Pengikut

Ahad, 8 September 2013

Projek Penulisan Seterusnya

Oh, di kala ramai kawan-kawan semua berhujung minggu dan pasti ada aktiviti yang dilakukan, saya memilih untuk duduk di hadapan laptop dan menghadap manuskrip kumpulan puisi yang sedang dalam proses penyusunan dan penyuntingan sebelum di hantar ke syarikat penerbitan untuk dinilai. Manuskrip ini telah lama terbengkalai sebenarnya. 


Setelah manuskrip kumpulan cerpen saya lulus diterbitkan oleh ITBM, kini saya bergerak untuk satu lagi projek penulisan iaitu kumpulan puisi. Masih belum bersedia sepenuhnya untuk menghantar. Bukan mudah untuk mengumpul puisi yang berselerak tersiar di surat khabar mahupun majalah. Hal-hal penyuntingan amat saya titik beratkan. Sebolehnya saya mahukan manuskrip yang bersih daripada kesilapan kecil. 

Insya-Allah, ikut perancangan dalam masa terdekat juga akan saya hantar. Hampir 80% sudah siap. Doakan segala urusan berkaitan manuskrip ini dipermudahkan ya. 


38 ulasan:

  1. Semoga berjaya menyiapkan manuskrip tu.. :-)

    BalasPadam
  2. selamat berjaya,semoga urusan dipermudahkan Allah.

    BalasPadam
  3. fighting cikgu helmi =)
    insyaAllah rezeki cikgu di situ kan =) hehehe...

    BalasPadam
  4. teruskan usaha semoga maju jaya terus ke hadapan, InsyaAllah

    BalasPadam
  5. semoga terus mengorak langkah dan berjaya.. :D

    BalasPadam
  6. Moga belum terlambat mengucapkan tahniah!....tiada yang lebih bermakna bagi seorang penulis selain melihat hasil karya sudah hampir berjaya dibukukan...ya kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru susun manuskrip. Harap-harap dapatlah dinilai nanti.

      Terima kasih ya.

      Padam
  7. terbaek..
    bukan semua org boleh menulis,
    org kreatif jer boleh,.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, bakat dan anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT ini akan saya gunakan sebaik mungkin.

      Padam
  8. semoga di permudahkn urusan cikgu..

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Bersemnagat ni, dah nak selesai. Insya-Allah sehari dua lagi bolehlah hantar. Terima kasih ya.

      Padam
  10. selamat maju jaya...

    BalasPadam
  11. Semoga segala cetusan idea dan kerja keras anda akan berjaya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, terima kasih BM. Saya juga mengharapkan sesuatu daripada kerja penulisan ini. Moga diberkati dan dimudahkan.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78