.

      Padam
  18. Saya pun tak pernah ambil tuisyen kat luar, cukuplah belajar sendiri dan dengan kawan-kawan. Yang penting semangat nak belajar. Inshaa'Allah result pun boleh jadi cemerlang kalau ikhlas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Fais. Kalau kita rajin pasti boleh berjaya.

      Padam
  19. izin nyimak blognya ya...doa saya semoga anda selalu mendapatkan kesuksesan...aamiin :)

    BalasPadam
  20. tuisyen tu bleh tpi tngok pelajarn yg mana memerlukan usaha yg keras sikit..mng dulu zara ambil tuisyen akaun sbb tu sbjet yg paling susah kut bgi zarala..klu ingat tusyen tu.. kecian dekat mak kita ..buatla betul2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu kena bincang elok-elok dengan ibu bapa. Jangan ada paksaan.

      Padam
  21. ikut keperluanlah, serius anak2 KA tak pernah dihantar ke kelas tuisyen khas pun, cuma kalau adapun tuisyen sekolah, tpi masih dapat kekalkan prestasi yg baik dlam peperiksaan. Jadi tepuk dada tanya hati lah yer !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seeloknya tumpu perhatian dalam kelas. Kalau ada yang lemah boleh berbincang dengan guru, rakan dan ibu bapa.

      Padam
  22. Pengalaman saya sendiri, ada pelajar memang perlu tuisyen. Saya mengajar seorang pelajar tingkatan 3 yang lemah matematik. Saya terfikir apalah yang dia belajar sebenarnya di sekolah?

    Mungkin kerana fokusnya kurang menyebabkan dia kurang belajar di sekolah. Dan saya faham cikgu sekolah ada tugas lain.

    Yang saya perhatikan, pelajar kita ramai yang tidak menguasai teknik belajar dengan betul. Antara yang penting seperti teknik pengurusan masa. Mana perlu dipentingkan dan mana yang perlu diakhirkan. Serta teknik menghafal dan menulis nota dengan betul.

    Saya lebih berkonsep tutor iaitu mengajar apa yang pelajar tak faham. Cuba berbakti kepada anak bangsa demi kejayaan bersama.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78