Pengikut

Rabu, 7 Ogos 2013

Sepucuk Surat kepada Aidilfitri

kredit foto dari cerpencinta1.wordpress.com 

Assalamualaikum semua kepada pembaca dan pengunjung Tetamu Istimewa. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Di sini saya titipkan sebuah puisi yang pernah tersiar di Berita Minggu pada tahun 2011. 

SEPUCUK SURAT KEPADA AIDILFITRI

Ke hadapan Aidilfitri yang kunantikan
semoga berada dalam keadaan sihat walafiat
tatkala kukirimkan surat ini
aku duduk berkhalwat dalam kerendahan hati
mencungkil kasmaran
meninta pada sehelai kertas kesucian.

Kupanjatkan doa kesyukuran pada Maha Pencipta
menemukanku denganmu Aidilfitri
dalam hening dalam bening
yang aman daripada peperangan
bebas daripada pencerobohan.

Kekasihku Aidilfitri
pertemuan kita kali ini
dalam dua sambutan temasya
Merdeka Raya
yang menuntut kita berjuang
bebas dari segala dosa
dekatkan diri dengan Maha Pencipta
luruh segala persengketaan
moga ikatan silaturahim menjamin kelestarian umat.

Ya Aidilfitri
kumunajat pada Maha Pencipta
ini bukan titik penamat tapi permulaan
kepulanganmu sangat dinanti
membawa bunga-bunga kemaafan.

Akhir kata
Selamat Hari Raya Aidilfitri
dan Salam Kemerdekaan.

12/8/2011
Kg Pdg Jambu
9.50am

BERITA MINGGU-28 OGOS 2011


10 ulasan:

  1. Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin Cikgu...

    BalasPadam
  2. selamat hari raya ,
    maaf zahir dan batin ya cikgu helmi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari raya Aidilfitri, Syuk. saya pun nak minta maaf kalau terkasar bahasa masa meninggalkan komen ya. Terima kasih menyokong Tetamu Istimewa.

      Padam
  3. salam hari raya..maf klu ade bt slah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Tidak ada apa-apa salahpun dengan saya.

      Padam
  4. salam aidilfitri.. mohon kemaafan jika terkasar bahasa/komen..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidilfitri juga kepada Aiza. Maaf zahir dan batin.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78